Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban E - Kumpulan 5

Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban E - Kumpulan 5 Tema : Arak dan Dadah Pemusnah Hidup Masyarakat

Nama: Nur Nabiha Binti Mohd IliasMatrik: 273076Tajuk: Apakah ARAK dan kesannya ???Arak juga merupakan minuman beralkohol...
14/01/2021

Nama: Nur Nabiha Binti Mohd Ilias
Matrik: 273076
Tajuk: Apakah ARAK dan kesannya ???

Arak juga merupakan minuman beralkohol yang mengandungi etanol, iaitu sebatian yang tergolong dalam kump**an dadah yang boleh menindas fungsi sistem saraf pusat. Ianya boleh melambatkan tindakbalas fizikal dan mental peminumnya. Selain itu, etanol juga adalah dadah yang boleh mendatangkan kebergantungan atau ketagihan jika diambil setiap hari.

Sebaik sahaja diminum, alkohol akan diserap ke dalam aliran darah melalui permukaan perut dan usus. Sebahagian kecil akan terus pergi ke otak dan paru-paru, dan dikumuhkan melalui pernafasan. Manakala sebahagian besar alkohol akan dimetabolisma oleh hati dan dikumuhkan oleh ginjal melalui air kencing.

Kesan alkohol kepada peminumnya bergantung kepada jumlah alkohol yang berada dalam peredaran darah seseorang itu. Peminum yang mengambil minuman beralkohol dalam jumlah yang banyak akan mabuk.

Apabila mabuk, seseorang itu akan hilang koordinasi gerak tubuh dan juga gangguan kepada pertimbangan dan kewarasan fikiran. Mereka boleh terjatuh, mengalami kemalangan, bergaduh, tercedera dan memory blackout yang mana merupakan komplikasi atau kesan kemudaratan jangka pendek berkaitan pengambilan minuman beralkohol. Kesan lain akibat mabuk adalah apa yang dikenal sebagai hangover.

Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama beberapa jam, bergantung kepada jumlah alkohol di dalam darah pada ketika itu. Tanda hangover akan hilang apabila semua alkohol dalam peredaran darah telah dikumuhkan dari badan.

Kemudaratan alkohol kepada sistem saraf dan otak (neuropsychiatry) merupakan kesan jangka panjang alkohol yang paling kerap dilaporkan di kalangan orang dewasa.. Antara kesan alkohol kepada kesihatan mental ialah;

• Kecelaruan tingkahlaku dan fikiran
• Keresahan dan kebingungan
• Kekeliruan
• Kebergantungan kepada alcohol
• Hilang ingatan sementara atau kekal
• Kemurungan
• Kecenderungan untuk membunuh diri
• Psikosis

Selain itu, pengambilan minuman beralkohol yang berterusan terutamanya jika diambil dalam jumlah yang banyak, boleh memberikan kesan toksik kepada organ badan. Kesan toksik alkohol kepada otak boleh menyebabkan gangguan mental seperti kemurungan dan psikosis. Selain itu, alkohol boleh menyebabkan sirosis hati dan kegagalan fungsi hati, kegagalan jantung, gastritis, ulser, radang pankreas dan kanser saluran oro-farink (mulut dan tekak). Semua ini merupakan antara komplikasi atau kesan jangka panjang kemudaratan kesihatan alkohol. Kematian pra-matang boleh berlaku akibat kegagalan fungsi organ badan ini.

Kajian saintifik juga telah menunjukkan kaitan antara pengambilan minuman beralkohol dikalangan wanita yang mengandung dengan kecacatan dan keabnormalan janin yang dikandung, contohnya Fetal Alcohol Syndrome.

Kematian mengejut juga boleh sekiranya alkohol diambil dalam jumlah yang terlalu banyak dalam satu-satu masa, sehingga paras alkohol darah terlalu tinggi yang boleh menyebabkan keracunan atau ganggu sistem pernafasan.

Mereka yang mengambil minuman beralkohol perlu tahu risiko yang mereka hadapi akibat dari corak pengambilan alkohol mereka. Oleh itu, mereka perlu berjumpa dengan anggota kesihatan untuk menilai tahap risiko mereka. Mereka yang minum dalam kuantiti yang hazad atau berisiko iaitu kuantiti yang menyebabkan mereka berisiko tinggi untuk mendapat kemudaratan alkohol, perlu mengubah tabiat minum mereka. Intervensi dan rawatan awal boleh mencegah dan mengurangkan kemudaratan alkohol.

Nama: Nur Nabiha Binti Mohd IliasMatrik: 273076Tajuk: Apakah Jenis ARAK dan kaedah pengukurannya ???Apa iitu ARAK ??Arak...
14/01/2021

Nama: Nur Nabiha Binti Mohd Ilias
Matrik: 273076
Tajuk: Apakah Jenis ARAK dan kaedah pengukurannya ???

Apa iitu ARAK ??
Arak merupakan minuman beralkohol atau juga dikenali sebagai minuman keras adalah minuman yang mengandungi alkohol yang boleh menyebabkan mabuk.
Amnya minuman beralkohol di pasaran boleh dibahagikan kepada 3 kump**an utama :
1. Kandungan alkohol rendah iaitu kurang dari 10% seperti
kebanyakan jenis syandi dan bir
2. Kandungan alkohol sederhana iaitu antara 10% ke 20%
seperti kebanyakan jenis wain
3. Kandungan alkohol tinggi yang melebihi 35% seperti
brandi dan samsu.

Selain itu terdapat minuman beralkohol tradisional di Malaysia contohnya:
• Todi dan Samsu Tuak Beras
• ljuk dan Langkau di Sarawak
• Air tapai, Bahar, Lining dan Montoku di Sabah.

Alkohol/etanol dalam minuman beralkohol adalah sejenis dadah dari kump**an dadah depressant (penindas) yang boleh melambatkan aktiviti saraf dan fizikal anggota tubuh badan.

Bagaimanakah pengukuran pengambilan minuman alkohol ??

Jumlah pengambilan minuman beralkohol diukur menggunakan unit "MINUMAN ALKOHOL" (standard drink), contohnya 1 minuman alkohol, 2 minuman alkohol, 3 minuman alkohol dan seterusnya.

Pengambilan alkohol TIDAK diukur menggunakan berapa banyak gelas, botol atau tin minuman yang diambil
Untuk Malaysia, garis panduan ini menetapkan satu minuman alkohol merujuk kepada kandungan 10g alkohol/etanol di dalam minuman beralkohol tersebut

Berdasarkan ukuran 1 minuman alkohol pada gambarajah 1 di bawah, jumlah pengambilan untuk menilai risiko kemudaratan alkohol dapat dianggarkan

Contoh s**atan bagi minuman beralkohol tradisional:
• Bahar/ Ijok/ Todi : 4 hirup/ 120 ml = 1 minuman alkohol
• Air tapai/ Tuak beras/ Lihing : 3 hirup/ 90 ml = 1 minuman
alkohol
• Montoku/ Langkau/ Samsu : 1 hirup/ 30 ml = 1 minuman
alkohol

06/01/2021

Nama: Shilla Nursyazana binti Mohamad Khir
Matrik: 273099
Tajuk: Ketagihan Dadah? Apakah Solusinya?🤔

Berdasarkan video dibawah, dapat kita kenali jenis- jenis dadah dan kesan buruk terhadap individu apabila terlibat dalam ketagihan dadah ini.

ketagihan terhadap dadah adalah keadaan dimana seseorang itu tidak boleh berfungsi tanpa dadah(KK.Pem.Perubatan). bukan itu sahaja, keadaan ini juga adalah dimana seseorang individu terpaksa menggunakan dadah ubtuk mengekalkan keselesaan dalam menjalan kehidupan harian.
Jika dadah tidak diambil, ia akan menyebabkan penagih mengalami simptom penarikan( withdrawal symptom)

❗Tanda-tanda dan symptom withdrawal:
1. 14-18 jam (menguap, bersin,mata berair, anxiety)
2. 18- 24 jam (nafsu makan, keresahan, sedih)
3. Selepas 36 jam( muscle twitching, sakit perut, kekejangan otot, muntah, demam, halusinasi, berkemungkinan boleh membunuh diri)

Oleh itu, terdapat beberapa rawatan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ketagihan ini.

➡️Rawatan Ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah s**ar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan. Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Rawatan termasuk:

1. Detoksifikasi- Bagi menghilangkan kesan dadah di dalam badan. Rawatan ini dijalankan oleh pusat pemulihan. Kebiasaannya, rawatan ini menggunakan teknik ‘cold turkey’
2. Terapi kelakuan- Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan terhadap dadah.
3. Kaunseling – Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagih
4. Memaksimumkan keadaan bebas dadah semasa proses pemulihan
-Methadone – Ketagihan ubat penenang. Diambil secara oral sekali sehari. Berkesan untuk menghilangkan ‘withdrawal symptom’ akibat tindakan dadah jenis ‘opiate’

Apakah yang membantu seseorang itu berhenti menagih dadah?

Peranan keluarga amat penting bagi membantu memulihkan penagih ini kembali ke pangkuan masyarakat. Sokongan yang dimaksudkan mencakupi sokongan dan belaian emosi, kasih sayang dan ambil berat semua ahli keluarga.
Sokongan berterusan daripada keluarga- Penagih perlu terus diberi sokongan selepas rawatan. Begitu juga penagih yang dihantar ke pusat serenti atau institusi pemulihan lain tidak sewajarnya dipinggirkan daripada keluarga dan diserahkan kepada institusi untuk mengatasi masalah penagihan mereka. Berdasarkan kajian, hampir 80 peratus kembali menagih apabila ahli keluarga seperti adik-beradik tidak memberi sokongan, lebih-lebih lagi untuk terbabit sama dalam program pemulihan. Bagi memulihkan penagih, hubungan asas kekeluargaan mesti berunsur terapeutik iaitu dibajai kasih sayang, harga diri, bantuan serta sokongan fizikal dan mental.

Oleh itu, kita perlulah menyokong tindakan ahli keluarga, rakan, atau pun sesiapa sahaja yang kita kenali yang sedang berjuang berhenti dalam masalah ketagihan ini. 💪

Credit video: ML Studio

JUMLAH KEMATIAN AKIBAT PEMANDU MABUKKes berkaitan pemandu mabuk ini amat luas diperkatakan di media-media sosial seperti...
02/01/2021

JUMLAH KEMATIAN AKIBAT PEMANDU MABUK

Kes berkaitan pemandu mabuk ini amat luas diperkatakan di media-media sosial seperti televisyen, akhbar-akhbar, majalah dan sebagainya. Namun, adakah langkah-langkah pencegahan sudah diambil?

Pelbagai cara dan langkah telah diambil untuk menangani kes pemandu mabuk ini tetapi kenapa masih ramai yang degil dan menganggap perkara ini seperti acuh tak acuh?

Kes kematian akibat pemandu mabuk ini jelas menunjukkan ada trend peningkatan dan ia banyak melibatkan orang di luar kenderaan seperti pengguna jalan raya lain serta pejalan kaki berbanding pemandu mabuk itu sendiri.

Kes berkaitan pemandu mabuk perlu ditangani sebaik mungkin kerana ia bukan saja menunjukkan peningkatan dari segi trend kes tetapi juga melibatkan keselamatan pengguna jalan raya lain. Data berkaitan pemandu mabuk di negara ini bagi tempoh 10 tahun lalu iaitu antara 2010 hingga 2018.
Menurut akhbar ini, angka kematian awal dicatatkan sebanyak 49 kes, sebelum ia naik mendadak pada tahun 2012. Namun, mulai tahun 2017 ke 2018, ia menunjukkan trend penurunan berbanding gambaran yang diperoleh masyarakat pada hari ini.

Pada 2018 angka kematian disebabkan pemandu mabuk dilaporkan sebanyak 54 kes berbanding jumlah keseluruhan kes kematian pada tahun itu sebanyak 6,000 lebih dan peratus kematian disebabkan pemandu mabuk jika dibandingkan dengan jumlah kematian adalah kurang satu peratus.
Ini bermakna, isu pemandu mabuk hanya menyumbangkan satu peratus dari angka kematian, sementara 99 peratus lagi adalah sumbangan isu-isu lain yang turut boleh menyebabkan kehilangan nyawa seperti kelajuan, langgar lampu merah dan sebagainya.

Bagi pemandu mabuk, mereka tidak faham dan yakin mengatakan bahawa mereka tidak mabuk, dan mereka juga menganggap bahawa denda yang dikenakan terlalu sedikit menyebabkan mereka tidak mengambil serius tentang perkara ini.

Pada pendapat saya, pelbagai pihak memainkan peranan yang penting untuk mencegah kes ini daripada berleluasa dan akan mengancam lebih ramai nyawa orang lain akibat daripada pemandu mabuk ini. Antara langkah-langkah yang lebih efektif yang boleh diambil untuk menghalang tingkah laku pemandu daripada memandu dalam keadaan mabuk ialah:

1.Memastikan pemandu mabuk itu akan ditangkap dan dihukum.
2.Pihak berkuasa tempatan harus melaksanakan dasar kawalan alkohol yang lebih ketat. Waktu penjualan alkohol di kedai, bar, dan restoran harus dikurangkan.
3.Pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 dan penjara 10 tahun, bawah Seksyen 44.

Kesimp**annya, pemandu perlulah bertanggungjawab untuk tidak memandu setelah mengambil minuman berakhohol. Hukuman yang berat akan dikenakan sekiranya pemandu mabuk itu degil. Bahkan, pemandu mabuk ini bukan sahaja akan membahayakan nyawanya malah ia turut membahayakan nyawa orang lain.

Nama: Noorfahmie bin NoorbiNo.Matrik: 273226Punca berlaku kes dadah di peringkat sekolah dan cara untuk menyelesaikannya...
26/12/2020

Nama: Noorfahmie bin Noorbi
No.Matrik: 273226
Punca berlaku kes dadah di peringkat sekolah dan cara untuk menyelesaikannya?

Berdasarkan berita di Astro Awani, pada 25 Jun 2020 seorang pelajar lelaki sekolah menengah di Langkawi yang berumur 16 tahun telah ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di negeri Kedah dalam satu operasi malam atas kesalahan mengambil dadah. Punca utama pelajar ini mengambil dadah ialah terpengaruh dengan rakan sebaya (jiran) yang menyuruh dia menghisap dadah jenis syabu sejak berumur 13 tahun lagi.

Pada pendapat saya sebagai seorang masyarakat/mahasiswa yang peka akan isu dadah di peringkat sekolah ini ialah kita seharusnya bijak dalam memilih rakan sebaya supaya tidak terjerumus ke dalam najis dadah. Apabila seseorang itu sudah mencapai dalam keadaan yg ketagihan dadah yang melampau, mereka tidak dapat fokus dalam pelajaran kerana mereka asyik memikirkan untuk berkhayal dengan dadah sahaja. Jika pelajaran pelajar ini terganggu disebabkan oleh masalah ketagihan menyebabkan mereka akan gagal dalam pelajaran dan mereka akan mengambil keputusan untuk berhenti sekolah. Bukan itu sahaya, kita tahu pelajar tidak mempunyai pendapatan yg cukup untuk membeli dadah akan memaksa ibubapa mereka untuk memberikan duit kepadanyaa dalam keadaan memaksa untuk melepaskan giatnyaa terhadap dadah sehingga sanggup membunuh ibubapa mereka sendiri. Pengambilan dadah telah menyebabkan remeja tidak waras untuk membezakan perkara yang betul dan salah. Selain itu, remaja perlu mempunyai pegangan agama yang betul untuk memastikan mereka tidak mudah terpengaruh untuk mengambil dadah. Remaja pada masa itu terlalu ingin mencuba sesuatu perkara yang baru tetapi perlu melihat perkara tersebut melarang syariat atau sebaliknya. Jika perkara tersebut mendatangkan keburukan kepada kamu misalnya mengambil dadah maka jauhi perkara tersebut sebaliknya jika perkara tesebut mendatangkan kebaikan kepada kamu maka amalkan sebaiknya.

Terdapat beberapa cara mengurangkan kes dadah di sekolah yang telah diambil oleh beberapa pihak :
1. Pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah memperkuatkan operasi malam untuk menahan penagih dadah di setiap negeri.
2. Pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memberikan pendedahan tentang bahayanya dadah dalam kehidupan seseorang individu yang boleh memusnahkan diri.
3. Masyarakat perlu memperkuatkan operasi penjagaan di waktu malam (Rukun Tetangga) dengan lebih kerap untuk mengesan lubuk penagih dadah mendapatkan sumber dadah daripada tokan bagi kawasan yang mempunyai kes dadah yg tinggi.
4. Ibu bapa perlu memantau pengerakan anak-anak mereka supaya tidak terlibat dalam kes dadah.

Kesimp**annya, semua pihak perlu bersatu padu dalam membasmi kes dadah yang berlaku di sekolah kerana sekolah adalah tempat penentu bagi masa depan anak-anak kita.

Dalam operasi itu, seramai 50 individu ditahan dalam serbuan di beberapa lokasi iaitu di Kuah, Ulu Melaka dan Kedawang, Langkawi.

(BAGAIMANA DADAH/ARAK MEMPENGARUHI REMAJA & KESANNYA)Berdasarkan video, tindakan membuat keputusan pada remaja melibatka...
21/12/2020

(BAGAIMANA DADAH/ARAK MEMPENGARUHI REMAJA & KESANNYA)

Berdasarkan video, tindakan membuat keputusan pada remaja melibatkan bahan kimia yang disebut dopamin di satu pusat yang ada pada otak iaitu g***aran atau "reward".

Dopamin ini fungsinya membantu untuk menghantar signal kepada otak yang membolehkan seseorang itu berasa gembira. Bilangan reseptor yang berinteraksi dengan dopamin juga lebih tinggi dalam seseorang remaja berbanding pada peringkat umur yang lain.

Jadi, sekiranya remaja mendapat pujian, ia akan meningkatkan sensitiviti pada brain's reward center berbanding sensitiviti orang dewasa.

Jika remaja itu bersama rakan-rakannya juga akan meningkatkan sensitiviti pada brain's reward.
Oleh itu, remaja itu akan lebih bertindak balas dengan lebih kuat dengan apa yang rakan-rakannya fikirkan.

Jadi, remaja itu akan lebih cenderung untuk membuat keputusan untuk buat aktiviti bersama rakan-rakannya, berbanding membuat aktiviti yang dia tidak pernah buat seorang diri.

Adakalanya perkara ini boleh jadi sesuatu yang positif, tapi boleh juga menjadi sesuatu yang negatif.

Terutamanya sekiranya remaja itu salah memilih rakan, iaitu sebagai contoh mengajaknya untuk mencuba sesuatu yang baharu, iaitu DADAH & ARAK. Jadi, diri sini lah kita dapat tahu bagaimana Dadah & Arak diperkenalkan oleh rakan sebaya.

Dadah & arak ini kesannya bukan sekadar jangka pendek sahaja, tetapi jangka panjang juga, iaitu dari segi perkembangan otak remaja.

"MRI scan' juga telah membuktikan bahawa orang yang tidak mengambil dadah lebih banyak membuat keputusan berbanding orang yang sudah lama mengambil dadah.

Ini membawa erti dadah dan arak membawa kesan buruk kepada seseorang remaja seperti merosakkan perkembangan otak, hilang ingatan dan juga masalah sosial.

Kesimp**annya, kami berharap agar harap kesedaran ini dapat sampai kepada semua masyarakat terutamanya golongan remaja. Ini kerana, kita telah mengetahui yang dadah & arak ini boleh mempengaruhi sesiapa sahaja, tidak kira umur, bangsa dan pekerjaan.

Buat para ibu bapa, jagalah anak-anak anda dan kenalkan kepada mereka bahayanya dadah & arak ini agar mereka dapat mengelak sekiranya ada cubaan pengaruh dari rakan sebaya.

JANGAN BIARAKAN HIDUP ANAK ANDA MUSNAH AKIBAT DADAH & ARAK.

Sekian sahaja sharing untuk hari ini,
Terima kasih 😃

Decision-making in teens involves a chemical called dopamine in the brain’s reward center. Dopamine helps transmit signals in the brain that make people feel...

LANGKAH-LANGKAH UNTUK BERHENTI PENGAMBILAN ARAKKecenderungan untuk menjadi penagih alkohol (arak) di kalangan lelaki dan...
17/12/2020

LANGKAH-LANGKAH UNTUK BERHENTI PENGAMBILAN ARAK

Kecenderungan untuk menjadi penagih alkohol (arak) di kalangan lelaki dan wanita adalah 4 kali ganda jika ibu bapa mereka juga penagih alkohol. Oleh itu, ketagihan alkohol ini boleh diwarisi. Penagihan alkohol perlu dirawat sebagai satu penyakit. Ini adalah penting dan cara yang baik untuk mengatasi masalah minum arak ini ialah dengan berhenti meminumnya. Ada dua jenis ubat yang boleh diberi untuk merawat masalah ini adalah ubat yang dikenali sebagai antabuse. Ubat ini boleh menimbulkan reaksi fizikal yang teruk sekiranya pesakit meminum alkohol semasa mengambil ubat ini. Kedua ialah ubat Naltrexone, ia menyekat keinginan untuk meminum arak dan merasa nikmat kemabukannya.

Justeru itu, seseorang individu perlu menjaga kesihatan dan memelihara diri agar aspek kesihatan dari segi fizikal dan psikologikal sihat daripada sebarang kesan yang serius akibat daripada penyalahgunaan alkohol. Oleh yang demikian, terdapat pepatah yang mengatakan “Menghindari lebih baik daripada mengubati”.

Di sini terdapat beberapa langkah bagi membantu individu untuk berhenti meminum arak, di antara langkah-langkah tersebut adalah:

(1) Langkah pertama dan yang terbaik untuk mengelak diri anda dari menjadi penagih alkohol adalah dengan mengakui diri anda sebagai seorang peminum.

(2) Ubah gaya hidup anda. Jauhi dari tempat-tempat yang boleh menyajikan alkohol (kelab malam, parti dan majlis tari menari) sehinggalah anda boleh mengawal diri anda dari minum. Apabila anda berjaya mengatasi masalah ini, mintalah jus, soda atau kopi sebagai ganti, jika anda menghadiri majlis-majlis tertentu.

(3) Jika rakan-rakan anda mempelawa anda minum alkohol untuk meraikan majlis mereka, terangkan kepada mereka yang anda telah berhenti. Anda boleh mencari rakan baru sekiranya mereka tidak setuju tindakan anda ini.

(4) Dapatkan sokongan sosial dengan menghadiri perjumpaan kump**an motivasi/bantu diri untuk menguatkan pendirian anda.

(5) Pengawasan ibu bapa adalah penting agar anak-anak mereka tidak terjebak dalam gejala yang negatif ini. Dengan menyiasat dengan siapa anak-anak mereka berkawan dan sebagainya.

(6) Ketahuilah had dan batasan anda dan kekalkan prinsip ini.

(7) Curahkan segala masalah anda kepada yang sudi mendengarnya dan yang mengambil berat tentang diri anda.
Mungkin ini akan mengurangkan kesedihan anda dan mengelakkan diri dari mengambil alkohol.

(8) Cari jalan lain untuk menenangkan diri anda selain dari alkohol (hobi, senaman, aktiviti fizikal dan menonton wayang).

(9) Sedarilah bahawa anda sebagai simbol dan model yang baik kepada anak-anak anda kerana mereka belajar dari apa yang mereka lihat.

(10) Kuatkan pegangan agama anda. Semua agama melarang pengambilan dan penyalahgunaan alkohol.

PEMANDU MABUK MEMBUNUH: APA SOLUSINYA?Kita selalu mendengar Arak merupakan satu bahan yang akan membahayakan diri dan me...
03/12/2020

PEMANDU MABUK MEMBUNUH: APA SOLUSINYA?
Kita selalu mendengar Arak merupakan satu bahan yang akan membahayakan diri dan merosakkan masa depan seseorang itu apabila mengambilnya. Namun, sejak kebelakangan ini KISAH pemandu mabuk dan langgar mati mangsa cukup banyak berlaku.
Terkini yang meruntun hati sebahagian besar kepimpinan negara adalah kes Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31 dilanggar pemandu Toyota Hilux yang memandu dalam keadaan mabuk di sekatan jalan raya Op Covid-19 berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS. Arwah dihimpit kenderaan Hilux berkenaan.

TINDAKAN UNDANG – UNDANG
Bagi kesalahan ini, pesalah didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 serta tidak lebih RM20,000 jika sabit kesalahan.

CADANGAN YANG WAJAR DIPERTIMBANGKAN
Undang-undang untuk pemandu mabuk adalah undang-undang yang sekian lama tiada pindaan sejak 2005. Menteri Dalam Negeri kini telah memberi jaminan akan berbincang dengan Kementerian Pengangkutan bagi menggubal undang-undang berkaitan pemandu mabuk.
Ketika ini, individu yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol akan didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan berbahaya yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun sahaja serta denda tidak lebih RM20,000 sahaja.

CADANGAN PINDAAN UNDANG-UNDANG BAGI PEMBELAAN WARIS
Pindaan yang dibuat bukan sahaja membabitkan peruntukan berkaitan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian, iaitu Seksyen 44 (Akta 333), malah juga yang memandu bawah pengaruh alkohol atau apa apa bahan memabukkan mengikut Seksyen 45 akta sama, walaupun tidak terlibat dalam apa-apa kemalangan.
Perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara supaya kes yang melibatkan kematian angkara turut disiasat dan dituduh mengikut Kanun Keseksaan, termasuk Seksyen 302, iaitu menyebabkan kematian dengan sengaja ataupun Seksyen 307, iaitu cubaan membunuh dengan niat dalam kes pemandu mabuk ini.

Kesan - Kesan Dadah dan Arak kepada Individu Umum mengetahui kesan buruk arak dan dadah. Bukan setakat kesan terhadap si...
24/11/2020

Kesan - Kesan Dadah dan Arak kepada Individu

Umum mengetahui kesan buruk arak dan dadah. Bukan setakat kesan terhadap si penagih mahupun si pemabuk, namun ia juga boleh memberi kesan buruk kepada orang disekeliling mereka dan juga boleh memberi kesan buruk kepada negara. Oleh sebab itu, pencegahan awal perlu dilakukan supaya ianya tidak membawa kepada kemudaratan terhadap masyarakat dan juga negara. Oleh yang demikian saya akan menerangkan kesan buruk dadah dan arak terhadap individu.

Pertama sekali, saya akan mulakan dengan kesan buruk dadah terhadap individu. Umum mengetahui yang dadah juga ada digunakan dalam perubatan dalam tujuan yang positif, namun begitu ada yang menggunakan dadah dalam tujuan yang salah yang menyebabkan berlakunya permasalahan-permasalahan di dalam masyarakat. Dadah menyebabkan ketagihan yang melampau sehinggakan sekiranya si penagih tidak dapat memuaskan kepuasan mereka, mereka sanggup melakukan apa sahaja, sehingga membunuh juga mereka sanggup. Namun begitu, mereka sebenarnya tidak boleh berfikir dengan waras kerana dadah menyebabkan mereka hilang kewarasan untuk berfikir. Itu sebabnya kenapa dadah sangat berbahaya, kerana dia boleh merosakkan sistem dalaman seseorang secara perlahan-lahan. Antara kesan terhadap sistem dalaman penagih ialah berlaku kerosakan kepada sistem saraf otak ataupun saraf tunjang dan juga boleh membawa maut. Oleh yang demikian, mereka seharusnya dibawa ke pusat rawatan mahupun pusat-pusat bagi bekas penagih dadah, agar kesihatan mereka sedikit sebanyak dapat dirawat.

Selain itu, ramai yang fikir arak mampu menenangkan fikiran dari masalah dunia yang melampau ada juga yang minum arak untuk meraikan sesuatu, namun begitu ia juga memberi kesan buruk yang hampir sama dengan dadah sendiri walaupun arak cuma memberi kesan pada suatu tempoh tertentu namun masih memberi kesan jangka panjang juga kepada si pemabuk. Antara situasi yang paling berbahaya untuk pemabuk apabila mereka memandu kereta dalam keadaan mabuk. Perbuatan itu sangat tidak bertanggungjawab kerana ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa bukan sahaja kepada si pemabuk itu sendiri namun boleh terjadi kepada orang-orang yang tidak bersalah. Oleh sebab itu, kerajaan telah menetapkan undang-undang yang pemandu mabuk tidak dibenarkan memandu sebarang jenis kenderaan sekiranya ada yang melanggar, denda akan dikenakan.

Kesimp**annya, walaupun dadah dan arak memberi kepuasan walaupun dalam tempoh yang sekejap, namun ingatlah insan yang tersayang. Mereka juga sedikit sebanyak akan mendapat tempias daripada kegiatan yang dilakukan. Sekian terima kasih

JENIS-JENIS DADAHsetakat ini dadah dapat dikategorikan kepada beberapa jenis seperti:1. Opiat.Opiat adalah sejenis dadah...
16/11/2020

JENIS-JENIS DADAH
setakat ini dadah dapat dikategorikan kepada beberapa jenis seperti:

1. Opiat.
Opiat adalah sejenis dadah yang diperolehi daripada tumbuhan pokok popi, getah yang dikeluarkan oleh pokok popi akan dikeringkan dan diproses menjadi dadah kump**an opiat iaitu candu, morfin dan he**in.

2. Stimulan.
stimulan merupakan satu bahan kimia psikoaktif yang meransangkan aktiviti sistem saraf pusat. Dadah yang berada di dalam kump**an stimulan ialah amfetamin, methamphetamine(syabu/ice) dan kokain.

3. G***a
g***a berasal daripada pokok g***a yang mana berasal dari kawasan yang beriklim panas seperti asia, mexico, africa dan timur tengah. g***a diproses dengan mengeringkan daun dan pucuk berbunga pokok dalam bentuk ketulan. g***a menyerupai tembakau tetapi warnanya lebih kehijauan.

4.Halusinogen
jenis dadah ini adalah jenis dadah yang asli dan sintetik mengubah pencerapan deria. ia dapat mengubah pandangan visual dan ilusi sehingga susah membezakan benar atau tidak benar.

5.Depresen
depresen adalah dadah yang bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahakan atau menghentika fungsi-fungsi tubuh. dadah yang berada di dalam kump**an ini adalah alkohol, steroid, Gam, daun kentum dan lain lagi.

tersebut adalah jenis-jenis dadah dan kemungkinan ada diantara masyarakat menganggap sesetengah dadah boleh digunakan sebagai ubat-ubatan untuk kesihatan tubuh tetapi tidak sebenarnya disebabkan kesan-kesan yang terdapat di dalam dadah. Di malaysia sangat pop**ar dengan dadah g***a, alkohol, daun ketum dan ubat batuk kerana mudah didapati. Jadi pihak berkuasa tertentu haruslah mengetatkan lagi undang-undang kepada masyarakat yang mengguna atau menjual, demi kesihatan dan keselamatan masyarakat malaysia.

BAHAYANYA ARAK DAN DADAH!!! APA ITU ARAK DADAH? Dadah digunakan secara meluas dan terkawal dalam bidang farmasi dan peru...
12/11/2020

BAHAYANYA ARAK DAN DADAH!!!

APA ITU ARAK DADAH?

Dadah digunakan secara meluas dan terkawal dalam bidang farmasi dan perubatan tetapi dikawal selia dengan baik dan sebarang penyalahgunaan dadah diklasifikasikan sebagai jenayah yang boleh membawa kepada hukuman mandatori gantung sampai mati.

Hal ini kerana jika digunakan secara sedikit ia akan memberi manfaat namun jika digunakan secara berlebihan, ia akan membawa mudarat.

Sama juga seperti arak yang menjadi minuman sesetengah pihak, jika berlebihan ia memabukkan dan membawa banyak kemudaratan. Seperti yang kita lihat, banyak kes pemabuk memandu dan melibatkan ramai nyawa mangsa yang tidak bersalah melayang.

Kerajaan tidak perlu memikirkan keadilan buat pesalah iaitu pemandu mabuk ini, kerana tiada bangsa dan agama apapun di dunia ini yang s**a ahli keluarganya terbunuh akibat dari pemandu mabuk.

Justeru, inilah masanya naratif mengenai arak ini wajar diubah, minuman memabukkan ini bukannya hak ekslusif mana-mana kaum ataupun bangsa tetapi sebaliknya jika memudaratkan sehingga menyebabkan kematian, ia wajar diharamkan atau setidak-tidaknya pengambilannya wajar dihadkan di tempat yang khusus sahaja dan jika tertangkap memandu di bawah pengaruh alkohol, terus akan dipenjara dan disebat walaupun pemanduannya tidak menyebabkan kemalangan.

Bagi pemandu mabuk yang menyebabkan kematian p**a dijatuhkan hukuman gantung sampai mati agar menjadi iktibar bagi yang lain.

Address

Universiti Utara
Universiti Utara

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu1013 Penghayatan Etika dan Peradaban E - Kumpulan 5 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category