19/09/2026
π [TAHNIAH & SELAMAT DATANG] π
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kami dari Sekretariat Mahasiswa OKU UKM (SMAKU UKM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada seluruh pelajar baharu Program Prasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi 2026/2027! π
Selamat melangkah ke alam pengajian tinggi dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar UKM. Semoga perjalanan baharu ini dipenuhi dengan pengalaman bermakna, ilmu yang bermanfaat serta kenangan yang indah.
Kepada mahasiswa dan mahasiswi OKU, ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian. SMAKU UKM sentiasa komited dalam menyokong dan memperjuangkan kebajikan serta hak mahasiswa OKU di UKM.
Semoga anda terus melangkah dengan yakin, berani mencuba dan percaya pada potensi diri. Selamat menempuh perjalanan sebagai warga UKM! π
Tahniah dan selamat datang ke UKM! π
Sekian, terima kasih.
Ikhlas daripada,
SEKRETARIAT MAHASISWA OKU UKM (SMAKU UKM)
SESI 2026/2027
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)