Penghayatan Etika dan Peradaban AD Kumpulan 9

Penghayatan Etika dan Peradaban AD Kumpulan 9 MPU1013 Penghayatan Etika dan Peradaban (AD) - Kump**an 9

29/05/2023

Tajuk : Keunikan Kepelbagaian Masyarakat Di Malaysia

Tema : “ Perpaduan Dalam Kepelbagaian “

Disediakan oleh : NURUL NATASHA AMIRA BT ABDULLAH (296167)

Kepelbagaian masyarakat di Malaysia adalah satu aset yang berharga dan merupakan sebahagian daripada identiti negara. Ia menunjukkan semangat inklusif, toleransi dan keharmonian di antara masyarakat berbilang etnik dan agama.

Antara keunikan Malaysia ialah masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama. Justeru, rakyat tetap hidup aman dan harmoni sejak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963. Hasil usaha pemimpin terdahulu yang mewakili setiap kaum dan bangsa di tanah air ini telah berjaya memberikan kebebasan daripada penjajahan. Walaupun terdapat beberapa salah faham yang berlaku, semuanya dapat ditangani dan keharmonian terus dikecapi sehingga kini.

Dalam perspektif yang berbeza, keharmonian antara kaum adalah penting untuk dijaga agar kita dapat mempertahankan budaya dan warisan masyarakat. Hanya di Malaysia kita dapat menikmati pelbagai hidangan, seperti sarapan Tose yang berasal dari India, makan tengah hari nasi berlauk campur, hidangan Melayu, dan char kuew teow, hidangan Cina, pada waktu malam. Keunikan ini perlu dijaga dengan baik kerana ia merupakan harta yang tidak dapat kita temui di negara lain.

Dalam aspek seni pemakaian, seni bina bangunan, dan seni persembahan, adalah penting untuk dijaga dan melibatkan semua anggota masyarakat tanpa mengira warna kulit. Melalui penyertaan ini, kita dapat mengembangkan semangat perpaduan dan pemahaman yang lebih mendalam terhadap budaya dan warisan tertentu. Pada hakikatnya, keharmonian antara kaum sangat penting dalam memelihara warisan dan budaya masyarakat Malaysia.

Secara kesimp**annya , memberi keutamaan kepada perbincangan yang menggalakkan kesejahteraan secara keseluruhan adalah lebih dominan daripada memfokuskan pada perbezaan yang mungkin menyebabkan perpecahan antara pihak-pihak yang berlainan.

Perpaduan dalam kepelbagaian masyarakat di Malaysia memegang peranan penting kerana ia berkontribusi dalam mencapai wawasan dan kemajuan negara yang lebih baik.

Saya juga sertakan sebuah video nyanyian yang bertajuk " Ali, Ahkao dan Muthu " sumber dari youtube. Lagu ini menceritakan 3 orang sahabat tetap bersama walaupun berlainan bangsa dan agama

Tajuk : Keunikan Kepelbagaian Masyarakat di MalaysiaTema : Kepentingan Pembentukan Masyarakat Majmuk di MalaysiaDisediak...
27/05/2023

Tajuk : Keunikan Kepelbagaian Masyarakat di Malaysia

Tema : Kepentingan Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia

Disediakan oleh : LEONG HUI YING (296014)

Masyarakat majmuk merupakan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri.

Kepentingan Kepelbagaian Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia ialah :

1. Masyarakat Malaysia dapat memahami pakaian tradisional antara pelbagai kaum di Malaysia untuk mengeratkan hubungan silaturahim.
- Contohnya, orang Melayu yang mengamalkan pakaian ialah baju melayu dan baju kurung. Tambahan p**a, lelaki kaum Melayu memakai baju Melayu. Perempuan kaum Melayu p**a memakai baju kurung dan baju kebaya.
- Selain itu, pakaian tradisional kaum Cina dikenali sebagai samfoo dan cheongsam. Samfoo adalah untuk lelaki dan cheongsam adalah untuk perempuan.
- Tambahan p**a , pakaian tradisional bagi kaum India lelaki dikenali sebagai dhoti. Pakaian tradisional untuk perempuan India p**a ialah sari dan punjabi.

2. Dapat memahami amalan-amalan budaya dalam pelbagai kaum tanpa terikat kepada batasan etnik atau kaum.
- Masyarakat Malaysia boleh berkongsi dari segi perayaan , aktiviti kebudayaan dan makanan. Mereka juga berkongsi perasaan gembira apabila menyambut musim perayaan sesuatu kaum.
- Contohnya, perayaan Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh orang Islam turut diraikan bersama oleh etnik yang buka beragama islam.

3. Penggunaan bahasa Malaysia menjadi sebagai bahasa komunikasi di negara Malaysia.
- Masyarakat Malaysia perlulah saling faham-memahami aspirasi dan pandang dunia budaya dalam konteks intra kaum dan juga inter kaum.
- Bangsa Malaysia yang diingini adalah sesuatu yang murni, menjurus kepada pemupukan semangat dan rasa kepunyaan.

Tajuk: Keunikan Kepelbagaian Masyarakat di MalaysiaTema: Kebudayaan Kaum di MalaysiaDisediakan Oleh: AIDA NASIRAH BINTI ...
26/05/2023

Tajuk: Keunikan Kepelbagaian Masyarakat di Malaysia
Tema: Kebudayaan Kaum di Malaysia
Disediakan Oleh: AIDA NASIRAH BINTI MAT NASRI (296128)

Kepelbagaian Masyarakat di Malaysia:
Malaysia merupakan sebuah negara dengan masyarakat yang berbilang bangsa dan etnik dengan majoriti masyarakat Melayu, Cina, dan India. Dengan adanya kepelbagaian budaya dari kaum yang berbeza di Malaysia, terbuktinya identiti dan keunikan istimewa misalnya terdapat peristiwa kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957 dimana Malaysia bebas daripada belenggu penjajahan pada tahun 1782 hingga 1957, dan terdapat juga komuniti kecil di Melaka yang merupakan keturunan penjajah Portugis yang mengahwini wanita tempatan lantaran kesan daripada jajahan tersebut. Ketimbang daripada peristiwa tersebut, mereka telah mengamalkan budaya tempatan serta bertutur dalam bahasa ibunda dan beragama Kristian, begitu juga dengan bangsa Cina, dimana mereka berintegrasikan budaya Melayu di beberapa kawasan seperti kaum Baba Nyonya di Melaka supaya mereka dapat mengecap tahap integrasi sosial yang berbeza dan menyemai satu identiti sepunya dalam budaya Malaysia.

1. Kaum dan Etnik di Malaysia:
Terdapat tiga kaum utama yang terdapat di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina, dan India, manakala etnik termasuklah Baba Nyonya, Kadazandusun, Iban, dan Kashpalati. Ekoran daripada perbezaan kaum dan etnik di Malaysia, terbentuklah masyarakat yang majmuk dan harmoni antara satu sama lain melalui penyatuan dan kemerdekaan sejagat. Ini kerana negara Malaysia menerima gabungan kaum dan etnik seperti integrasi nasional berbanding asimilasi yang menghapuskan budaya etnik, supaya perpaduan dan keharmonian dapat dicapai tanpa mengorbankan identiti etnik, agama dan budaya.

2. Makanan
Di Malaysia, terdapat jenis makanan tradisional yang pelbagai mengikut budaya masing-masing. Antaranya adalah nasi daun pisang dan lemang daripada budaya Melayu, kuih bulan dan jiao zi daripada budaya cina, dan thosai daripada budaya India. Intijahnya, sajian makanan sering terbahagi mengikut garis etnik, sebaliknya terdapat beberapa hidangan yang wujud dengan adunan dari pelbagai kump**an etnik seperti Manuk Pansuh adalah makanan tradisional kaum Iban. Makanan ini merupakan ayam yang dimasak di dalam buluh bersama dengan daun ubi sebagai penambah aroma. Kedudukan makanan tradisional amat berpengaruh bagi negara kita dimana kita dapat memperkenalkan tradisi sajian makanan budaya tempatan kepada negara luar dan menarik minat mereka untuk lebih mengenali negara Malaysia yang mempunyai kepelbagaian budaya ini. Tambahan p**a, kita sebagai rakyat Malaysia perlu berbangga dengan kepelbagaian sajian makanan negara sendiri kerana setiap kump**an etnik, kawasan, dan budaya yang berbeza memiliki keunikan makanan tersendiri, tetapi tidak di negara lain dan kita sendiri boleh merasainya.

3. Perayaan dan Pakaian Tradisional di Malaysia.
Terdapat juga perayaan yang disambut segolongan etnik atau kump**an agama tertentu, tetapi tidak boleh disambut oleh segolongan agama. Walaupun begitu, rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai perayaan yang ditetapkan sebagai cuti umum di Malaysia setiap tahun. Antara perayaan utama yang merupakan cuti umum dan disambut oleh masyarakat di Malaysia adalah Tahun Baru Cina yang disambut oleh kaum Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha disambut oleh agama Islam, Deepavali atau pesta cahaya disambut oleh masyarakat Hindu, dan Hari Gawai di Sarawak serta Hari Kaamatan di Sabah disambut oleh kedua-dua negeri yang berada di Malaysia Timur. Perayaan ini disambut hanya setahun sekali sahaja dan dapat dikecapi oleh semua masyarakat tanpa berbilang kaum dan budaya. Perayaan ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara sesama manusia dan dapat mengenali lebih dalam anutan yang dianuti oleh pelbagai kaum dan etnik di Malaysia.

Terakhir adalah pakaian yang dipakai oleh pelbagai jenis budaya dan etnik mengikut suku setempat di Malaysia. Pakaian tradisional adalah melambangkan jati diri dan keunikan masyarakat mengikut budaya dan kaum etnik masing-masing. Antara pakaian tradisional adalah Baju Melayu dan Kebaya dipakai oleh kaum Melayu, Sari dipakai oleh kaum perempuan India, Cheong Sam dipakai oleh kaum perempuan Cina, dan baju Selampai & Kalambi dipakai oleh kaum Iban. Pakaian tradisional juga mempunyai etika tersendiri dimana penerimaan kepelbagaian pakaian tradisional dipengaruhi oleh agama dan boleh disesuaikan dengan pengaruh dan keadaan setempat. Oleh itu, menyatupadukan kaum memberi inisiatif yang baik kepada masyarakat setempat bahawa kaedah ini memanifestasikan kesejahteraan rakyat dan tidak mengudang perbalahan antara kaum. Justeru, kepelbagaian budaya membuka peluang supaya tidak mencipta jurang yang luas kepada kaum dan etnik lain untuk belajar dan memahami budaya sesama mereka.

Tajuk: Keunikan Kepelbagaian Masyarakat Di MalaysiaTema: Kepelbagaian Perayaan Di MalaysiaDisediakan Oleh: NUR SURIA HAN...
26/05/2023

Tajuk: Keunikan Kepelbagaian Masyarakat Di Malaysia
Tema: Kepelbagaian Perayaan Di Malaysia
Disediakan Oleh: NUR SURIA HANI BINTI WARIS (296770)

Malaysia terkenal dengan negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Kaum Melayu, Cina, India merupakan kaum utama. Kewujudan kaum dan agama yang berbilang menyebabkan wujudnya pelbagai budaya dan perayaan di Malaysia.

1. HARI RAYA AIDILFITRI
• Disambut oleh golongan masyarakat yang beragama Islam.
• Disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah, setelah anak bulan dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadhan.
• Amalan kunjung-mengunjung dan rumah terbuka dapat mengeratkan hubungan masyarakat tanpa mengira bangsa.
• Pelbagai juadah tradisional disediakan seperti ketupat, rendang, lemang, nasi impit, kuah kacang dan sebagainya.
• Amalan tradisi yang sentiasa diamalkan pada hari raya adalah memberi duit raya kepada kanak-kanak dan amalan bermaaf-maafan.

2. TAHUN BARU CINA
• Disambut oleh masyarakat Cina.
• Menandakan kedatangan Tahun Baru mengikut kalendar Cina (terdapat 12 binatang yang menaungi kalendar mereka).
• Pakaian: Samfu dan Cheongsam.
• Aktiviti Makan Besar diadakan pada malam Tahun Baru untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
• Pemberian ‘Angpao’ kepada keluarga dan sahabat yang belum berkahwin.
• Juadah di Hari Tahun Baru adalah kuih bakul dan buah limau mandarin.
• Tarian Singa adalah untuk mendapatkan keberkatan.
• Penutup bagi Tahun Baru Cina adalah perayaan Chap Goh Mei.

3. PERAYAAN DEEPAVALI
• Disambut oleh masyarakat Hindu & dirayakan pada bulan gelap Aippasi.
• Mandi dengan minyak sebagai tanda menyucikan tubuh.
• Memasang pelita (vilakku) di hadapan rumah.
• Melukis ‘Ranggali’ di hadapan rumah dengan menggunakan beras.
• Bersembahyang di kuil dan berkunjung ke rumah keluarga dengan membawa manisan.

4. PERAYAAN GAWAI (SARAWAK)
• Disambut oleh peribumi Sarawak, terutama Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.
• Merupakan hari menyambut tahun baru yang menandakan telah berakhirnya musim menuai padi dan bermulalah musim menanam padi yang baru.
• Mengadakan upacara Ranyai sebagai tanda kesyukuran.
• Memakai pakaian tradisional.
• Menghidangkan makanan tradisional dan air tuak.
• Mengadakan pertandingan Kumang dan Keling (pertandingan perempuan cantik dan lelaki perkasa).

5. PESTA KEAMATAN (SABAH)
• Disambut oleh peribumi Sabah terutama oleh kaum Kadazan Dusun.
• Mengadakan upacara “Magavau” yang memuja semangat padi iaitu “Bambazon”. sebagai tanda kesyukuran dan diadakan selepas selesai menuai padi.
• Menjamu makanan tradisional dan air tapai (kinomol).
• Mengadakan Tarian Sumazau dengan memakai pakaian tradisional dan pertandingan “Unduk Ngadau”.

6. PERAYAAN KRISMAS
• Disambut oleh penganut Kristian pada 25 Disember.
• Aktiviti menghias pokok krismas dengan lampu bewarna-warni.
• Berkumpul bersama ahli keluarga dan saling bertukar hadiah
• Bersembahyang di gereja pada pagi Krismas.

Tajuk: Keunikan Kepelbagaian Masyarakat Di MalaysiaTema: Pelbagai Pantang Larang Di MalaysiaDisediakan Oleh: Nor Asikin ...
22/05/2023

Tajuk: Keunikan Kepelbagaian Masyarakat Di Malaysia
Tema: Pelbagai Pantang Larang Di Malaysia
Disediakan Oleh: Nor Asikin Binti Che Wil (295165)

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya, warisan. Keunikan budayanya terserlah dalam pelbagai aspek, termasuk pantang larang. Pantang larang di Malaysia sering mencerminkan pengaruh agama, nilai tradisional, dan norma masyarakat. Berikut adalah beberapa contoh mengenai keunikan budaya pantang larang di Malaysia:

1.Hormat kepada orang yang lebih tua: Dalam budaya Malaysia, adalah dianggap tabu untuk tidak menghormati atau mencabar kewibawaan orang tua. Ini berakar umbi dalam nilai-nilai kebaktian dan dilihat sebagai tanda menghormati dan mengekalkan keharmonian dalam keluarga dan masyarakat.

2.Kesopanan dan pakaian konservatif: Malaysia, sebagai sebuah negara yang majoritinya beragama Islam, memberi penekanan kepada kesopanan dalam berpakaian. Pada umumnya dianggap tabu untuk memakai pakaian mendedahkan, terutamanya di tempat awam atau tempat keagamaan. Kedua-dua lelaki dan wanita diharapkan berpakaian sopan, menutup bahu dan lutut.

3.Sensitiviti agama: Malaysia adalah sebuah masyarakat berbilang budaya dengan Islam sebagai agama rasmi. Akibatnya, terdapat pantang larang tertentu berkaitan sensitiviti agama. Adalah penting untuk menunjukkan rasa hormat dan mengelakkan sebarang tindakan atau kenyataan yang mungkin dilihat sebagai tidak menghormati Islam atau mana-mana kepercayaan agama lain.

4.Pantang larang makanan: Malaysia mempunyai pemandangan kulinari yang pelbagai, tetapi terdapat pantang larang makanan tertentu berdasarkan kepercayaan budaya dan agama. Sebagai contoh, orang Islam mengelak daripada mengambil daging babi dan alkohol kerana sekatan pemakanan Islam. Selain itu, komuniti etnik tertentu mungkin mempunyai pantang larang makanan mereka sendiri berdasarkan amalan budaya atau kepercayaan karut.

5.Khurafat dan cerita rakyat: Malaysia mempunyai tradisi yang kaya dengan kepercayaan karut dan cerita rakyat yang mempengaruhi kepercayaan dan tingkah laku orang ramai. Tindakan tertentu, seperti menunjuk pelangi atau bersiul pada waktu malam, dianggap tabu kerana kepercayaan tahyul yang boleh membawa nasib malang atau menarik semangat.

6.Menghormati institusi beraja: Malaysia mempunyai sistem raja berperlembagaan, dan menghormati keluarga diraja amat tertanam dalam budaya. Ia dianggap tabu untuk mengkritik atau tidak menghormati monarki, kerana ia dilihat sebagai penghinaan terhadap identiti dan kestabilan negara.

7.Peranan dan tingkah laku jantina: Masyarakat Malaysia sering mematuhi peranan dan jangkaan jantina tradisional. Tingkah laku atau perbincangan tertentu yang berkaitan dengan seksualiti, terutamanya dalam komuniti awam atau konservatif, mungkin dianggap tabu atau tidak sesuai.

Adalah penting untuk kita ketahui bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai tahap pematuhan yang berbeza-beza terhadap pantang larang. Selain itu, sikap masyarakat juga mungkin berbeza antara wilayah dan komuniti . Walaupun pantang larang ini dipatuhi oleh ramai, generasi muda dan kawasan bandar mungkin menunjukkan sikap yang lebih progresif dan santai terhadap beberapa norma budaya ini.

Tajuk: Keunikan kepelbagaian masyarakat di MalaysiaTema: Langkah untuk menghormati kebudayaan kaum lainDisediakan: Nur I...
22/05/2023

Tajuk: Keunikan kepelbagaian masyarakat di Malaysia
Tema: Langkah untuk menghormati kebudayaan kaum lain
Disediakan: Nur Izzah Syazwani Binti Mohd Jafree(296377)

Sebagai rakyat Malaysia, kita dilahirkan berbeza dan ini menjadikan kehidupan kita berwarna warni dan ceria. Oleh itu, penting bagi kita untuk menghargai nilai nilai dan perbezaan ini dan mengetahui langkah untuk menghormati kebudayaan kaum lain.

Keharmonian dapat dikecapi sekiranya kita menghormati dan pada masa yang sama meraikan kemajmukan komuniti Malaysia yang diduduki oleh penduduk daripada berbilang kaum. Di dalam kepelbagaian ini, terdapat pelbagai tradisi bagi setiap komuniti antaranya Melayu, Cina dan India.

Mungkin sebahagian daripada kita agak terkesan dengan diskriminasi yang dialami kepada komuniti sendiri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mencemarkan nilai kesaksamaan rakyat Malaysia. Namun untuk menghormati kebudayaan dan kepelbagaian ia meliputi penerimaan kebudayaan tersebut dan perlu menghormatinya. Kita juga perlu memahami bahawa setiap individu adalah unik dan mengenalpasti perbezaan setiap individu tersebut.

Tajuk: Keunikan Kepelbagaian Masyarakat di MalaysiaTema: Strategi Mengekalkan Keunikan Di Malaysia Disediakan oleh: Nur ...
22/05/2023

Tajuk: Keunikan Kepelbagaian Masyarakat di Malaysia
Tema: Strategi Mengekalkan Keunikan Di Malaysia
Disediakan oleh: Nur Liyana Nadhirah Binti Muhamad Nasrul Nizar (296326)

Antara Strategi Mengekalkan Keunikan Di Malaysia ialah:

1. Menerima dan menghormati keunikan semua kaum
- Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan budaya yang pada asasnya hidup secara aman dan damai. Kepelbagaian ini satu keunikan yang sepatutnya dirai dan menjadi kebanggaan rakyat kita. Setiap orang haruslah memuliakan semua kaum tanpa mengambil kira perbezaan kebudayaan serta saling menghormati perbezaan agama tanpa mencetuskan konflik. Dengan itu, masyarakat dapat menjamin keamanan dan kedamaian supaya setiap orang boleh hidup dengan selesa.

2. Mengamalkan adat dan budaya dalam keluarga
- Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu.

3. Mewujudkan muzium mini kesenian dan kebudayaan
- Malaysia kaya dengan sejarah dan memiliki pelbagai artifak yang menarik yang dipamerkan di muzium-muzium di seluruh negara. Muzium boleh membantu memupuk semangat cintakan negara dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Selain itu, muzium juga bertanggungjawab menyelamat dan memulihara warisan sejarah dan budaya negara. Segala aktiviti yang dilaksanakan akan terbit dan disebarkan kepada umum. Sehubungan dengan itu, muzium dapat dilihat sebagai sumber maklumat warisan negara.

Tema:Keunikan Kepelbagaian Masyarakat Di MalaysiaTajuk:Cabaran Keunikan Kepelbagaian Masyarakat Di MalaysiaDisediakan Ol...
22/05/2023

Tema:Keunikan Kepelbagaian Masyarakat Di Malaysia
Tajuk:Cabaran Keunikan Kepelbagaian Masyarakat Di Malaysia
Disediakan Oleh:Nurul Aminah Binti Ramlan Mahidin(296147)

Antara cabaran keunikan kepelbagaian masyarakat di Malaysia ialah:

1)Bahasa
Kepelbagaian masyarakat di Malaysia menjadikan banyak jenis bahasa digunakan mengikut kaum.Hal ini dikatakan sebagai cabaran kerana tidak semua masyarakat yang berada di Malaysia menggunakan bahasa yang sama dan terdapat segelintir perkataan yang membawa makna yang berlainan mengikut bahasa yang digunakan.Hal ini juga akan menjejaskan komunikasi antara kaum.

2)Budaya Luar
Budaya luar di katakan sebagai cabaran kerana tidak semua masyarakat menggemari budaya di Malaysia lebih-lebih lagi generasi muda yang lebih cenderung mengamalkan budaya luar.Budaya luar dikatakan sebagai cabaran kerana tidak semua budaya luar boleh di contohi dan di amalkan kerana setiap negara mempunyai budaya yang berlain.Meraka juga cendurung mengikuti budaya luar yang negatif yang mana tidak mendatangkan kesan baik kepada diri sendiri dan negara.

3)Polarisasi
Polarisasi memang dikenali sebagai cabaran keunikan kepelbagaian masyarakat di Malaysia kerana tidak semua orang mempunyai pandangan yang sama.Sebagai contoh kaum Melayu mempunyai pendapat bahawa kaum mereka lebih baik daripada kaum lain sama juga seperti kaum-kaum lain yang beranggapan sama terhadap kaum mereka.Hal ini akan mencetuskan konflik akibat daripada perbezaan pandangan terhadap kaum masing-masing.Ia juga akan mewujudkan sikap perkauman.

4)Sosial
Sosial dikatakan sebagai cabaran kerana perasaan yang taksub terhadap kebudayaan sendiri.Segelintir masyarakat di Malaysia akan mempunyai perasaan taksub terhadap kebudayaan masing-masing sehingga mampu berkata tentang kebudayaan kaum lain.Sosial juga akan menyebabkan kecelaruan identiti terhadap sesetengah bangsa dengan fakta-fakta yang tidak benar di platform media sosial.

Tema : KEUNIKAN KEPELBAGAIAN MASYARAKAT DI MALAYSIA Tajuk :Kepentingan kepelbagaian masyarakat di Malaysia.Disediakan ol...
22/05/2023

Tema : KEUNIKAN KEPELBAGAIAN MASYARAKAT DI MALAYSIA
Tajuk :Kepentingan kepelbagaian masyarakat di Malaysia.
Disediakan oleh: Siti Umairah Binti Sa’adat (295179)

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai rakyat atau penduduk yang berbilang kaum. Penduduk Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazandusun, orang asli dan lain-lain. Terdapat 80 kaum etnik di Malaysia, kebanyakkannya di Malaysia Timur.

Antara kepentingan keunikan kepelbagaian kaum di Malaysia ialah:

1. Mengukuhkan perpaduan rakyat
Perpaduan dapat dikukuhkan apabila rakyat yang berbilang kaum dapat menerima persamaan dan perbezaan budaya di Malaysia.Oleh hal yang demikian, rakyat hidup bersatu padu dan saling membantu antara satu sama lain.

2. Mengekalkan politik dan ekonomi negara
Keunikan kepelbagaain kaum di Malaysia dapat menarik pelancong asing untuk berkunjung ke Malaysia. Hal ini kerana mereka dapat mempelajari keunikan kebudayaan dan lain-lain yang terdapat di Malaysia. Justeru, menggalakkan kemasukan pelabur asing kerana jumlah pelancong yang berkunjung ke Malaysia telah meningkatkan ekonomi negara merupakan sesuatu yang positif dan tidak rugi untuk pelabur melakukan pelaburan.

3. Melahirkan generasi baru yang dapat mengekalkan kepelbagaian budaya
Kebudayaan dapat dikekalkan dengan meningkatkan kesedaran tentang kefahaman budaya pelbagai kaum.Hal ini dapat mengelakkan kebudayaan ditelan zaman.Oleh itu, generasi baru perlu diperkenalkan dengan kebudayaan yang ada di Malaysia.

PENGENALAN: KEPELBAGAIAN MASYARAKAT DI MALAYSIADisediakan oleh: Margaret Ak Brauh (296008)Negara Malaysia merupakan nega...
21/05/2023

PENGENALAN: KEPELBAGAIAN MASYARAKAT DI MALAYSIA
Disediakan oleh: Margaret Ak Brauh (296008)

Negara Malaysia merupakan negara yang kaya dengan pelbagai penduduk yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya yang berbeza. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Punjabi, Kadazandusun, Iban, Orang Asli, Baba dan Nyonya dan lain-lain.

Masyarakat yang terdiri daripada kaum yang berbeza turut menganut agama masing-masing. Contohnya, Melayu beragama Islam, Cina beragama Buddha dan India beragama Hindu. Penduduk yang mempunyai pelbagai agama dan kepercayaan yang berbeza tidak menghalang masyarakat untuk terus bersatu-padu antara satu sama lain.

Kepelbagaian ini tidak menghalang rakyat Malaysia untuk menerima dan menghormati norma dan budaya kaum lain. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan keharmonian dan keamanan. Kepelbagaian ini menjadikan rakyat Malaysia unik di persada

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Kami adalah pelajar Universiti Utara Malaysia dari Kump**an 9 bagi subjek Penghaya...
18/05/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kami adalah pelajar Universiti Utara Malaysia dari Kump**an 9 bagi subjek Penghayatan Etika Dan Peradaban, Group AD. Kami akan kongsikan maklumat tentang Keunikan Kepelbagaian Masyarakat di Malaysia.

Address

UNIVERSITI UTARA
Universiti Utara
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika dan Peradaban AD Kumpulan 9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share