Isu Sugar Dating

Isu Sugar Dating Kump**an 4 (MPU1013) (AN) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

POSTER SUGAR DATING (KUMPULAN 4)
22/12/2022

POSTER SUGAR DATING (KUMPULAN 4)

Apa itu sugar dating?Adakah ini patut dibendung?Fenomena ini menjadi pop**ar terutamanya di kalangan mahasiswa/i untuk m...
08/12/2022

Apa itu sugar dating?
Adakah ini patut dibendung?
Fenomena ini menjadi pop**ar terutamanya di kalangan mahasiswa/i untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Terdapat pelbagai aplikasi juga digunakan seperti aplikasi Sugarbook.com.

FARAHMUNISYAH BINTI ABDUL RAZAK
292714

Sugar Dating?,waktu Covid ni la kes ni dapat perhatian mungkin sebab kebanyakannya memang ada masalah kewangan , termasu...
08/12/2022

Sugar Dating?,waktu Covid ni la kes ni dapat perhatian mungkin sebab kebanyakannya memang ada masalah kewangan , termasuklah mahasiswa. Jadi sugar dating ni ialah salah satu cara sumber kewangan yang ada walaupun gejala ni ada percanggahan dengan moral tapi bila dah terdesak ni adalah salah satu cara paling pantas nak dapat duit. Yela nak bayar kos sara hidup,makanan, kalau ada rumah sewa lagi tak termasuk pengangkutan , keperluan harian , keperluan universiti . Tapi muncul p**a persoalan, tak semua yang ambil inisiatif sugar dating sebagai sumber kewangan , ada yang bekerja jadi kenapa sebenarnya sampai kena ambil solusi sugar dating sebagai cara nak cari duit . mungkin nak hidup mewah , kalau dah ditawarkan keperluan bulanan sampai beribu ringgit siapa nak tolak , tawaran daripada sugar dating ni lagi tinggi daripada kalau bekerja dengan gaji minimum rm 1500. Bukan tu je, dah dapat keperluan bulanan ditambah lagi hadiah-hadiah yang diberikan dari pasangan tiap – tiap kali kalau berjumpa. Hadiah yang diberikan pun bukan murah contohnya beg berjenama , kasut berjenama dan macam – macam lagila .Paling menarik bila hutang pembiayaan pembelajaran pun ada orang tolong bayarkan, hahahah memangla nampak menarik tapi kesan negatif yang ada agak padah. Satu , ada penularan penyakit berjangkit macam STD, kedua kemerosotan akademik ,ketiga secara jelasnya berlaku keruntuhan akhlak dan moral di kalangan mahasiswa, keempat masalah emosi . Selain itu mahasiswa yang terlibat dengan gejala Sugar Dating pun boleh terjebak menjadi keldai hitam dalam masalah jenayah macam penyeludupan wang, potensi kena ‘scam’ pun ada. Sebagai kesimp**an fikir-fikirla balik kalau nak buat sesuatu walaupun Nampak macam mewah dan menarik kena ingat kesan negatif pun menarik jugak boleh bawa padah.

NUR AFEERAH BINTI AZMAN
292474

"Saya mengharapkan semua pihak terus memandang serius laporan ini kerana jika tidak keruntuhan akhlak dan moral dalam ka...
08/12/2022

"Saya mengharapkan semua pihak terus memandang serius laporan ini kerana jika tidak keruntuhan akhlak dan moral dalam kalangan pelajar akan menjadi sangat membimbangkan," katanya dalam kenyataan kepada BH, hari ini.

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2021/02/785294/ambil-perhatian-isu-sugar-daddy-dalam-kalangan-mahasiswa

FATIN WARDINAH BINTI MOHD AZOHAR
292669

KUALA LUMPUR: Peningkatan jumlah mahasiswa di Lembah Klang yang didakwa menggunakan aplikasi tidak bermoral, bagi mencari ‘sugar daddy’ perlu dipandang lebih serius.

MEPERKASA PROGRAM BERSAMA PIHAK KAUNSELORMUHAMMAD LUQHMAN HAKIM BIN CHE UJANG292708
08/12/2022

MEPERKASA PROGRAM BERSAMA PIHAK KAUNSELOR

MUHAMMAD LUQHMAN HAKIM BIN CHE UJANG
292708

MEPERKASA PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SIBER NG JING WEN 292590
08/12/2022

MEPERKASA PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SIBER

NG JING WEN
292590

PSIKOLOGI DAN TRAUMA YANG TERUK KEPADA BEKAS ‘BABY SUGAR’SITI NABILA AUNI BINTI AMIR292423
08/12/2022

PSIKOLOGI DAN TRAUMA YANG TERUK KEPADA BEKAS ‘BABY SUGAR’

SITI NABILA AUNI BINTI AMIR
292423

BERLAKU PENULARAN PENYAKIT JANGKITAN SEKSUAL (STD)ATIEQAH NATASHA BINTI AZMI292369
08/12/2022

BERLAKU PENULARAN PENYAKIT JANGKITAN SEKSUAL (STD)

ATIEQAH NATASHA BINTI AZMI
292369

'Sugar Dating' amat pop**ar dalam kalangan mahasiswa atau mahasiswi di IPT. Pelajar yang telibat dalam Sugar Dating ini ...
08/12/2022

'Sugar Dating' amat pop**ar dalam kalangan mahasiswa atau mahasiswi di IPT. Pelajar yang telibat dalam Sugar Dating ini memberikan beberapa alasan mengapa mereka terlibat dalam gejala yang tidak bermaruah ini. Antaranya adalah terpengaruh dengan budaya baharu yang lebih kelihatan moden. Mereka ini s**a akan budaya barat sehingga mempratikkannya walaupun perkara itu menyalahi agama. Pelajar lebih s**a akan sikap terbuka dengan alasan menggayakan hidup yang moden.

NURUL SALINA BINTI SABARUDIN
292458

PERASAAN INGIN TAHU & INGIN HIDUP BERMEWAH-MEWAHAN ??WAN NURSYAMIMI IZZATI BINTI WAN SALLIM 292183
07/12/2022

PERASAAN INGIN TAHU & INGIN HIDUP BERMEWAH-MEWAHAN ??

WAN NURSYAMIMI IZZATI BINTI WAN SALLIM
292183

Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna 💙Heboh seketika di media sosial apabila muncul sebuah aplikasi "dating-app" atau ba...
07/12/2022

Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna 💙

Heboh seketika di media sosial apabila muncul sebuah aplikasi "dating-app" atau bahasa mudah fahamnya ialah aplikasi janji temu yang menggunakan nama Sugarbook. Malangnya, tidak ramai daripada masyarakat kita yang cakna dengan kancah tidak bermoral ini bahkan ada juga di antara kita yang langsung tidak tahu akan kewujudan aplikasi tersebut.

Topik berkaitan aplikasi ini telah menjadi tajuk bualan hangat dan sudah menjadi kontroversi dalam kalangan pengguna media sosial, netizen khususnya apabila negara kita iaitu Malaysia telah menjadi antara negara yang mempunyai bilangan yang agak tinggi golongan ini.

Hal ini dikatakan demikian kerana, Malaysia dikhabarkan telah menjadi sarang "sugar daddy" terbesar selepas dilaporkan mempunyai 42,500 ahli atau pengguna di dalam aplikasi berkenaan, iaitu berada di tangga ketiga selepas negara India dan Indonesia. Isu ini menjadi suatu perkara yang memalukan lagi apabila Sugarbook itu sendiri mendedahkan bahawa seramai 14,433 pendaftaran yang dibuat untuk menjadi "sugar baby" adalah membabitkan penuntut di 10 institusi pengajian tinggi di Malaysia, termasuklah dua daripadanya adalah institusi pengajian awam.

Oleh itu, bagi membuka mata dan minda para pengguna rangkaian komunikasi di atas talian, mari kita sama-sama memahami makna "sugar dating" itu sendiri sebelum mengambil langkah mengatasi agar kesedaran dan kefahaman dapat dibentuk sekaligus mencegah isu ini daripada terus menjadi barah dalam masyarakat, terutamanya dalam kalangan orang muda.

Kefahaman yang diperoleh melalui pembacaan pendek ini sudah tentu dapat mengajar masyarakat untuk berfikir dan membezakan di antara mana yang baik dan juga mana yang buruk.

DITULIS OLEH :
NAZAITUL AKMA BINTI ABDUL RAZAK
(292135)

Address

Universiti Utara
Universiti Utara

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Isu Sugar Dating posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share