Pondok Jal Besar

Pondok Jal Besar Sejak abad ke- 18M, institusi pengajian pondok di Kelantan telah memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan pelbagai bidang ilmu Islam. Wan Min.

Sehingga kini, terdapat beberapa buah pusat pengajian pondok yang masih aktif di seluruh Kelantan dan terbarunya ialah Madrasah al-Badriah yang terletak di kampung Jal Besar, Tumpat iaitu kira-kira 12 km dari Bandar Tumpat. Ia telah diasaskan pada tahun 2006 oleh al-Fadhil Ustaz Saifulbaharin B Che Ali sebagai satu usaha untuk mengembangkan ilmu-ilmu yang bermanfaat melalui pengajaran kitab-kitab

turath yang mu’tabar. Penubuhan Madrasah al-Badriah ini sebenarnya, bermula apabila beberapa ahli keluarga Hj. Wan Min mempelawa al-Fadhil Ustaz supaya menghidupkan kembali pengajaran di pondok Hj. Wan Min Jal Besar. Peluang yang baik ini telah digunakan oleh beliau dengan menjadikan sebuah madrasah kayu peninggalan Hj. Wan Min yang berukuran 30 x 30 kaki sebagai tempat mengajar, manakala para pelajarnya p**a menumpang di beberapa buah pondok usang yang berhampiran dengannya. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa penubuhan Madrasah al-Badriah ini merupakan kesinambungan pengajaran yang telah dilakukan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Wan Min Jal Besar dan anaknya Allahyarham Hj. Wan Muhammad. Pada permulaannya, pengajian kitab telah diikuti oleh beberapa orang pelajar yang memang sudah mengenali al-Fadhil Ustaz. Setelah 6 tahun menumpang di surau Hj. Wan Min dan memandangkan bilangan pelajarnya p**a semakin bertambah, maka pada tahun 2011, al-Fadhil Ustaz telah membeli sebidang tanah seluas 362 depa bagi membangunkan sebuah perkampusan pondoknya yang tersendiri. Walaupun lokasi tanah tersebut berada di luar tapak pondok lama namun jaraknya hanyalah 200 meter dikira dari surau Hj. Sebagai langkah awal, pada penghujung tahun 2011, sebanyak 12 buah pondok dua tingkat telah dibina secara sukarela dan mula didiami oleh pelajar pada bulan Julai 2012. Memandangkan perkampusan pondok ini tidak mempunyai madrasah lagi, maka al-Fadhil Ustaz telah menjadikan ruang tingkat bawah rumahnya sebagai tempat mengajar untuk sementara waktu. Walaubagaimanapun, ruang tingkat bawah ini dapat menampung seramai 20 orang pelajar sahaja. Selain keperluan madrasah, perkampusan ini juga memerlukan sebuah bangunan pejabat bagi memudahkan segala urusan pentadbiran pondok pada masa akan datang. Manakala kelengkapan-kelengkapan lain seperti penambahbaikan tandas, pagar, pintu gerbang, pasir tambun dan lain-lain lagi adalah diperlukan juga bagi menjadikan Madrasah al-Badriah sebuah pusat pengajian yang selamat dan selesa bagi para penuntutnya. Dengan ini, untuk merealisasikan kesempurnaan kemudahan-kemudahan tersebut, ia memerlukan suatu dana kewangan yang besar dan hasrat ini tidak akan tercapai dengan sempurna melainkan dengan sumbangan dari pihak tuan/puan ke tabung atau akaun Madrasah al-Badriah. Insyallah.

Bismillah... Pertama2 kalinya pihak Madarsah Albadriah ( pondok jal besar)​ ingin​ mengucapkan​ ribuan​ trima​ kasih kpd...
07/12/2024

Bismillah... Pertama2 kalinya pihak Madarsah Albadriah ( pondok jal besar)​ ingin​ mengucapkan​ ribuan​ trima​ kasih kpd rombongan syed suhaimi dan ustaz li bukit awan serta team pondok pantai Timur kerana sudi bertamu ke pondok jal besar.. Semuga ziarah dan pemberian disaksi oleh yang maha esa amin.. Trima kasih sekali lagi pihak pondok ucapankan..

Assalamaualaikun wrt... Pihak Madarsah Albadriah ingin mengucapkan ribuan trima kasih yg tak terhingga kerana prihatin t...
07/12/2024

Assalamaualaikun wrt... Pihak Madarsah Albadriah ingin mengucapkan ribuan trima kasih yg tak terhingga kerana prihatin ter hadap kami anak2 pondok... Semuga Allah taala senantiasa menjaga kita.. Trima kasih sekali... بارك الله فيكم جميعا آمين

02/12/2024

Update terkini 2/12/2024‼️

Hari yang keenam banjir di Pondok Jal Besar. Paras air telah menurun sedikit sekadar kurang setengah meter. Walau bagaimanapun, kami senantiasa bersedia bagi menghadapi gelombang ke-2 yang dijangka berlaku pada esok petang.

-Admin

UPDATE TERKINI : 30November2024‼️Keadaan terkini di Pondok Jal Besar, Tumpat. Laluan perhubungan telah terputus pada ket...
30/11/2024

UPDATE TERKINI : 30November2024‼️

Keadaan terkini di Pondok Jal Besar, Tumpat. Laluan perhubungan telah terputus pada ketika ini. Dek kerana banjir yang melanda telah menyebabkan 70 orang pelajar terkandas di pondok.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Ust Hambali :011 56621664
Baba Fadhil :011 29464922

Admin

Alhamdulillah dipagi yang penuh dg mulia dan barakah ini, kami pihak pondok albadriah menyusun sepuluh jari memohon kema...
17/06/2024

Alhamdulillah dipagi yang penuh dg mulia dan barakah ini, kami pihak pondok albadriah menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan keampunan jika ada salah dan silap selamat hariraya aidil aladha 'semuga hari hari yang akan datang dijaga dan dilindungi oleh Allah taala amiiin ya rabba alamin.

SOLAT SUNAT ISTISQA’فَقُلۡتُ ٱسۡتَغۡفِرُوا۟ رَبَّكُمۡ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارࣰا﴿ ١٠ ﴾ یُرۡسِلِ ٱلسَّمَاۤءَ عَلَیۡكُم مِّد...
09/05/2024

SOLAT SUNAT ISTISQA’

فَقُلۡتُ ٱسۡتَغۡفِرُوا۟ رَبَّكُمۡ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارࣰا﴿ ١٠ ﴾ یُرۡسِلِ ٱلسَّمَاۤءَ عَلَیۡكُم مِّدۡرَارࣰا﴿ ١١ ﴾ وَیُمۡدِدۡكُم بِأَمۡوَ ٰ⁠لࣲ وَبَنِینَ وَیَجۡعَل لَّكُمۡ جَنَّـٰتࣲ وَیَجۡعَل لَّكُمۡ أَنۡهَـٰرࣰا﴿ ١٢ ﴾

Khamis, 9 Mei bersamaan 1 Zulkaedah warga Pondok Jal Besar telah sama-sama bermunajat memohon agar bumi yang kini tandus dek kerana panas yang berpanjangan dilimpahi hujan rahmat dari Yang Maha Esa.

Semoga Allah S.W.T menerima & memberkati usaha kita semua pada saat ini bagi memohon rahmat & kasih sayang daripada Allah Azza Wa Jalla. Allahumma amin.

Para dermawan yang ingin turut sama membantu, anda boleh menyalurkan sumbangan anda pada akaun yang tertera di bawah:

Maybank: 553092000137
(MADRASAH AL BADRIAH PONDOK JAL BESAR TPT)

WARNA-WARNI BANGUNAN PONDOKHari ini 25 Shawwal bersamaan 4 Mei 2024 Tok Faqir Pondok Jal sedang giat mengecat bagi mengh...
04/05/2024

WARNA-WARNI BANGUNAN PONDOK

Hari ini 25 Shawwal bersamaan 4 Mei 2024 Tok Faqir Pondok Jal sedang giat mengecat bagi menghabiskan ruangan kosong yang masih belum dicat.

Moga kerja-kerja hari ini berjalan dengan lancar.

Para dermawan yang ingin turut sama membantu, anda boleh menyalurkan sumbangan anda pada akaun yang tertera di bawah:

Maybank: 553092000137
(MADRASAH AL BADRIAH PONDOK JAL BESAR TPT)

27/02/2024

LIVE ‼️

Pertandingan I’rob & Hafalan Peringkat Pondok kali ke-5.

Para dermawan yang ingin turut sama membantu bagi menampung kos perbelanjaan program, anda boleh turut sama membantu dengan menghulurkan bantuan ke akaun di bawah:

Maybank: 553092000137
(MADRASAH AL BADRIAH PONDOK JAL BESAR TPT)

Proses pengecatan tangga tangki ✌🏼
26/02/2024

Proses pengecatan tangga tangki ✌🏼

Alhamdulillah...syukur ..trima kasih  tak terhingga kepada PDRM daerah tumpat Dan pegawai-pegawai yang sudi bertamu ke P...
24/09/2023

Alhamdulillah...syukur ..trima kasih tak terhingga kepada PDRM daerah tumpat Dan pegawai-pegawai yang sudi bertamu ke Pondok Albadriah Kg Jal Besar bagi melansungkan progrem taklimat keselamatan kpd pelajar pelajar pondok Dan kes kes yang sering berlaku dikalangan pelajar...semuga pencerahan ini dapat membantu sedikit sebanyak anak anak pelajar pondok....semuga progrem seperti senantiasa hidup demi kebaikkan bersama ....polis Dan masyarakat tidak pernah berpisah....trima kasih sekali lagi dari pihak pondok Albadriah ....

Semua dijemput hadir 🥰
23/09/2023

Semua dijemput hadir 🥰

Address

LOT 719 PONDOK ALBADRIAH KAMPUNG JAL BESAR CHABANG EMPAT
Tumpat
16210

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Jal Besar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category