Penghayatan Etika dan Peradaban -Kumpulan 12

Penghayatan Etika dan Peradaban -Kumpulan 12 MPU1033 Penghayatan Etika dan Peradaban-Group (H)
Universiti Utara Malaysia
Lecturer: Prof Madya.

Dr. Solahuddin Bin Abdul Hamid
FB Page ini bertujuan bagi menjayakan tugasan kump**an yang diberikan.Tema yang dibawa adalah Perayaan Aidilfitri di Malaysia.

Poster Perayaan Aidilfitri Di Malaysia๐ŸŽ‡โœจ๐Ÿ˜Cc : Ahli Kump**an 12 ๐Ÿ‘๐Ÿ˜˜
11/12/2020

Poster Perayaan Aidilfitri Di Malaysia๐ŸŽ‡โœจ๐Ÿ˜

Cc : Ahli Kump**an 12 ๐Ÿ‘๐Ÿ˜˜

Tema: Hari Raya hari yang bahagiaTajuk: KonklusiNama: Khausalya A/P ChandranNo.Matrik: 280805Hari Raya Aidilfitri (Bahas...
01/12/2020

Tema: Hari Raya hari yang bahagia
Tajuk: Konklusi
Nama: Khausalya A/P Chandran
No.Matrik: 280805
Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: ุนูŠุฏ ุงู„ูุทุฑโ€Ž; สฟฤชd al-Fiแนญr; "perayaan buka puasa") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.

Hari Raya Aidilfiti merupakan perayaan utama masyarakat islam khususnya bangsa Melayu yang diraikan terbesar di Malaysia. Hari Raya Aidilfitri merupakan kemuncak kepada ibadat puasa di bulan Ramadhan. Sepanjang bulan Ramadhan, umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya.
Hari Raya Aidilfiti merupakan perayaan utama masyarakat islam khususnya bangsa Melayu yang diraikan terbesar di Malaysia. Hari Raya Aidilfitri merupakan kemuncak kepada ibadat puasa di bulan Ramadhan. Sepanjang bulan Ramadhan, umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya.

Pada malam Tujuh Likur yang jatuh pada 27 Ramadhan, lampu atau pelita dipasang untuk menerangi kawasan rumah. Sifat kesetiakawanan ditonjol melalui zakat fitrah yang wajib dikeluarkan sebelum 1 Syawal tatkala Hari Raya Aidilfitri akan dirayakan bersama.

Hari Raya Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan, kunjung-mengunjung sesama mereka untuk mengeratkan ikatan silaturrahim. Rumah terbuka yang dilakukan oleh individu, mempersilakan sesiapa sahaja datang ke rumah. Inilah kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia berbanding dengan sambutan Hari Raya di negara-negara lain.
-Hari Raya Hari Yang Bahagia-

30/11/2020

Tema: Perayaan Aidilfitri di Malaysia
Tajuk: Kesan Perayaan Aidilfitri
Nama: Nur Emylia Amyra Binti Mohd Nor
No. Matrik: 280724

Hari Perayaan Aidilfiri merupakan hari yang paling bahagia dinikmati oleh semua orang yang beragama islam setelah sebulan menjalani ibadah puasa. Ia telah memberikan kesan positif kepada semua orang tanpa mengira darjat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kesan yang pertama adalah terhadap insan yang terdekat dengan kita iaitu keluarga kita sendiri. Apabila hari raya tiba amalan yang menjadi kebiasaan kita lakukan bersama sama keluarga adalah membeli pakaian baru, menyediakan kuih-muih bersama-sama, menghiasi rumah dan memasak juadah raya. Persiapan ini dilakukan kebiasaannya dilakukan seminggu sebelum hari raya. Dengan ini, perasaan yang dapat digambarkan ketika persiapaan dilakukan adalah sangat gembira. Kesannya, kita dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan yang agak rengang atas kekangan kerjaya masing masing. Sebagai contoh, ayah dan ibu yang sibuk bekerja, adik beradik yang sedang melanjutkan pelajaran dan tinggal berjauhan kerana sudah mempunyai keluarga sendiri. Oleh itu, hari raya adalah masa yang sesuai untuk berkumpul bersama dengan p**ang ke kampung halaman meraikan hari bahagia. Semasa hari raya biasanya sanak-saudara yang berjauhan akan p**ang untuk bersama-sama meraihkan hari kemenangan ini. Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing.

Seterusnya, kesan perayaan terhadap masyarakat ialah menjadikan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini dapat bersatu meraikan perayaan ini. Sebagai contoh, pada tempoh perayaan Aidilfitri selama sebulan sudah pasti banyak rumah terbuka diadakan. Tetamu yang hadir ke rumah terbuka bukan hanya bangsa Melayu malah kaum cina, india dan sebagainya turut meraikannya dengan meriah sekali. Oleh yang demikian, perpaduan antara kaum di Malaysia lebih utuh dengan menghormati adat dan perayaan antara satu sama lain. Di samping itu, nasib orang miskin juga tidak dilupakan semasa meraikan hari bahagia ini. Dengan itu, antara inisiatif yang dilakukan bagi fakir miskin ialah memberikan bantuan baju raya, meberikan wang dan sebagainya. Ia memberikan kesan yang baik kepada mereka kerana dapat menyambut perayaan Aidilfitri sebagaimana orang yang berkemampuan. Kita sebagai rakyat yang prihatin perlu peka dengan keadaan fakir miskin agar tidak tercicir dan meraikan perayaan dalam keadaan daif.

Selain itu, perayaan ini juga memberi pengukuhan kepada ekonomi negara kerana setiap kali menjelang perayaan, rakyat Malaysia akan membeli belah untuk memenuhi kehendak dan sambutan kepada perayaan. Contohnya dalam menyambut perayaan Aidilfitri masyarakat lainnya akan turut berbelanja kerana potongan harga murah yang ditawarkan daripada pusat membeli belah.

Akhir sekali, perayaan Aidilfitri memberikan kesan yang sangat positif dalam semua aspek. Hal ini kerana, umat Islam diminta mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada mereka serta mengamalkan sikap yang berserderhana dalam menyambut Aidilfitri. Umat Islam juga disaran mengisi hari lebaran terbabit dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan faedah dan manfaat kepada diri mereka serta kepada orang sekeliling. Umat Islam tidak boleh mengisi masa yang berharga dihari lebaran ini dengan perkara yang sia-sia serta dengan perkara yang boleh membawa kepada pergaduhan dan permusuhan antara satu sama lain. Hari Raya Aidilfitri adalah hari untuk umat Islam saling bertemu serta untuk saling bermaaf-maafan dan yang paling utama untuk menjalin hubungan silaturrahim yang telah terputus. Segala kebaikan yang boleh dibawa melalui kedatangan perayaan Aidilfitri ini.

29/11/2020

Tema : Perayaan Aidilfitri Di Malaysia
Tajuk :Pengajaran pada hari perayaan aidilfitri
Nama:Norathirah azera binti ismail
No Matriks:280693

Hari raya aidilfitri merupakan sebuah perayaan yang sangat meriah untuk semua umat islam.Ia dapat mengeratkan hubungan persaudaraan.Di hari mulia ini,ramai yang mengenang tahun-tahun yang sudah berlalu dan mengingati mereka yang sudah meninggal dunia.
Pengajaran yang dapat kita ambil dari sambutan ini ialah pertama,kita hendaklah sentiasa berhati-hati ketika menyambutnya supaya mendapat kesempurnaan disisi Allah SWT sebagai satu ibadah dan juga amalan kebaikan.Sambutan hendaklah disambut dengan penuh adab iaitu dengan mengikuti adab sebagai orang islam dan tidak mengikuti adab yang bersalahan dengan agama lain.Contohnya,makan minum dari sumber yang haram.
Selain itu,adab bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan,adab berpakaian terutamanya pada kaum hawa dan juga adab pergaulan amat penting dititikberatkan untuk mengikuti tuntutan agama dan tidak sesekali memandang remeh dan ringan.
Sedemikian itu,janganlah kita lalai dan leka dari mengerjakan ibadah yang wajib ketika acara sambutan tersebut.
Akhir sekali,diharuskan atas kita supaya mengekalkan amalan ziarah menziarahi ketika sambutan hari raya kerana ianya akan dapat membentuk satu perpaduan.Perpaduan bersama ummah dengan menunjukkan satu bentuk ikatan yang kuat didalam semangat persaudaraan dimana ianya juga akan dapat mengukuhkan lagi kekuatan agama daripada serangan pihak musuh.

Tema: Perayaan Aidilfitri di MalaysiaTajuk: Kepentingan Menyambut AidilfitriNama: Najihah binti SahadanNo. Matrik: 28027...
28/11/2020

Tema: Perayaan Aidilfitri di Malaysia
Tajuk: Kepentingan Menyambut Aidilfitri
Nama: Najihah binti Sahadan
No. Matrik: 280278

Seperti yang kita tahu agama rasmi di Malaysia ialah agama Islam dan perayaan utama bagi orang yang menganut agama Islam ialah Hari Raya Aidilfitri. Sehubungan dengan itu, perayaan ini akan disambut dengan meriah oleh semua umat Islam dan semestinya dari sambutan Aidilfitri ini telah mendatangkan beberapa kepetingan dan kebaikan kepada masyarakat sejagat.

Kepentingan yang utama ialah perayaan ini telah meningkatkan hubungan dan interaksi antara penduduk yang berbilang kaum. Semua pihak memahami dan terlibat dalam perayaan yang disambut oleh kaum lain. Lawatan ke rumah terbuka yang diamalkan telah mengeratkan hubungan antara kaum. Contohnya, masyarakat melayu yang menetap di perumahan yang terdapat kaum cina dan india hendaklah menjemput mereka untuk berkunjung di rumah ketika menyambut perayaan aidilfitri untuk mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Jadi, kekerapan interaksi ini menyebabkan wujudnya perpaduan yang utuh di negara ini yang menjadi sanjungan masyarakat luar.

Kepentingan yang seterusnya ialah boleh meningkatkan pengetahuan tentang pelbagai aneka hidangan yang akan dihidangkan bagi sesuatu perayaan tersebut. Seperti yang kita sedia maklum pada hari perayaan pelbagai makanan yang kita dapat lihat untuk dihidangkan seperti ketupat, rendang, nasi impit, lemang dan pelbagai jenis kuih raya. Contohnya, sekiranya kaum Cina dan India mengunjungi rumah kaum Melayu yang menyambut perayaan Aidilfitri dengan secara tidak langsung mereka boleh mencuba dan merasa hidangan tradisi dan mereka juga boleh meminta resipi untuk mencuba memasak sendiri hidangan tersebut. Oleh itu, kepentingan ini sangat mendatangkan faedah kerana ia boleh meningkatkan pengetahuan kepada masnyakat agar kita lebih peka kepada sekeliling kita.

Selain itu, kepentingannya ialah mengenali peribadi ahli keluarga dengan lebih mendalam.Secara lazimnya, ibu bapa akan membawa keluarga mereka p**ang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut perayaan bersama-sama saudara yang lain. Hal ini kerana, menyambut perayaan secara beramai-ramai akan lebih menyeronokkan dan lebih menarik. Ketika berkumpul di kampung halaman, kita boleh memohon maaf antara satu sama lain dan bertanya khabar. Daripada pertemuan itu juga, kita boleh mengenali ahli keluarga kita yang lain dengan lebih mendalam seperti cara mereka berfesyen ketika perayaan atau cara mereka menghidangkan makanan. Jadi, kepentingan ini juga secara tidak langsung akan meningkatkan hubungan dan menghormati antara ahli keluarga.

Kesimp**annya, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Kita harus menjadikan sesuatu perayaan itu sebagai cubaan untuk merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni akan wujud menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan.

Tema: Perayaan Aidilfitri di MalaysiaTajuk: Persiapan Menjelang Hari RayaNama: Wan Nur Lydia Syazreen bt Wan AriffinNo. ...
27/11/2020

Tema: Perayaan Aidilfitri di Malaysia
Tajuk: Persiapan Menjelang Hari Raya
Nama: Wan Nur Lydia Syazreen bt Wan Ariffin
No. Matrik: 280821

Hari Raya sudah semestinya merupakan hari yang istemewa bagi mereka yang menyambut tetapi persiapan-persiapan yang dilakukan sebelum itu juga amat penting dan akan memaniskan lagi sambutan perayaan tersebut. Hal ini adalah kerana kebiasaanya persiapan-persiapan ini akan dilakukan bersama-sama ahli keluarga maka, sambil giat menyiapkan semua perkara memori baharu juga tercipta.

Persiapan pertama yang biasanya dilakukan ialah membeli baju raya. Kebanyakkan orang akan mula mencari baju raya sebaik sahaja memasuki Bulan Ramadan kerana tidak mahu terlambat dan bersesak-sesak dengan dengan orang ramai. Mereka yang memilih untuk menempah baju raya p**a kebiasaannya akan membeli kain satu atau dua bulan sebelum berpuasa kerana ramai tukang jahit menutup tempahan awal disebabkan terlalu tempahan. Mereka yang berkemampuan p**a kebanyakkannya mempunyai lebih daripada sepasang baju raya untuk dipakai menziarahi sanak saudara dan menghadiri rumah terbuka.

Selain itu, kuih raya juga disiapkan sebelum menyambut hari raya. Kuih raya boleh dibuat sendiri ataupun didapati di kedai-kedai. Ramai juga yang mengambil kesempatan daripada perayaan ini untuk membuat perniagaan kuih raya kerana permintaan tinggi. Terdapat juga ibu bapa yang memilih untuk membuat sendiri pelbagai jenis kuih raya bersama anak-anak kerana amat menyeronokkan dan dapat mengeratkan hubungan antara keluarga. Selain kuih raya, dodol dan lemang juga boleh disiapkan sebelum hari raya.

Persiapan yang wajib dilakukan sebelum menyambut Aidilfitri ialah membersih rumah untuk menerima kunjungan jiran tetangga dan sanak saudara. Beberapa hari sebelum perayaan, seluruh ahli keluarga akan bergotong-royong membersihkan halaman rumah, mengemas ruang tamu, menukar langsir dan sebagainya untuk menyambut hari bahagia tersebut. Sikap kerjasama dan tolak ansur dapat dipupuk sesama ahli keluarga untuk memastikan semua perkara berjalan lancar.

Persiapan seakan-akan tidak lengkap tanpa bermain mercun dan bunga api kerana aktiviti ini sudah menjadi tradisi sejak zaman dahulu lagi. Aktiviti ini dapat memeriahkan dan menaikkan keterujaan untuk menyambut Hari Raya bersama-sama keluarga. Di samping itu, aktiviti memasukkan duit raya ke dalam sampul juga seperti sudah menjadi kewajiban. Jumlah duit raya lazimnya akan diberikan mengikut umur, semakin tua seseorang itu semakin banyak duit raya yang diperolehi.

Terdapat banyak persiapan yang perlu dilakukan sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri. Antara perkara-perkara lain yang saya tidak huraikan ialah membeli-belah, menggosok baju raya dan memasukkan kuih raya ke dalam balang.

Jelaslah Hari Raya merupakan antara perayaan yang paling dinantikan oleh umat Islam kerana terdapat banyak persiapan yang perlu dilakukan untuk menyambutnya. Namun begitu, kita haruslah ukur baju di badan sendiri dan membuat persiapan setakat yang mampu sahaja agar tidak terbeban. Kita harus ingat bahawa Hari Raya Aidilfitri ini adalah untuk menyambut kejayaan kita berpuasa selama sebulan dan persiapan yang ala kadar adalah tidak mengapa selagi kita bersyukur dan gembira.

Tema: Perayaan Aidilfitri Di MalaysiaTajuk: Lagu-lagu Hit dan Hangat Sewaktu RayaNama: Ng Wei WenNo. Matrik: 280560Lagu ...
24/11/2020

Tema: Perayaan Aidilfitri Di Malaysia
Tajuk: Lagu-lagu Hit dan Hangat Sewaktu Raya
Nama: Ng Wei Wen
No. Matrik: 280560

Lagu raya memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana raya. Menjelang Hari Raya Aidilfitri, lagu-lagu raya sentiasa didengar di tempat awam seperti pasar raya dan kedai makan. Bukan itu sahaja, lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen.

Pada zaman globalisasi ini, perhatian orang ramai sering tertarik dengan telefon pintar dan media sosial masing-masing. Lagi-lagi pun pada tahun ini, demi memutuskan rantaian wabak Covid-19, rakyat Malaysia tidak dibenarkan balik kampung. Lagu-lagu raya ini menjadi pembangkit semangat dalam keterpaksaan beraya di rumah sendiri.

Lagu-lagu yang ingin diperkenalkan adalah seperti berikut:

1. Balik Kampung - Datoโ€™ Sudirman (https://www.youtube.com/watch?v=gDuTELHHb64)

2. Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Ellina (https://www.youtube.com/watch?v=NbxbdmntX58)

3. Seloka Hari Raya - Uji Rashid & Hail Amir (https://www.youtube.com/watch?v=mIhPl_nULo4)

4. Selamat Hari Raya - Saloma (https://www.youtube.com/watch?v=varKNaGIhXk&t=58s)

5. Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Sudirman (https://www.youtube.com/watch?v=-NNrSD-OINY)

6. Kep**angan Yang Dinanti - Aman Shah (https://www.youtube.com/watch?v=LaN_mP5VERQ)

7. Satu Hari Di Hari Raya - M.Nasir (https://www.youtube.com/watch?v=I1D7jRktEyU)

M. Nasir โ€“ Satu Hari Di Hari Raya (Official Lyric Video)Performed By: M.Nasir Album: Sentuhan Hari RayaComposed By: M. Nasir Lyrics By: M. Nasir Satu Hari D...

Tema: Perayaan Aidilfitri Di MalaysiaTajuk: Makanan Tradisional Menjelang Hari RayaNama:Isshika GanapathyNo. Matrik:2807...
23/11/2020

Tema: Perayaan Aidilfitri Di Malaysia
Tajuk: Makanan Tradisional Menjelang Hari Raya
Nama:Isshika Ganapathy
No. Matrik:280704

Sudah pastinya Hari Raya Aidilfitri bagaikan tidak lengkap tanpa hidangan enak yang berbagai๐Ÿคค๐Ÿด. Antara hidangan-hidangan enak yang boleh dijamu menjelang Raya adalah Rendang. Daging lembu atau ayam dimasak bersama santan atas api yang perlahan. Hidangan ini kerap dihidang bersama ketupat.
Sate juga merupakan antara hidangan kegemaran ramai yang disaji bersama kuah kacang. Roti jala p**a,bagaikan "crepe" masyarakat melayu yang sering dihidangkan pada pagi Raya.๐ŸŒž
Lemang sudah semestinya merupakan hidangan wajib semasa Raya. Lemang diperbuat daripada beras dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak pulut. Lemang juga sesuai dinikmati bersama rendang. Dodol merupakan manisan yang boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti durian, coklat dan gula melaka. Manisan ini juga merupakan antara hidangan kegemaran menjelang Hari Raya. ๐ŸŽ†๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ

Tema: Perayaan Aidilfitri Di MalaysiaTajuk: Pemakaian kaum Melayu semasa Hari RayaNama: Teng Phei XinNo. Matrik: 280306P...
21/11/2020

Tema: Perayaan Aidilfitri Di Malaysia
Tajuk: Pemakaian kaum Melayu semasa Hari Raya
Nama: Teng Phei Xin
No. Matrik: 280306

Pakaian dapat melambangkan identiti sesebuah bangsa. Setiap bangsa tentu ada adat dan pakaian tradisi sendiri yang unik. Pada hari ini, saya ingin menerangkan sedikit tentang pemakaian kaum Melayu semasa Hari Raya.
1. Lelaki
(a) BAJU MELAYU TELUK BELANGA
Baju Melayu Teluk Belanga juga dikenali sebagai Baju Kurung Johor. Berdasarkan sejarahnya, baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar (Sultan Johor) yang bersemayam di Teluk Belanga. Ia merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu Johor. Selepas itu, berlakulah perkembangan pemakaian baju ini ke negeri-negeri yang lain di Tanah Melayu. Baju Melayu Teluk Belanga adalah labuh, dan potongannya agak longgar. Potongan lehernya adalah bulat dan berbelah di depan. Jahitan tulang belut sering digunakan pada sekeliling tebukan lubang leher bagi memperkukuh dan mengemaskan leher baju itu. Sebutir butang yang berwarna emas atau perak akan dikancing di bahagian lehernya. Bagi kaum lelaki, baju ini akan dipadankan dengan seluar serta kain samping dagang. Ombak mengalun ialah ikatan yang perlu diikat pada kain itu. Ikatan itu merupakan lipatan yang terletak di bahagian rusuk kanan atau kiri. Kepala kain lazimnya akan diletakkan ke belakang apabila dipakai dengan baju ini.

(b) BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
Baju Melayu Cekak Musang dan Baju Melayu Teluk Belanga adalah lebih kurang same kecuali pada bahagian lehernya. Leher baju kurung cekak musang mempunyai kolar. Lebar kolar itu hanya satu jari sahaja dan kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan kolar terdapat bukaan panjang yang berkancing. Biasanya ada satu kancing pada kolar dan 2-3 lagi kancing pada bukaannya. Butang emas berbatu permata akan digunakan sebagai pengancingnya. Kancing yang paling terkenal ialah kancing emas (garam sebuku) dan kancing berbatu permata (kunang-kunang sekebun). Rekaan butang di leher baju terdapat rekaan butang tiga, butang empat dan butang lima. Bagi kaum lelaki, Baju Melayu Cekak Musang akan dipakai dengan seluar dan bersamping. Selepas bertanjak atau bersongkok, lelaki itu akan kelihatan lebih segak.

2. Perempuan
(a) BAJU KEBAYA
Terdapat dua teori tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab iaitu habaya yang membawa maksud pakaian labuh yang terbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka menyebabkan kebaya telah lama dipakai di Melaka; ia dipakai oleh wanita Melayu dan wanita Cina Peranakan (Nyonya) dengan sedikit perbezaan dalam gaya memakai dan potongannya. Rekaan baju kebaya yang labuh hingga ke paras lutut dan tangannya yang panjang dan lebar merupakan identitinya. Potongan baju kebaya bagi bahagian badannya adalah mengikut potongan badan masing-masing dan melebar ke bawah hingga ke bahagian punggung. Bahagian hadapannya p**a terbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang terbelah ini akan berangkai dengan rantai halus atau disemat dengan tiga kerongsang berasingan. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang berada di atas dan besar dipanggil ibu dan dua lagi yang dipakai bawah kerongsang ibu dan kecil dipanggil anak.

(b) BAJU KURUNG
Maksud kurung secara tidak langsung telah membawa erti โ€˜mengurung atau menutupโ€™ anggota tubuh. Cara ini memenuhi konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah โ€˜kurungโ€™ dimaksudkan sebagai baju yang longgar dan selesa, panjang atau labuh. Wanita Melayu hanya memakai kain kemban sahaja sebelum kurun ke-20. Setelah kedatangan Islam, baju kurung yang sopan mula dipakai oleh mereka. Baju kurung biasanya dikenali sebagai sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju tersebut boleh menutup seluruh tubuh badan, hanya wajah dan tangan sahaja yang dapat diperlihatkan. Baju ini dilihat sebagai mematuhi peraturan pakaian Islam. Baju kurung boleh dipadankan dengan kain tradisional seperti batik atau songket. Kemudiannya, digandingkan dengan kain selendang atau tudung kepala.

Rujukan:
https://www.slideshare.net/WahabWahab/jenis-pakaian-kaum-di-malaysia
https://www.slideshare.net/ltkaz67/pakaian-dan-perayaan-etnik-di-malaysia
https://www.alaf21.com.my/info-Artikel/827/Baju-Melayu-Teluk-Belanga-atau-Cekak-Musang-mana-satu-pilihan-anda
https://www.omarali.com.my/sejarah-pakaian-tradisional-melayu/

Tema: Perayaan Aidilfitri Di MalaysiaTajuk: Ibadat-Ibadat Sewaktu Hari RayaNama: Muhammad Zuhair Afham Bin Mohd NasirNo ...
20/11/2020

Tema: Perayaan Aidilfitri Di Malaysia
Tajuk: Ibadat-Ibadat Sewaktu Hari Raya

Nama: Muhammad Zuhair Afham Bin Mohd Nasir
No Matriks: 280782

ู…ูŽู†ู’ ู‚ูŽุงู…ูŽ ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุชูŽูŠู’ ุงู„ู’ุนููŠุฏูŽูŠู’ู†ู ู…ูุญู’ุชูŽุณูุจู‹ุง ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽู…ูุชู’ ู‚ูŽู„ู’ุจูู‡ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุชูŽู…ููˆุชู ุงู„ู’ู‚ูู„ููˆุจู

Maksudnya :โ€ Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya (aidiladha dan aidilfitri) kerana mengharapkan ganjaran kerana Allah. Maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana matinya hati-hati (manusia).โ€

Riwayat Ibnu Majah (1782)

Apabila berlalunya bulan Ramadhan๐ŸŒ™, bulan syawal mula menjelang๐Ÿฅณ. Umat Islam seluruh dunia sememangnya menyambut ketibaan bulan ini dengan penuh kegembiraan sebagai tanda kesyukuran setelah menjalani ibadat puasa๐Ÿค—. Bagi Kaum Melayu khususnya Di Malaysia๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ,perayaan Aidilfitri diraikan dengan suasana penuh kemeriahan malah ditambah dengan kedengaran bunyi mercun pada malam 1 Syawal๐ŸŽ†๐Ÿงจ๐ŸŽ‡.Bagi menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan menyambut Aidilfitri, umat Islam seeloknya๐Ÿ’ž meraikannya dengan mengikuti garis panduan berlandaskan Al-quran serta Sunnah yang dianjurkan Rasulullah SAWโค๏ธ.

Antara ibadat-ibadat yang dianjurkan dalam Islam adalah:-โœจ

1. Menunaikan Zakat Fitrah ๐Ÿ’ฐ

Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau selewat-lewatnya sebelum selesainya solat sunat hari raya.

2.Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri ๐Ÿ•Œ

Umat Islam disunatkan melaksanakan solat hari raya pada 1 Syawal dan diikuti dengan 2 khutbah. Jangan terus beraya p**a๐Ÿ˜….

3. Perbanyakkan takbir dan bertahmid memuji Allah SWT bermula pada malam raya ๐Ÿ—ฃ๏ธ

Firman Allah: โ€œDan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.โ€ (Surah Al-Baqarah: ayat 185).๐Ÿ˜

3. Mengucapkan tahniah Selamat Hari Raya๐Ÿซ‚๐Ÿ’ฌ

Ucapan tahniah Aidilfitri boleh dilakukan dengan apa juga cara sebutan yang baik maknanya, namun yang terbaik adalah: Taqabbalallah hu minna wa minka atau taqabbalallahu minna wa minkum, isnadnya mengikut Imam Ahmadโ€.๐Ÿ‘

4. Memakai pakaian terbaik dan indah๐Ÿ˜ฒ๐Ÿฅฐ

Kita digalakkan untuk memakai pakaian yang terbaik dan indah pada hari raya Aidilfitri, namun dengan mengikut kemampuan masing-masing dan tidak membazir. Bagi kaum lelaki, disunatkan untuk memakai bau-bauan yang wangi.โ˜บ๏ธ

5. Mengerjakan sunat puasa enam pada bulan Syawal๐Ÿ™…๐Ÿ”๐Ÿ–๐Ÿ—๐ŸŸ๐Ÿง€๐Ÿ•

Puasa sunat enam boleh dilakukan bermula pada 2 Syawal sama ada secara berturut-turut atau berpisah-pisah.

19/11/2020

Tema : Perayaan Aidilfitri di Malaysia
Tajuk : Sejarah/Tujuan Hari Raya Aidilfitri disambut
Nama : Mohamad Badri Azim Bin Che Hasnan
No Matriks: 280722

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.
Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.
Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.

Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapatmengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itubukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan danminum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaanmenghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di manasekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.

Address

UNIVERSITI UTARA
Universiti Utara

Telephone

+60124837079

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika dan Peradaban -Kumpulan 12 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Penghayatan Etika dan Peradaban -Kumpulan 12:

Shortcuts

Share

Category