Pusat Strategi UKM

Pusat Strategi UKM Pusat Strategi UKM (Strategi-UKM) telah ditubuhkan pada 1 Mei 2014 di bawah Pejabat Naib Canselor untuk memudah cara dan memantau pelaksanaan 6 KRA.

Latar Belakang

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan atas hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan sebuah universiti “kebangsaan” diwujudkan di negara ini. Warga UKM pada hari ini perlu memastikan semangat kebangsaan serta aspirasi rakyat ini terus dipahatkan dan diperjuangkan. Justeru, UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara (Guardian of The Nation) meletakkan isu negara sebagai permasalahan yang perlu ditangani oleh UKM. Sesuai dengan peredaran masa, perubahan ekonomi, sosial dan masyarakat serta kehendak pemegang taruh, UKM perlu peka dengan perubahan dan bertindak awal untuk memastikan bahawa ia sentiasa relevan, dirujuk dan dihormati (relevant, referred, respected). Perubahan yang dilakukan adalah bersifat kontekstual yang bukan mengikut trend, bersesuaian dengan kehendak negara dan masyarakat supaya UKM sentiasa memainkan peranannya sebagai Pendaulat Amanah Negara. UKM mestilah menyediakan satu tawaran bernilai tinggi (value offering) khusus UKM yang berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi lain. Ia akan menjadikan UKM sebagai tumpuan masyarakat di Malaysia dan antarabangsa. Graduan UKM misalnya akan boleh dikenali istimewanya melalui gerak lakunya atau pandangan yang diberikan. Setiap Pusat Tanggungjawab akan menyediakan tawaran bernilai tinggi kepada masyarakat yang akan menjadikan UKM sebagai pilihan utama kepada pemegang taruh termasuk ibu bapa, industri, kerajaan serta agensi dalam dan luar negara. UKM telah mengenalpasti enam (6) Bidang Keberhasilan Utama (Key Result Areas - KRA) yang menjadi dasar kepada hala tuju strategik pada masa hadapan:

1) Graduan Beraspirasi Kebangsaan, Kompeten, Berdaya Saing dan Inovatif.
2) Penyelidikan dan Inovasi yang Berimpak Tinggi.
3) Perkongsian Pintar dan Keterlibatan Strategik.
4) Sumber Manusia dan Institusi Cemerlang.
5) Penjanaan Kekayaan Secara Optimum dan Strategik.
6) Prasarana dan Persekitaran Ilmu yang Kondusif. Sesuai dengan hasrat UKM supaya semua perancangan dan pengoperasian yang perlu disandarkan kepada 6 KRA tersebut, Pusat Strategi UKM (Strategi-UKM) telah ditubuhkan pada 1 Mei 2014 di bawah Pejabat Naib Canselor untuk memudah cara dan memantau pelaksanaan 6 KRA yang telah ditetapkan di semua peringkat.

Bengkel Pemurnian Visi dan Misi UKM selesai dijalankan. Terima kasih kepada semua pihak berkepentingan yang hadir. Puri ...
26/08/2020

Bengkel Pemurnian Visi dan Misi UKM selesai dijalankan. Terima kasih kepada semua pihak berkepentingan yang hadir. Puri Pujangga, 26 Ogos 2020.

Pembentangan Proposal untuk Strategic Advisory oleh Tricor Axcelasia Sdn. Bhd.
13/08/2020

Pembentangan Proposal untuk Strategic Advisory oleh Tricor Axcelasia Sdn. Bhd.

Majlis Sanjungan Pertukaran En.Saidi Bin Ismail, Mantan Ketua Pentadbiran Pusat Strategi UKM yang kini bertugas di Fakul...
06/08/2020

Majlis Sanjungan Pertukaran En.Saidi Bin Ismail, Mantan Ketua Pentadbiran Pusat Strategi UKM yang kini bertugas di Fakulti Sains dan Teknologi berkuatkuasa 13 Julai 2020. Semoga En. Saidi terus maju jaya!!!

Selesai Sesi UAT (User Acceptance Test) Ujian Penerimaan Pengguna Sistem e-Strategik UKM. Terima kasih kpd semua yg terl...
23/07/2020

Selesai Sesi UAT (User Acceptance Test) Ujian Penerimaan Pengguna Sistem e-Strategik UKM. Terima kasih kpd semua yg terlibat.

Sesi UAT (User Acceptance Test) Ujian Penerimaan Pengguna Sistem e-Strategik UKM di Makmal Komputer, FTSM
23/07/2020

Sesi UAT (User Acceptance Test) Ujian Penerimaan Pengguna Sistem e-Strategik UKM di Makmal Komputer, FTSM

Potret Kenangan barisan Pegawai fokal dan Pengurusan Pusat Strategi bersama Naib Canselor setelah selesai Program Permuk...
19/07/2020

Potret Kenangan barisan Pegawai fokal dan Pengurusan Pusat Strategi bersama Naib Canselor setelah selesai Program Permukiman yang telah berjalan dengan jayanya bermula Jumaat hingga hari ini.

Slot Rumusan Permukiman Semakan Pencapaian Prestasi KPI Universiti Penggal Pertama Tahun 2020. Slot Refleksi Pelan Strat...
19/07/2020

Slot Rumusan Permukiman Semakan Pencapaian Prestasi KPI Universiti Penggal Pertama Tahun 2020. Slot Refleksi Pelan Strategik. 19/7/2020 Avillion Admiral Cove

Sesi pemurnian semua catatan drpd pembentangan dan perbincangan semua TERAS utk sesi Rumusan esok pagi. 11.30 Malam.
18/07/2020

Sesi pemurnian semua catatan drpd pembentangan dan perbincangan semua TERAS utk sesi Rumusan esok pagi. 11.30 Malam.

Sesi Bergambar semua peserta bengkel.
18/07/2020

Sesi Bergambar semua peserta bengkel.

Hari ke-2 Permukiman Semakan Pencapaian Prestasi KPI Universiti Penggal Pertama Tahun 2020. Slot Refleksi Pelan Strategi...
18/07/2020

Hari ke-2 Permukiman Semakan Pencapaian Prestasi KPI Universiti Penggal Pertama Tahun 2020. Slot Refleksi Pelan Strategik. 18/7/2020 Avillion Admiral Cove

Pembukaan Permukiman Semakan Pencapaian Prestasi KPI Universiti Penggal Pertama Tahun 2020. Slot Refleksi Pelan Strategi...
17/07/2020

Pembukaan Permukiman Semakan Pencapaian Prestasi KPI Universiti Penggal Pertama Tahun 2020. Slot Refleksi Pelan Strategik.

Address

Aras 3, Bangunan Canselori
Universiti Kebangsaan
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389213856

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Strategi UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Strategi UKM:

Shortcuts

Share