14/09/2026
⚜️ PERMANIS UPM ⚜️
📌 [LAPORAN AKTIVITI: PROGRAM SULAM STEM: CREATE & INSPIRE FOSTER HOME]
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Pada 6 Jun 2026, Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Sembilan (PERMANIS) UPM telah menganjurkan Program SULAM STEM: Create & Inspire Foster Home bertempat di Pusat Jagaan Anak Yatim Kausar, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik UPM sebagai usaha mendekatkan mahasiswa dengan komuniti melalui pendekatan pembelajaran dan khidmat kesukarelawanan.
Program yang berteraskan pendidikan STEM ini memberi peluang kepada para mahasiswa untuk berkongsi ilmu dalam suasana pembelajaran yang lebih santai, kreatif dan menyeronokkan. Pada masa yang sama, kanak-kanak di pusat jagaan didedahkan kepada konsep STEM melalui aktiviti hands-on yang menggalakkan mereka untuk mencuba, berfikir dan menyelesaikan masalah secara kreatif.
Sesi dimulakan dengan aktiviti ice breaking yang menjadi medium untuk mewujudkan keselesaan dan membina hubungan antara mahasiswa dengan kanak-kanak. Interaksi awal ini berjaya mewujudkan suasana yang lebih mesra dan terbuka, sekali gus memudahkan proses pembelajaran sepanjang program berlangsung.
Pengisian STEM kemudiannya memberi ruang kepada para peserta untuk meneroka konsep kejuruteraan melalui aktiviti yang bersifat praktikal dan interaktif. Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan pembelajaran lebih menarik, malah menggalakkan peserta untuk bekerjasama, berkomunikasi dan menggunakan kreativiti dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Bagi para mahasiswa p**a, aktiviti ini menjadi pengalaman bermakna dalam mengaplikasikan ilmu serta kemahiran yang dipelajari kepada komuniti sebenar.
Penggunaan bahan-bahan mudah dan bahan guna semula dalam aktiviti turut memberikan nilai tambah kepada program apabila peserta dapat melihat bahawa konsep STEM boleh diterokai menggunakan bahan yang berada di sekeliling mereka. Pengalaman sebegini diharapkan dapat mencetuskan rasa ingin tahu serta minat terhadap bidang STEM dalam kalangan peserta.
Selain pengisian berbentuk STEM, program turut menyediakan ruang untuk para mahasiswa dan kanak-kanak berinteraksi dengan lebih dekat sepanj