Penghayatan Etika dan Peradaban- R -Kumpulan 5

Penghayatan Etika dan Peradaban- R -Kumpulan 5 Halaman ini dibuka untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dadah.Semoga bermanfaat

10/01/2023
APAKAH ITU DADAH?-Dadah ialah bahan kimia yang dapat mengubah fungsi badan dan kelakuan seseorang.-Dalam bidang perubata...
09/01/2023

APAKAH ITU DADAH?
-Dadah ialah bahan kimia yang dapat mengubah fungsi badan dan kelakuan seseorang.
-Dalam bidang perubatan, dadah digunakan sebagai ubat untuk merawat pelbagai penyakit seperti batuk, sakit kepala dan sebagai ubat tahan sakit.
-Bahan ini boleh menyebabkan ketagihan dan menjejaskan fungsi sistem saraf pusat.
PENYALAHGUNAAN DADAH
-Penyalahgunaan dadah ditakrif sebagai penggunaan dadah untuk tujuan selain perubatan.
-Pengambilan dadah secara berulang kali boleh menyebabkan kesan ketagihan, iaitu badannya akan bergantung secara fizikal ke atas dadah.
-Akta Dadah Berbahaya 1952 telah diwujudkan untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah.
Muhammad Aiman Zharfan Bin Mohd Zulkarnain (294507)

https://m.youtube.com/watch?v=X9vHGDMZMuoKisah ini mengisahkan Rosdi, anak muda yang terlibat dalam dadah dan telah dita...
28/12/2022

https://m.youtube.com/watch?v=X9vHGDMZMuo

Kisah ini mengisahkan Rosdi, anak muda yang terlibat dalam dadah dan telah ditangkap pihak berkuasa akibat terpengaruh dengan kawan-kawannya

MUHAMMAD DANIAL AFIQ BIN MOHAMAD ZAIDI
294424

Drama Pendek "Dadah" ini dijayakan oleh para pelajar Dramatis Studio. Penggambaran dilakukan di sekitar Kuala Lumpur.Jika anda berminat untuk menyertai Drama...

Kita semua mempunyai tekanan dalam hidup kita. Tekanan boleh menjadi pendorong, tetapi ia juga boleh menghasilkan perasa...
20/12/2022

Kita semua mempunyai tekanan dalam hidup kita. Tekanan boleh menjadi pendorong, tetapi ia juga boleh menghasilkan perasaan negatif dan malangnya, tekanan dapat meningkatkan kemungkinan remaja mendekati dadah. Apabila manusia mengalami tekanan, otak mengeluarkan kortisol iaitu hormon tekanan. Dari semasa ke semasa, tekanan yang kronik boleh menjejaskan bahagian otak yang berkaitan dengan ingatan atau pembelajaran disebabkan kehadiran kortisol. Beberapa bahagian otak ini juga adalah bahagian yang sama terjejas oleh penggunaan dadah dan ketagihan.

Dahulu remaja mengambil dadah untuk berasa hebat, mengikut rakan sebaya, atau untuk berseronok. Tetapi pada hari ini, remaja sering tertekan dengan sekolah dan masalah harian sehingga mereka merasakan mereka terdorong untuk menggunakan dadah bagi mengatasinya. Remaja sering ditekan untuk mendapatkan prestasi baik di sekolah dan masuk ke kolej yang baik. Hal ini membebankan fikiran ramai remaja dan terdapat banyak tekanan yang dihadapi oleh golongan muda semasa usia awal remaja mereka. Perubahan yang dilalui oleh badan mereka pada usia ini boleh membawa kepada tekanan biologi. Perkembangan remaja yang mendadak dalam kehidupan mereka adalah suatu kebimbangan kerana mereka tidak dapat merasakan keseronokan dan hanya memikirkan hal yang dapat memberikan tekanan. Ditambah lagi dengan kekurangan tidur kerana sekolah, kehidupan sosial, kehidupan keluarga dan pekerjaan. Tekanan keluarga merupakan satu lagi punca tekanan kepada remaja yang membawa kepada pengambilan dadah. Apabila remaja meningkat dewasa dan bebas daripada ibu bapa mereka, pertegkaran sering berlaku. Kemudian, masalah ini menjadi lebih teruk lagi apabila mereka tiada tempat untuk meluahkan perasaan mereka dan ibu bapa hanya sibuk dengan pekerjaan mereka atau ibu bapa bercerai. Putus cinta, perjuangan untuk mendapatkan populariti di sekolah, usikan dan buli juga boleh memberi tekanan kepada remaja yang membawa kepada pengambilan dadah.

Kebanyakannya mengambil dadah kerana mereka mahu mengubah sesuatu dalam hidup mereka.
Di sini adalah salah satu sebab yang diberi anak muda atas mengapa mereka mengambil dadah:
• Untuk menyesuaikan diri
• Untuk menghilangkan kebosanan
• Untuk merasakan bebas
• Untuk melihat seperti orang dewasa
• Untuk memberontak
• Untuk mencuba

Mereka memikirkan bahawa dadah adalah penyelesaiannya tetapi sebenarnya dadah menjadi suatu masalah kepada diri sendiri.

Dadah pada asasnya adalah racun. Jumlah yang diambil akan menentukan kesannya. Sebilangan kecil bertindak sebagai perangsang (mempercepatkan tindak balas). Jumlah yang banyak akan bertindak sebagai sedatif yang akan memperlahankan tindak balas badan dan jumlah pengambilan dadah yang berlebihan akan meracuni dan boleh membawa kepada kematian.

Ini adalah kebenaran mengenai mana-mana dadah. Hanya amaun yang diambil akan mencapai kesan yang berbeza. Dadah boleh memesong persepsi pengguna tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Akibatnya, tingkah laku seseorang itu mungkin tidak rasional, tidak sopan dan malah boleh merosakkan.

Di bawah adalah salah satu contoh video yang menunjukkan bagaimana dadah boleh terlibat dalam kehidupan anak muda zaman sekarang.

https://youtu.be/HDfSx_Q7_Yk

NUR WADHIHAH AUNI BT ABDUL NAJEB 294336

Our oldest son died of an accidental he**in/fentanyl overdose on his 22nd birthday, in December, 2015. Our family produced this video to help teens and their...

Kesan dadah terhadap individu* boleh melemahkan sistem imun badan* berisiko untuk mendapat jangkitan HIV/AIDS melalui ja...
04/12/2022

Kesan dadah terhadap individu
* boleh melemahkan sistem imun badan
* berisiko untuk mendapat jangkitan HIV/AIDS melalui jarum suntikan

Kesan dadah kepada institusi keluarga
* meruntuhkan keharmonian dalam sesebuah keluarga
* menyebabkan berlaku keganasan apabila penagih dadah tidak dapat mengambil dadah
* menjatuhkan maruah keluarga

Kesan dadah kepada masyarakat
* menyebakan berlaku jenayah yang berleluasa dalam masyarakat
* perpaduan dalam masyarakat akan berpecah-belah

ANIS SYAHIRAH (294089)

Di Malaysia, dadah berbahaya sentiasa dianggap sebagai ancaman kepada masyarakat. Mahkamah sentiasa dipenuhi dengan kes ...
04/12/2022

Di Malaysia, dadah berbahaya sentiasa dianggap sebagai ancaman kepada masyarakat. Mahkamah sentiasa dipenuhi dengan kes dadah dimana seseorang suspek dituduh melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dadah walaupun kebanyakan suspek juga menyatakan bahawa penglibatan mereka adalah secara tidak sengaja ataupun telah ditipu. Oleh sebab itu, sangat penting untuk anda mempunyai asas kefahaman tentang undang-undang dadah di Malaysia, walaupun anda bukan seorang pengguna atau penyeludup. Berikut adalah hukuman kesalahan dadah berbahaya :

NUR NASIHAH (294112)

04/12/2022

JENIS JENIS DADAH BERSERTA KESAN BURUKNYA⚠️

MUHAMMAD ADIB AFIFI(294347)

DUIT PTPTN BELI DADAH‼️Kuala Terengganu: Seorang pelajar di sebuah universiti di Kedah didapati menggunakan pinjaman ptp...
04/12/2022

DUIT PTPTN BELI DADAH‼️

Kuala Terengganu: Seorang pelajar di sebuah universiti di Kedah didapati menggunakan pinjaman ptptn sebagai modal untuk menjadi pengedar syabu, bukan sahaja mendapatkan wang saku tambahan untuk membiayai pengajiannya, tetapi juga untuk memenuhi keperluan ubat-ubatannya. Dia mengakui bahawa dia mula mengambil ubat haram lima tahun yang lalu.

Setelah polis mendapat aduan orang ramai mengenai kegiatan pengedaran dadah secara kecil-kecilan, pelajar itu ditangkap dalam Ops Gempur semalam. Ketika ditangkap, dia dan seorang saudara lelaki berusia 30 tahun sedang tidur di sebuah kedai di hadapan sebuah rumah tanpa dinding, kira-kira jam 4.30 pagi. Semasa penangkapan itu, polis juga menemui sebuah tiub plastik Iutsinar yang tersembunyi di celah plastik rokok Garam Gudang di bawah katil rumah, yang mengandungi gumpalan kristal syabu yang mencurigakan.

Pelajar dan kerabatnya ditahan di Pusat Tahanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, dan selanjutnya berjalan sesuai dengan Artikel 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) tahun 1952 dan Artikel 15 (1) mengenai tinjauan Narkoba . Tindakan yang sama menyuntik ubat ke dalam badan.

Dalam operasi yang sama, polis juga menahan putera Bilal dari sebuah masjid di Kampong Batuhampar, Manil.Dia berusia 28 tahun dan dipercayai sebagai penggalang dana untuk mendapatkan bekalan dari pelajar. Semasa serangan itu, polis menghempas pintu belakangnya dan kemudian menahan suspek dan seorang rakannya yang berusia 23 tahun yang sedang mengambil dadah dan cuba bersembunyi di sebuah bilik gelap untuk melarikan diri, kira-kira jam 5:20 pagi.

NUR ADRIANA (294163)

Remaja bawah umur antara 384 ditahan menagih dadah Mohd. Yusri (tengah) menunjukkan barang rampasan dan sitaan yang dira...
04/12/2022

Remaja bawah umur antara 384 ditahan menagih dadah

Mohd. Yusri (tengah) menunjukkan barang rampasan dan sitaan yang dirampas dalam Op Tapis Khas SeMalaysia di IPK Pahang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Remaja berusia 16 tahun antara penagih dadah ditahan dalam serbuan sempena Ops Tapis Khas SeMalaysia yang diadakan serentak di 11 daerah negeri ini bermula 18 sehingga 20 April lalu.Remaja berkenaan antara 384 penagih terdiri daripada 375 lelaki dan sembilan perempuan berusia lingkungan 16 hingga 67 tahun yang ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah.Remaja yang terbabit merupakan penagih baharu ditahan dalam satu serbuan yang diadakan di sebuah Felda di Raub.

Pihak polis berjaya merampas 145.07 gram syabu, 124.43 he**in, 2320.04 gram g***a, 3.84 gram erimin 5, 98.92 gram pil yaba, 28.18 liter air ketum dan 400.7 gram daun ketum dengan keseluruhan nilai rampasan dadah berjumlah RM42,462 dalam operasi rampasan itu.Selain itu, turut dirampas wang tunai berjumlah RM59,570, tujuh buah kenderaan keseluruhan bernilai RM138,500 dan barang kemas bernilai RM22,324 dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan dan sitaan adalah sebanyak RM262,856.

Dalam operasi yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang itu sekali gus berjaya melumpuhkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang menjadi masalah sosial dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.Jelasnya operasi berjalan serentak bukan sahaja tertumpu di kawasan Felda tetapi juga melibatkan tujuh jeti serta perkampungan nelayan di daerah Kuantan, Pekan dan Rompin.Operasi yang berlangsung selama tiga hari itu berjaya melakukan 258 serbuan dengan menggempur 24 pot penagihan dadah yang telah dikenalpasti melalui risikan sebelum operasi.Daripada jumlah tangkapan itu juga seramai 56 orang merupakan tokan dadah dan 14 orang adalah ‘Wanted Person’, manakala 56 orang adalah penagih tegar di mana tindakan akan diambil di bawah Seksyen 36c Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Selain itu, daripada jumlah tangkapan tersebut juga, seramai 14 orang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B ADB 1952, tujuh orang di bawah Seksyen 39A (2) ADB 1952, 24 orang di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952, 57 orang di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952, tiga orang di bawah Seksyen 6 ADB 1952, 32 orang di bawah Seksyen 30 Akta Racun 1952, 224 orang di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan 10 orang di bawah Seksyen 39C ADB 1952..

KUANTAN – Remaja berusia 16 tahun antara penagih dadah ditahan dalam serbuan sempena Ops Tapis Khas SeMalaysia yang diadakan serentak di 11 daerah negeri ini bermula 18 sehingga 20 April lalu. Remaja berkenaan antara 384 penagih terdiri daripada 375 lelaki dan sembilan perempuan berusia lingkungan...

Dalam satu operasi membanteras dadah, seramai 76  remaja ditahan dan dadah bernilai RM3.58 juta berjaya dirampas Kuala L...
04/12/2022

Dalam satu operasi membanteras dadah, seramai 76 remaja ditahan dan dadah bernilai RM3.58 juta berjaya dirampas

Kuala Lumpur: Kes pengedaran dan penagihan dadah dalam kalangan remaja di negara ketika ini, amat membimbangkan apabila seramai 76 remaja ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam Op Tapis Khas dijalankan pada Jumaat hingga Ahad lalu.Kesemua remaja berusia antara 13 hingga 18 tahun itu antara 5,200 pengedar dan penagih yang ditahan dalam serbuan di 367 sarang penagihan dadah di seluruh negara.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi itu membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah seberat 212.6 kilogram dan 1,199.2 liter bernilai RM3.58 juta.Dalam operasi itu, seramai tahan 76 remaja dengan lapan daripada mereka masih bersekolah dengan dua daripadanya baru berusia 13 tahun, malah ada antaranya yang sudah menjadi tokan.Mengenai rampasan dadah, antara yang dirampas adalah jenis he**in, syabu, ketamin, g***a, pil erimin 5, pil yaba, ekstasi dan daun ketum serta dirampas sepucuk pistol revolver .38, tujuh butir peluru dan dua laras senapang buatan sendiri.Selain itu,operasi ini juga berjaya menyita pelbagai aset sindiket dadah termasuk wang tunai berjumlah RM333,766, barang kemas berjumlah RM41,540, 34 kereta, 69 motosikal dan sebuah lori.Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1), Seksyen 39C, Seksyen 12(2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 serta Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.


Oleh Raja Noraina Raja Rahim
[email protected]

NURUL AIDA (294219)

Kuala Lumpur: Kes pengedaran dan penagihan dadah dalam kalangan remaja di negara ketika ini, amat membimbangkan apabila seramai 76 remaja ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam Op Tapis Khas dijalankan pada Jumaat hingga Ahad lalu.

Address

Universiti Utara
Universiti Utara

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika dan Peradaban- R -Kumpulan 5 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share