SEKOLAH AGAMA FELDA ULU TEBRAU

SEKOLAH AGAMA FELDA ULU TEBRAU Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SEKOLAH AGAMA FELDA ULU TEBRAU, Religious school, Jalan bakawali felda ulu tebrau, Ulu Tiram.

Dah ada signboard Kawasan dilarang parking di hadapan Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau waktu persekolahan..kita mudah kan ...
21/08/2026

Dah ada signboard Kawasan dilarang parking di hadapan Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau waktu persekolahan..kita mudah kan urusan orang nanti Allah mudahkan urusan kita.

Sumbangan untuk pembinaan susur gajah sekolah bagi menyediakan ruang menunggu yang selamat dan selesa untuk anak-anak mu...
21/08/2026

Sumbangan untuk pembinaan susur gajah sekolah bagi menyediakan ruang menunggu yang selamat dan selesa untuk anak-anak murid sementara menanti ibu bapa di luar kawasan sekolah.

Dijemput datang ibu ayah safut 🥰
20/06/2026

Dijemput datang ibu ayah safut 🥰

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H 🌙Warga Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H kepada ...
16/06/2026

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H 🌙

Warga Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H kepada seluruh ibu bapa, penjaga, murid dan warga sekolah.

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaiki diri, meningkatkan amal ibadah serta mengeratkan silaturahim sesama insan.

✨ “Hijrah Membawa Perubahan, Iman Menjadi Panduan”

Selamat bercuti pada hari Rabu, 17 Jun 2026 dan murid akan kembali bersekolah pada hari Khamis, 18 Jun 2026.

Ikhlas daripada,
Warga Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau (SAFUT)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjag...
12/06/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah sudi meluangkan masa hadir ke Hari Terbuka dan Hari Muamalat pada hari ini.

Kehadiran serta sokongan yang diberikan amat bermakna dalam usaha bersama memastikan perkembangan dan kecemerlangan anak-anak. Terima kasih juga atas kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung.

Semoga hubungan erat antara pihak sekolah dan ibu bapa terus terjalin demi kebaikan serta kejayaan anak-anak pada masa akan datang.

Terima kasih.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan Nasyid Wildan atas kejayaan cemerlang JOHAN ...
28/04/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan Nasyid Wildan atas kejayaan cemerlang
JOHAN Nasyid Putera Zon Tebrau Peringkat Daerah .

Kejayaan ini membuktikan kesungguhan, kerjasama dan semangat yang tinggi dalam memartabatkan seni nasyid. Semoga terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada peringkat seterusnya.

Tahniah juga diucapkan kepada Muhammad Zafran Ahza bin Saifulanwar atas pencapaian Tempat Ketiga dalam Pertandingan Tulisan Jawi Tahap 2 (Putera). Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk terus maju dan meningkatkan kecemerlangan pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menyertai Majlis Perujian Tilawah Al-Quran.Semoga usaha d...
28/04/2026

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menyertai Majlis Perujian Tilawah Al-Quran.

Semoga usaha dan keberanian kalian dalam perujian tilawah menjadi asbab keberkatan.Tak kira keputusan, penyertaan ini merupakan satu langkah yang sangat baik dalam membentuk keyakinan.Teruskan berlatih dan semoga lebih ramai yang akan tampil pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta! 🌸

14/03/2026
Alhamdulillah, telah selesai Majlis Iftar Jamaie dan Sumbangan Aidilfitri bersama anak-anak yatim, guru-guru, kakitangan...
14/03/2026

Alhamdulillah, telah selesai Majlis Iftar Jamaie dan Sumbangan Aidilfitri bersama anak-anak yatim, guru-guru, kakitangan serta AJK Badan Kebajikan Sekolah (BKS) Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau.

Majlis yang penuh keberkatan ini menjadi medan untuk kita berkongsi rezeki, mengeratkan ukhuwah serta menyantuni anak-anak yatim sempena bulan Ramadan yang mulia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang serta menjayakan majlis ini secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala kebaikan dan keikhlasan diberikan ganjaran yang berlipat ganda.

Semoga program seperti ini terus menyemai kasih sayang, kebersamaan dan semangat kebajikan dalam kalangan warga Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau. 🤍🌙✨

Alhamdulillah, telah selesai Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau yang berlangsung dengan penuh keberka...
14/03/2026

Alhamdulillah, telah selesai Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau yang berlangsung dengan penuh keberkatan dan suasana yang menyentuh hati. 📖✨

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya menamatkan bacaan Al-Quran. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan untuk terus mencintai dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada para guru, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.

Semoga segala usaha dan pengorbanan kita semua diberkati serta mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. 🤲


Address

Jalan Bakawali Felda Ulu Tebrau
Ulu Tiram
81810

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SEKOLAH AGAMA FELDA ULU TEBRAU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share