22/12/2022
POSTING 1: DEFINISI BULI
NAMA: KHAIRINA FARHANA BINTI KHAIRUL AZAM
NO. MATRIK: 288276
Buli merupakan suatu perbuatan yang tidak beretika dan mampu memberi pelbagai kesan buruk kepada individu, masyarakat, agama, bangsa, dan negara. Pembulian atau perundungan dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang berniat menunjukkan kekuatan, menggertak atau mencederakan orang tertentu yang dilihat berkeadaan lemah berbanding si pelaku dengan mengasari atau mendera mangsanya. Buli ialah subkategori tingkah laku agresif yang dicirikan oleh tiga kriteria iaitu niat bermusuhan, ketidakseimbangan kekuatan, dan pengulangan dalam jangka waktu tertentu. Buli merupakan aktiviti tingkah laku berulang yang agresif yang bertujuan untuk menyakiti individu lain, secara fizikal, mental, mahupun emosi.
Buli dapat dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu:
1. Fizikal Ekstrem
Merupakan perbuatan buli dengan cara memukul, menendang, menumbuk dan sebagainya. Buli fizikal ini akan memberi kesan terhadap kesihatan fizikal mangsa sehinggakan ada antara mangsa buli yang kehilangan keupayaan bahkan, ada yang meninggal dunia.
2. Psikologi
Merupakan perbuatan buli melalui kata-kata yang tidak baik sehingga mampu menggangu kesihatan metal seseorang. Contoh perbuatan buli psikologi ialah memaki, mencerca dan mengejek.
Terdapat beberapa ciri pada seorang pembuli yang perlu kita tahu agar kita sentiasa berwaspada supaya tidak terlibat dengan gejala buli ini sama ada sebagai mangsa mahupun pembuli.
Antara ciri seorang pembuli adalah:
1. Impulsif atau cepat marah
2. Ingin menjadi dominan dan mempunyai kuasa terhadap orang lain
3. Mempunyai persekitaran atau kawan yang bersikap agresif
Sebagai masyarakat yang prihatin, kita juga harus mengenal pasti ciri-ciri seorang mangsa buli supaya kita dapat membantu mereka. Antara ciri seseorang yang menjadi mangsa buli ialah:
1. Mereka menjadi kurang keyakinan diri
2. Menjadi anti-sosial
3. Emosi mereka s**ar dikawal, murung dan sering menangis