27/09/2026
HARI PERTAMA | SISWAPRENEUR STARTUPBIZ@UPMS
๐: 26-27 September 2026
๐: TEGAS Digital Innovation Hub Bintulu
Pada 26 September 2026, telah berlangsung hari pertama Program Siswapreneur Startupbiz@UPMS bertempat di TEGAS Digital Innovation Hub, Bintulu, Sarawak.
Program anjuran Centre for Entrepreneurial Development and Graduate Marketability (CEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama UPM Sarawak (UPMS), Youth Leadership and Entrepreneurship (YLE) dan TEGAS Digital Innovation Hub ini menghimpunkan para pelajar dalam satu platform pembelajaran dan pembangunan keusahawanan.
Hari pertama dimulakan dengan sesi ice breaking sebagai aktiviti pemanasan dan membina keserasian antara para peserta, diikuti dengan pengenalan kepada CEM UPM serta sesi perkongsian bersama Uniklinik Bintulu.
Selepas makan tengah hari, program diteruskan bersama Growth Charger yang melibatkan pelbagai aktiviti berkumpulan, memberi peluang kepada para peserta untuk bekerjasama, berkomunikasi dan mengembangkan idea dalam suasana yang lebih interaktif.
Program ini melibatkan 50 orang pelajar UPMS secara fizikal serta 10 orang pelajar secara dalam talian daripada KKUB.