Polymer Engineering USM

Call Website

Polymer Engineering USM Polymer Engineering focuses on polymeric materials such as plastics, rubber, latex and composites.

07/10/2026
30/09/2026

π‰π„πŒππ”π“π€π πŒπ„ππ˜π„π‘π“π€πˆ π”π‰πˆπ€π 𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐕𝐑 𝐒𝐄𝐋𝐅 𝐇𝐄𝐀𝐋 π“π˜π‘π„

Dengan segala hormatnya, saya ingin menjemput warga Universiti Sains Malaysia (USM) yang memenuhi syarat kelayakan untuk menyertai Ujian Lapangan JVR Self Heal Tyre, sebuah projek penyelidikan dan pembangunan teknologi tayar motosikal kalis pancit dibawah DANA MOSTI TED 2 TEF11231262 yang dibangunkan bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Melalui program ini, peserta yang terpilih akan menerima:
βœ… Tayar JVR Self Heal Tyre PERCUMA
βœ… Pemasangan tayar PERCUMA
βœ… Elaun penyertaan

Syarat Penyertaan:
-Berumur 16 tahun ke atas
-Warganegara Malaysia
-Mempunyai lesen motosikal yang sah
-Motosikal dan odometer berada dalam keadaan baik
-Tayar hadapan bersaiz 70/90-17 dan tayar belakang bersaiz 80/90-17
⚠️ Penyertaan adalah TERHAD kepada 100 peserta sahaja dan pemilihan adalah berdasarkan konsep β€œsiapa cepat, dia dapat”.

Bagi yang berminat, sila daftar segera melalui pautan berikut:
https://bit.ly/jvrtyre

Kerjasama dan sokongan warga USM dalam menjayakan kajian ini amat dihargai. Penyertaan anda bukan sahaja membantu memajukan teknologi tempatan, malah menyumbang kepada pembangunan penyelesaian keselamatan yang lebih baik untuk komuniti penunggang motosikal di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

b/p Ketua Projek,
Dana MOSTI

Minggu Siswa Lestari iaitu "Sesi Bersama Pusat Pengajian dan Pendaftaran Kursus".
24/09/2026

Minggu Siswa Lestari iaitu "Sesi Bersama Pusat Pengajian dan Pendaftaran Kursus".

23/09/2026

Selamat datang buat semua pelajar Kejuruteraan Polimer Sidang Akademik 2026/2027

07/08/2026
Info Konvokesyen 2026 untuk makluman Polymerian Batch 2022-2026
07/08/2026

Info Konvokesyen 2026 untuk makluman Polymerian Batch 2022-2026

PEMAKLUMAN TARIKH UPACARA KONVOKESYEN KE-64 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

USM PULAU PINANG, 7 Ogos 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) dengan penuh sukacita memaklumkan bahawa Tuanku Canselor USM, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, telah berkenan menetapkan tarikh Upacara Konvokesyen Ke-64 USM seperti berikut:

24 November 2026 (Selasa) hingga 1 Disember 2026 (Selasa) di Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Pulau Pinang.

Upacara Konvokesyen Ke-64 ini akan berlangsung dalam empat belas (14) sidang, dengan Sidang Pertama dipengerusikan oleh DYMM Tuanku Canselor.

Sidang Kedua (S2) hingga Sidang Keempat Belas (S14) p**a akan dipengerusikan oleh Pro-Canselor USM iaitu Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, dan Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin.

Lebih 9,000 graduan dari pelbagai peringkat pengajian akan diraikan, meliputi Ijazah Tinggi (Doktor Falsafah dan Sarjana), Ijazah Sarjana Muda serta Diploma Kejururawatan.

Upacara Konvokesyen ini merupakan detik penuh bermakna bagi seluruh warga universiti, khususnya para graduan bersama ibu bapa dan keluarga, sebagai simbol kejayaan serta penghargaan atas usaha dan pengorbanan sepanjang tempoh pengajian.

USM merakamkan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas limpah perkenan DYMM Tuanku Canselor bagi penetapan tarikh konvokesyen ini, serta mengucapkan tahniah kepada semua graduan atas kejayaan yang bakal diraikan pada tahun ini.

***********************************************************************

ANNOUNCEMENT OF THE 64TH CONVOCATION CEREMONY OF UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

USM PENANG, 7 August 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) is pleased to announce that the Chancellor of USM, His Royal Highness Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, has graciously consented to the following dates for the 64th USM Convocation Ceremony:

24 November 2026 (Tuesday) to 1 December 2026 (Tuesday) at Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Penang.

The 64th Convocation Ceremony will be held across fourteen (14) sessions, with the First Session to be presided over by His Royal Highness the Chancellor.

Sessions Two (S2) to Fourteen (S14) will be presided over by USM Pro-Chancellors, namely Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, and Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin.

This year’s Convocation will celebrate more than 9,000 graduates across various levels of study, including Postgraduate Degrees (Doctor of Philosophy and Master’s), Bachelor’s Degrees, and the Diploma in Nursing.

The Convocation Ceremony represents a significant milestone for the entire university community, especially for the graduates, parents, and families, as a symbol of achievement and recognition of their dedication and sacrifices throughout their academic journey.

USM extends its deepest gratitude to His Royal Highness the Chancellor for graciously consenting to the dates of the 64th Convocation Ceremony, and conveys heartfelt congratulations to all graduates on their well-deserved achievements to be celebrated this year.

Assalamualaikum wbt. Dan Salam Hormat,Tuan/Puan,*HEBAHAN : IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENSYARAH UNIVERSITI (TETAP-PERCUBAA...
04/08/2026

Assalamualaikum wbt. Dan Salam Hormat,

Tuan/Puan,

*HEBAHAN : IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENSYARAH UNIVERSITI (TETAP-PERCUBAAN) DI PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN BAHAN DAN SUMBER MINERAL, KAMPUS KEJURUTERAAN TUANKU SYED SIRAJUDDIN*

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Kampus Kejuruteraan Syed Sirajuddin ingin mempelawa individu yang berminat dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Pensyarah Universiti (Tetap-Percubaan).

Bersama-sama ini disertakan iklan kekosongan untuk maklumat lanjut. *Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2026* (Isnin).

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Puan Norasyidah Binti Mohd Yusoff (no.ext:6105/emel:[email protected])

Sekian, terima kasih.

Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral
Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Sains Malaysia
14300 Nibong Tebal
Pulau Pinang, MALAYSIA

Saban tahun, sesi viva menjadi detik yang paling mendebarkan buat para pelajar tahun akhir Kejuruteraan Polimer, USM. Ad...
14/07/2026

Saban tahun, sesi viva menjadi detik yang paling mendebarkan buat para pelajar tahun akhir Kejuruteraan Polimer, USM. Ada debaran, kerisauan dan pelbagai persoalan yang bermain di fikiran. Namun, di sinilah ketabahan, ilmu dan keyakinan benar-benar diuji ketika mempertahankan Projek Tahun Akhir yang telah diusahakan dengan penuh dedikasi selama dua semester.

Inilah masanya untuk mencurahkan segala ilmu, usaha dan pengalaman yang telah diterokai sepanjang perjalanan penyelidikan.

20 minit yang penuh debaran. Namun akhirnya, semuanya berakhir dengan senyuman, rasa lega dan satu pengalaman yang pasti akan terpahat sebagai memori yang tidak mudah dilupakan.

Ini merupakan pembentangan terakhir anda sebagai pelajar di Kejuruteraan Polimer, USM. Melangkahlah ke dunia kerjaya sebagai graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi ilmu, malah berintegriti, berdedikasi, profesional, holistik dan sentiasa membawa nama baik Kejuruteraan Polimer serta Universiti Sains Malaysia.

Buat semua pelajar, kami para pensyarah sentiasa mendoakan agar setiap langkah selepas ini dipermudahkan. Semoga terus maju jaya, berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, dan sentiasa menjadi insan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Dan apabila tiba masanya nanti, jangan lupa kembali berbakti kepada keluarga besar Kejuruteraan Polimer. Kongsikan pengalaman, bimbinglah adik-adik junior, dan teruskan legasi kecemerlangan yang telah anda bina.

Selamat maju jaya, bakal graduan Kejuruteraan Polimer USM. Terbanglah tinggi, tetapi jangan pernah lupa dari mana perjalanan ini bermula. πŸ’œ

11/07/2026

Jom Sertai Kejuruteraan Polimer USM! πŸŽ“

Terokai bidang pengajian yang trending dan selari dengan keperluan industri masa kini! Pelajari tentang bahan polimer seperti plastik, lateks, getah, termoset dan bahan-bahan termaju untuk pelbagai aplikasi.

πŸ’‘ Antara bidang trendy dan high demand yang akan anda terokai:

* 🌱 Kelestarian & alam sekitar (Sustainability & Environment)
* 🎨 Reka bentuk dan pembangunan produk (Product Design)
* πŸ€– Automasi & pembuatan pintar (Automation & Smart Manufacturing)
* ⚑ Bahan elektronik & elektronik fleksibel (Electronic & Flexible Electronic Materials)
* πŸ”¬ Bahan termaju untuk teknologi masa depan

πŸ“’ Pemohon lepasan STPM, Matrikulasi dan Diploma, masih berpeluang untuk mengemas kini pilihan UPU anda mulai 13 Julai hingga 19 Julai 2026!

βœ… Jadikan Kejuruteraan Polimer USM sebagai pilihan pertama anda!

Kod UPU: US6524003

Nak tahu juga, bagaimana plastik boleh menghasilkan mikroplastik? Tonton video ini!

Address

Kampus Kejuruteraan Universiti Sains
Universiti Sains
14300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polymer Engineering USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share