Pusat Komunikasi Korporat

Pusat Komunikasi Korporat Berikutan gabungan itu Unikweb diperluaskan peranannya dan ditukar nama menjadi Portal Berita UKM.

Pusat Komunikasi Korporat (Komunikasi UKM) berperanan dalam pengurusan komunikasi dalaman dan luaran, penjenamaan, media digital dan hubungan media bagi memperkukuh imej dan reputasi UKM di peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Pusat Komunikasi Korporat (PKK), Universiti Kebangsaan Malaysia, ialah entiti yang mengendalikan urusan komunikasi dengan publik dalaman dan luaran seperti pelajar, or

ang ramai, alumni, media dan sebagainya. Ia diwujudkan pada 11 Februari 2010 melalui penstrukturan semula yang menggabungkan Pejabat Perhubungan Awam dan Korporat (PPAK) dan Unit Kandungan Web Universiti (UnikWeb). Seiring dengan itu, Web TV UKM diwujudkan untuk membolehkan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan yang dijalankan oleh UKM dibuat liputan bukan saja melalui berita bertulis tetapi juga menggunakan video, dan kedua-duanya disalurkan melalui internet. Penstukturan semula ini dilakukan selaras dengan kenaikan status Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sebuah universiti yang memberi tumpuan kepada penyelidikan. Berikutan dengan itu terdapat keperluan mendesak untuk menyebarluas dan mempromosi aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan yang dilaksanakan di UKM bukan saja untuk makluman masyarakat Malaysia tetapi juga masyarakat dunia yang dilakukan melalui media konvensional dan media baru. Sebelum penstrukturan itu, Pejabat Perhubungan Awam dan Korporat adalah sebahagian daripada Pusat Perancangan Korporat dan Komunikasi (PPKK), manakala Unit Kandungan Web (Unikweb) terletak di bawah Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Pejabat Perhubungan Awam yang wujud sejak penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970, secara sendiri telah melalui banyak perubahan dan beberapa kali menjadi sebahagian daripada beberapa unit lain. Fungsi Pusat Komunikasi Korporat Kini
Fungsi teras PKK ialah pengurusan acara bagi aktiviti utama UKM, menguruskan hal-ehwal hubungan masyarakat dan urusan korporat segala kegiatan universiti yang memberi faedah kepada UKM, penyediaan ucapan rasmi pegawai utama UKM, penerbitan korporat iaitu Senada dan Resonance, hubungan media, promosi pendidikan dan lawatan pihak luar, khususnya pelajar sekolah, ke UKM. PKK juga mengendalikan papan digital dan buletin ewarga yang digunakan untuk menyampai maklumat dan berita terkini kepada seluruh warga UKM. Selain itu ia juga menyelaras laman web fakulti, institut dan pusat perkhidmatan di seluruh UKM. Penubuhan unit Portal Berita UKM dan Web TV UKM meluaskan lagi fungsi PKK sebagai sebuah pusat sehenti komunikasi yang mengumpul, menerbit dan menyebarluaskan bahan berita sendiri, yang sebelum ini hanya bergantung kepada organisasi media luar untuk melakukannya. Pusat Komunikasi Korporat beroperasi dari dua pejabat, iaitu di Aras 2, Bangunan Canselori, dan di Wisma Media, Kelab Golf Danau UKM.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐š๐ง๐  & ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ฎ๐ ๐š๐ฌPusat Komunikasi Korporat (KOMUNIKASI UKM) mengucapkan selamat datang dan selamat bertu...
05/06/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐š๐ง๐  & ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ฎ๐ ๐š๐ฌ

Pusat Komunikasi Korporat (KOMUNIKASI UKM) mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Encik Mohd Jamaludin Abdul Rajalu, Pereka B10 yang telah melaporkan diri secara rasmi pada 3 Jun 2026.

Selamat maju jaya. Dengan pengalaman, kewibawaan dan kepakaran yang dimiliki, semoga dapat memberikan perkhidmatan terbaik di KOMUNIKASI UKM.

Tulus ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga KOMUNIKASI UKM.


Warga Pusat Komunikasi Korporat (KOMUNIKASI UKM) menyertai sesi latihan Kawad Kebakaran (Fire Drill) yang dijalankan di ...
03/06/2026

Warga Pusat Komunikasi Korporat (KOMUNIKASI UKM) menyertai sesi latihan Kawad Kebakaran (Fire Drill) yang dijalankan di bangunan Canselori UKM hari ini.

Latihan yang diadakan dua tahun sekali ini bertujuan meningkatkan kesedaran bahaya kebakaran, mendidik langkah pencegahan, dan melatih prosedur evakuasi yang betul bagi memastikan keselamatan semua pekerja.


Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), khususnya kepada semua peng...
30/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), khususnya kepada semua penganut agama Buddha.

Semoga sambutan penuh bermakna ini membawa kedamaian, kebahagiaan serta keharmonian yang berkekalan buat anda sekeluarga.

Bunga kemboja mekar di taman,
Tempat berteduh si burung nuri,
Hari Wesak diraikan dalam kedamaian,
Semoga bahagia sentiasa mengiringi.

Tulus ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga KOMUNIKASI UKM.


Seluruh warga Pusat Komunikasi Korporat (KOMUNIKASI UKM) menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Ga...
30/05/2026

Seluruh warga Pusat Komunikasi Korporat (KOMUNIKASI UKM) menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai buat masyarakat di Sabah dan Sarawak, khususnya warga universiti yang meraikannya.

Semoga sambutan perayaan menuai ini melimpahkan rezeki, mengukuhkan keharmonian dan membawa kemakmuran yang berpanjangan kepada kita semua.

Dari Sumazau ke tarian Ngajat,
Rentak tradisi warisan berzaman,
Kaamatan dan Gawai disambut muafakat,
Membaja perpaduan menyubur keharmonian.

Tulus ikhlas daripada Pengarah dan Warga KOMUNIKASI UKM.


โ€Žุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ุŒ ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ุŒ ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ูˆุงู„ู„ู‡ ุงู„ุญ Seluruh warga Pusat Komunikasi Korporat (KOMUNIKASI UKM) menzahirkan ucapan...
26/05/2026

โ€Žุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ุŒ ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ุŒ ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ูˆุงู„ู„ู‡ ุงู„ุญ

Seluruh warga Pusat Komunikasi Korporat (KOMUNIKASI UKM) menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H buat seluruh umat Islam khususnya warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bagi yang mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci tahun ini,kami mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan haji yang mabrur. Buat yang melaksanakan ibadah korban, moga setiap amalan diterima dan diredhai oleh Allah SWT.

Ibadah korban penuh taqwa,
Agihan diberi ikhlas pekerti,
Selamat Menyambut Aidiladha,
Semoga mabrur ibadah di hati.

Tulus ikhlas daripada Pengarah dan Warga KOMUNIKASI UKM.



KOMUNIKASI UKM mengadakan Perbincangan Semakan Akhir Spesifikasi Sebutharga di Bilik Mesyuarat KOMUNIKASI UKM, Bangunan ...
21/05/2026

KOMUNIKASI UKM mengadakan Perbincangan Semakan Akhir Spesifikasi Sebutharga di Bilik Mesyuarat KOMUNIKASI UKM, Bangunan Canselori hari ini.


Pusat Komunikasi Korporat (KOMUNIKASI UKM) ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysi...
18/05/2026

Pusat Komunikasi Korporat (KOMUNIKASI UKM) ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia ke-56 tahun.

Menimbus tanah di tepi perigi,
Tumbuh subur pohon bidara,
Demi maruah martabatkan tinggi,
Hasil perjuangan rakyat jelata.

Kini genap lima puluh enam tahun,
UKM megah menabur budi,
Obor ilmu sentiasa disantun,
Daulat bahasa kekal abadi.

Semoga UKM terus gah di mata dunia melahirkan ribuan teknokrat, ilmuwan dan pemimpin yang mampu mengubah dunia.

Tulus ikhlas daripada Pengarah dan Warga KOMUNIKASI UKM.




Selamat Hari Guru 2026 kepada semua pendidik yang bergelar insan mulia. Terima kasih atas segala usaha, kesabaran dan pe...
16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026 kepada semua pendidik yang bergelar insan mulia. Terima kasih atas segala usaha, kesabaran dan pengorbanan dalam mendidik generasi bangsa. Teruslah memberi cahaya ilmu, membentuk jiwa, membina negara.

Terima kasih cikgu,
Jasamu dikenang,
Ilmu pemberi harapan

โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€



Seluruh warga Pusat Komunikasi Korporat (KOMUNIKASI UKM) mengucapkan Selamat Hari Guru 2026 bertemakan โ€œGuru Bitara Nadi...
15/05/2026

Seluruh warga Pusat Komunikasi Korporat (KOMUNIKASI UKM) mengucapkan Selamat Hari Guru 2026 bertemakan โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€ buat semua insan hebat yang begelar pendidik di mana jua anda berada.

Terima kasih buat para pendidik yang tidak pernah lelah menabur bakti dan menyemai ilmu. Semoga segala pengorbanan dalam mendidik anak bangsa mendapat keredhaan dan keberkatan Ilahi.

Anak kancil di tepi muara,
Mencari makan di celah batu,
Guru Bitara Nadi Negara,
Membimbing insan tanpa jemu.

Pohon keranji tumbuh melata,
Hinggap kenari di dahan rendah,
Jasa bakti guru tercinta,
Menjadi memori paling indah.

Selamat Hari Guru 2026



๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก (๐Œ๐ž๐๐ข๐š & ๐๐ž๐ง๐ž๐ซ๐›๐ข๐ญ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ) ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐Š๐€๐’๐ˆ ๐”๐Š๐Œ) ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ...
12/05/2026

๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก (๐Œ๐ž๐๐ข๐š & ๐๐ž๐ง๐ž๐ซ๐›๐ข๐ญ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ) ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐Š๐€๐’๐ˆ ๐”๐Š๐Œ) ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐”๐Š๐Œ)

Seluruh warga Pusat Komunikasi Korporat (KOMUNIKASI UKM) mengucapkan tahniah kepada Dr. Nurzihan Hassim atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah (Media & Penerbitan Korporat) Pusat Komunikasi Korporat (KOMUNIKASI UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkuat kuasa mulai 13 Mei 2026.

Semoga dengan pelantikan ini, KOMUNIKASI UKM terus cemerlang dalam memacu agenda media dan penerbitan korporat universiti ke tahap yang lebih tinggi. Selamat menjalankan tugas ๐Ÿ’

Ikhlas daripada warga KOMUNIKASI UKM.



Address

Pusat Komunikasi Korporat
Ukm Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389215053

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Komunikasi Korporat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category