Mpu1013 Group 3 - H

Mpu1013 Group 3 - H Penghayatan Etika dan Peradaban - Pensejarahan Kerajaan-Kerajaan Melayu di Nusantara

Kerajaan Funan: Warisan Purba Kuasa, Kemakmuran, dan Pertukaran Transkultural di Asia Tenggara
11/07/2023

Kerajaan Funan: Warisan Purba Kuasa, Kemakmuran, dan Pertukaran Transkultural di Asia Tenggara

Sejarah Kerajaan Majapahit adalah integral dan tidak terlepas dengan dengan sejarah Kerajaan Singasari. Raja Kerajaan Si...
11/07/2023

Sejarah Kerajaan Majapahit adalah integral dan tidak terlepas dengan dengan sejarah Kerajaan Singasari. Raja Kerajaan Singasari menantu Kertanegara ialah Raden Wijaya. Singasari telah dihancurkan oleh pemberontakan yang dipimpin oleh Jayakatwang pada tahun 1292 M, yang berlaku di sana. Pada ketika itu, Raden Wijaya dan Arya Wiraraja melarikan diri. Ketika Kerajaan Singasari memerintah Trowulan, Raden Wijaya tinggal di dalam hutan. Kemudian, wilahah ini diberi nama Majapahit.

Kerajaan Hindu-Buddha di Nusantara merujuk kepada satu tempoh sejarah di wilayah Indonesia di mana pengaruh agama Hindu ...
08/07/2023

Kerajaan Hindu-Buddha di Nusantara merujuk kepada satu tempoh sejarah di wilayah Indonesia di mana pengaruh agama Hindu dan Buddha menjadi dominan dalam kehidupan sosial, budaya, dan politik. Tempoh ini berlaku sekitar abad ke-4 hingga abad ke-15 Masihi. Semasa tempoh ini, agama Hindu dan Buddha membawa pengaruh yang kuat dari India ke kepulauan Nusantara.

Pokok bidara daunnya lebar,Gugur melayang tepian jerami,Di nusantara laju tersebar,Islam diangkat menjadi rasmi.Kerajaan...
08/07/2023

Pokok bidara daunnya lebar,
Gugur melayang tepian jerami,
Di nusantara laju tersebar,
Islam diangkat menjadi rasmi.

Kerajaan Islam, antara kerajaan yang tertubuh berdasarkan beberapa teori dan cara penyebaran. Malahan penyebaran Islam juga turut memberi beberapa kesan kepada nusantara.

1) Ibu negeri Kesultanan Aceh ialah Banda Aceh. Kerajaan ini banyak menyumbang kepada tamadun Melayu menerusi sistem pen...
08/07/2023

1) Ibu negeri Kesultanan Aceh ialah Banda Aceh. Kerajaan ini banyak menyumbang kepada tamadun Melayu menerusi sistem pendidikan ketenteraannya, sistem kerajaannya yang teratur, dan juga mewujudkan pusat penyebaran ilmu dan agama.

2) Kejatuhan bermula selepas Sultan Iskandar Thani pada tahun 1641. Penganti beliau selepas itu adalah beberapa raja permaisuri yang lemah.Belanda mula mara di Sumatera, menguasai satu demi satu negeri-negeri di Sumatera dan pada 1873, tercetusnya Perang Aceh, iaitu sebuah peperangan di antara Kesultanan Aceh dengan Belanda. Pada tahun 1874, Sultan Aceh yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Syah telah melarikan diri ke pergunungan sekaligus mengakhiri kesultanan Aceh.

Srivijaya merupakan sebuah Empayar Talassokrasi terbesar yang pernah wujud di alam Melayu. Empayar ini wujud sebagai heg...
08/07/2023

Srivijaya merupakan sebuah Empayar Talassokrasi terbesar yang pernah wujud di alam Melayu. Empayar ini wujud sebagai hegemoni kuasa yang mempunyai seorang maharaja dengan konsep devaraja di antara negara-negara Kedatuan Srivijaya. Namun, kerajaan tersebut telah dilupakan terus dari kamus kerajaan-kerajaan dalam tamadun Melayu, sebelum ditemukan kembali oleh George Coedes pada Tahun 1918. Seorang maharaja Melayu Srivijaya pernah mengutuskan surat kepada Maharaja Sung pada Tahun 1017 dengan menggelarkan dirinya sebagai “Maharaja Kawasan Kelautan.”

TAHUKAH ANDA?Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang berpusat di negeri Melaka, Malaysia. Keraj...
08/07/2023

TAHUKAH ANDA?

Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang berpusat di negeri Melaka, Malaysia. Kerajaan Melaka dibina oleh Parameswara yang telah menyaksikan peristiwa anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk ketika beliau sedang beristirehat di bawah sebatang pokok yang dikenali sebagai Pokok Melaka. Menyaksikan peristiwa itu, beliau berhasrat untuk membangunkan sebuah kerajaan kerana percaya dengan semangat dan kemampuan rakyat yang tinggal di negeri itu. Nama Melaka juga diberi bersempena nama pokok yang beliau bersandar.

Assalamualaikum & Salam Biru Warna💙🤍.Kami merupakan pelajar yang mengambil kursus Penghayatan Etika dan Peradaban MPU101...
07/07/2023

Assalamualaikum & Salam Biru Warna💙🤍.

Kami merupakan pelajar yang mengambil kursus Penghayatan Etika dan Peradaban MPU1013 Kumpulan H.

Kami dari Kumpulan 3 telah menyediakan satu halaman Facebook untuk berkongsi tentang " Pensejarahan Kerajaan-Kerajaan Melayu di Nusantara".

Address

Universiti Utara
Universiti Utara
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu1013 Group 3 - H posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share