04/12/2022
NAMA: NUR FARISYA SHAHIRA BINTI ROSIDI
NO MATRIK: 287338
TEMA: WASPADA DENGAN MODUS OPERANDI PENIPUAN DALAM TALIAN
TAJUK: PUNCA BERLAKUNYA JENAYAH SIBER DALAM ATAS TALIAN.
Antara punca berlakunya jenayah siber dalam atas talian disebabkan kurangnya kesedaran tentang isu semasa. Meskipun rata - rata masyarakat celik tentang teknologi dan sering menggunakan internet setiap hari, bukan bererti seseorang itu tidak dapat ditipu dengan mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana, sebagian besar korban juga tertipu oleh hasil iklan media sosial seperti Facebook dan telegram. Contoh kes penipuan adalah pelbagai pakej pelaburan seperti C trading, Trading sukses ,O forex dan sebagainya yang menawarkan pelaburan keuntungan harian. Kebiasaanya mangsa dimasukkan secara automatik di Telegram yang menawarkan pelbagai pakej pelaburan ditawarkan. Sindiket bermula dengan pakej basic ( asas) serendah Rm500 membabitkan keuntungan sebanyak Rm7,000 diikuti pelaburan Rm 1,000 dengan pulangan Rm15,000. Penyangak saham tidak wujud ini cuma meyakinkan mangsa bahawa pelaburan dianjurkan itu selamat, patuh syariah dan diuruskan secara profesional dan paling penting keuntungan dibayar dalam tempoh enam jam sahaja. Golongan buta saham dan tiada pengetahuan berkaitan aktiviti pelaburan biasanya mangsa paling mudah ditipu dalam sindiket ini individu yang tidak peka terhadap situasi saat ini lebih cenderung tertipu.
Selain itu, keinginan dalam mendapat keuntungan dengan cepat dan mudah antara punca yang menyumbang kepada jenayah atas talian ini. Siapa yang tidak menginginkan rumah yang murah, namun selesa dan kemas. Ini adalah salah satu ayat pemasaran yang sering digunakan dalam penipuan dan skim cepat kaya untuk menarik minat. Namun begitu. penipuan dalam kes projek perumahan berbeza dengan kes skim cepat kaya. Dalam kes skim cepat kaya, pulangan dijanjikan bulan- bulan dan selalunya akan rahsia penipuan tentang skim ini akan diketahui juga dalam masa 12 bulan ke 3 bulan. Berbanding dengan kes perumahan, projek perumahan terbengkalai hanya akan diketahui dalam mas minima 3 ke 5 tahun kerana projek perumahan memakan masa yang agak lama.Contoh kes penipuan adalah skim perumahan yang terlalu murah mampu mengaburi dan menarik minat banyak orang. Rata - rata individu terlalu terlalu percaya bahawa barang-barang yang terlalu murah sehingga mereka lupa tentang harga sebenarnya barang-barang itu. Sekiranya anda adalah seseorang yang peka terhadap kos membina rumah, sudah pasti akan sedar dan berfikir secara logik bahawa rumah yang terlalu murah adalah mustahil.
Jenayah atas talian ini juga boleh terjadi disebabkan oleh desakan hidup yang serba kekurangan. Walaupun negara kita semakin maju ke hadapan, namun masih terdapat individu yang hidup dalam kesusahan bak kata peribahasa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hal sebegini menyebabkan mereka terpaksa untuk mendapatkan wang tanpa memikirkan kesan kepada orang lain Situasi ini mampu mempengaruhi dan cenderung untuk melakukan kegiatan yang tidak bermoral ini. Misalnya, sesetengah individu yang kurang bertanggungjawab ini sanggup menggodam akaun bank orang lain untuk mendapatkan wang mereka secara haram. Kesannya, sudah pasti masyarakat hidup dalam suasasana yang ketakutan dan kegelisahan apabila jenayah siber sebegini semakin berleluasa dari hari ke hari. Akibat sikap golongan yang tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan mangsa kehilangan simpanan mereka, menanggung bebanan hutang yang tidak perlu, atau kehilangan harga diri dalam beberapa kes. Desakan hidup untuk mencari sumber pendapatan dalam kehidupan tidak boleh dijadikan alasan kerana banyak lagi cara lain untuk mencari rezeki yang halal dan berkat. Lebih menyedihkan lagi apabila mengetahui bahawa pelaku telah didakwa dengan aktiviti jenayah dan mempamerkan gaya hidup yang sangat mewah. Sedangkan sebenarnya, kekayaan yang dinikmati dan dibelanjakan bukanlah hasil keringat mereka, tetapi hasil kerja keras hidup menjadi seorang penipu.