Prof. Madya Dr. Jamiah Manap

  • Home
  • Prof. Madya Dr. Jamiah Manap

Prof. Madya Dr. Jamiah Manap Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM

Fokus Penyelidikan: Kesejahteraan Keluarga dan Spiritualiti

Fokus Pengajaran:

(Pembangunan Belia)
(Pembangunan Keluarga dan Wanita)

04/11/2024

Bila ada rakan lelaki yang berdandan dan berpakaian wanita, kasihanilah mereka. Barangkali ia tidak mengetahui larangan berpakaian menyerupai wanita, sedang mengalami krisis identiti, atau kurang sihat untuk menjalankan fungsinya.

04/11/2024

Fakulti Perubatan di Media

Remaja Boleh Dapat Osteoporosis (Mingguan Malaysia) PM Dr. Isa Naina Mohamed - FPER & Dr Hazlina Mahadzir - HCTM

Penghidap osteoporosis atau tulang rapuh dijangka bakal meningkat di masa akan datang berikutan gaya hidup kurang bersenam serta peningkatan kadar obesiti dalam kalangan remaja di Malaysia pada masa ini.





04/11/2024

Fakulti Perubatan di Media

Terlebih Makan Makanan Viral, Ramen Tingkat Kanser Usus (Utusan Malaysia) Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh - FPER

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, kualiti makanan yang rendah serat, makanan tinggi bahan pengawet, pewarna, pemanis tambahan dan penstabilan makanan juga meningkatkan risiko kanser usus.





03/11/2024

Meniti usia remaja, perhatian ibu bapa masih sangat diperlukan. Kehidupan serba berbeza daripada sebelumnya. Serba pantas, dan terkadang serba tak kena.



02/11/2024

Siapa sangka cafe mewah dan restoran makanan segera berjenama pop**ar tiba-tiba terpaksa ditutup satu per satu.

Begitulah harga sebuah perniagaan apabila kehilangan rasa hormat dan kebersamaan daripada pelanggan.

Bila berkahwin, jadilah lelaki yang bermaruah. Sekalipun isteri bekerja dan mampu menanggung dirinya dan keluarga, tangg...
02/11/2024

Bila berkahwin, jadilah lelaki yang bermaruah.

Sekalipun isteri bekerja dan mampu menanggung dirinya dan keluarga, tanggung jawab nafkah tetap terletak di bahu suami.

Kebanyakan isteri tidak kisah pada awal perkahwinan. Namun, setelah bertahun-tahun menanggung beban, akhirnya ia mula kisah. Apatahlagi, apabila isteri mendapati suami kian culas dan lepas tangan. Tiada sebarang usaha untuk memperbaiki keadaan. Tambah membara tika suami curang dan panas baran. Situasi tambah gawat ketika isteri p**a diburu jejaka yang tampak lebih tampan, budiman, dan berharta.

Bantu isteri untuk kekal setia, damai dan sejahtera dalam melayari kehidupan berkeluarga. Sayangi rumah tangga yang dibina. Pandangi wajah anak-anak yang mengharap suri teladan terbaik dan keluarga yang bahagia.

Perkahwinan, bukan hanya tentang cinta. Ia tentang taqwa, komitmen, tanggung jawab, kesempurnaan beragama, kepimpinan, kemuliaan legasi keturunan manusia, ketenangan, rahmah, ihsan, dan kedekatan jiwa.


02/11/2024


Sudah lama berkahwin dan ingin mendapatkan zuriat? Berikut antara perkara yang boleh dilakukan: 1. Mendapatkan khidmat n...
01/11/2024

Sudah lama berkahwin dan ingin mendapatkan zuriat?

Berikut antara perkara yang boleh dilakukan:

1. Mendapatkan khidmat nasihat pakar perbidanan dan sakit puan (O&G)
2. Mendapatkan berat badan ideal, khususnya jika obes, berlebihan berat badan atau sebaliknya.
3. Mengamalkan gaya hidup sihat
4. Membuat pemeriksaan kesihatan
5. Mengambil makanan yang mengandungi asid folk
6. Merawat stres kronik dan masalah yang berkait dengan kesihatan mental
7. Jika perlu dan sesuai, membuat rawatan in-vitro dengan nasihat pakar
8. Mengelakkan penyalahgunaan bahan seperi rokok, v**e, minunan keras dan lainnya.
9. Berdoa agar dikurniakan zuriat yang sihat, cerdas dan baik.


01/11/2024

Sekadar ingatan. Jangan terlalu bergantung kepada "cashless", perbankan dalam talian, AI, dan teknologi buatan. Fahami implikasi.

Adik-adik yang dikasihi, berapa pendapatan setelah bergraduasi? RM 100, RM 1, 000, RM10,000, RM 100,000, atau RM 1, 000,...
01/11/2024

Adik-adik yang dikasihi, berapa pendapatan setelah bergraduasi?

RM 100, RM 1, 000, RM10,000, RM 100,000, atau RM 1, 000, 000?

Semuanya tak mustahil untuk dicapai, dengan izin Allah.

Tetapkan 'target', rancang strategi dan zuuup, lepaskan anak panah!

Fikirkan Plan A, Plan B, C... , E... F... G... . Pilih Plan yang terbaik dan laksanakan. Jika Plan A gagal, gunakan Plan B dan seterusnya.

Yang penting, pastikan setiap sen yang kita terima itu halal, berintegriti, barakah, dan menenangkan hati.

Usah malu dan kecewa, jika cuma RM100 atau barangkali RM 1,000. Suatu masa nanti, nilainya akan berganda. Pendapatan yang sedikit menjadikan kita lebih kreatif dan bijak berjimat pada masa depan. Bersyukur dengan yang sedikit, agar suatu masa nanti, hati selalu menangis, mensyukuri limpahan rezeki yang bercurahan bagai hujan lebat usai kemarau panjang.

Jika pendapatan mencapai RM 10 k atau lebih, rancang kewangan sebaiknya. Penuhi keperluan, pelajari perkara/skil baharu, perbaiki penampilan, buat simpanan, infak, dan labur sedikit untuk masa depan.

Semoga terus bijak mengemudi hari ini dan masa depan.


Address

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Prof. Madya Dr. Jamiah Manap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share