21/07/2026
๐ฟ MUKHAYYAM QURANI 2026 ๐ฟ
SMU (A) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung, Tumpat
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Mukhayyam Qurani yang melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 bertempat di Chalet Barokah Resort, Bachok pada 19 โ 21 Julai 2026 bersamaan 4 โ 6 Safar 1448H.
Sepanjang tiga hari program berlangsung, para pelajar jelas menunjukkan kegembiraan dan semangat yang tinggi dalam menyertai pelbagai aktiviti yang telah disusun. Suasana pembelajaran yang santai, interaktif dan penuh ukhuwwah berjaya memberi pengalaman yang bermakna serta menjadi kenangan indah buat semua peserta.
Program ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan, antaranya:
โจ Memantapkan hafazan al-Quran serta meningkatkan motivasi murajaah.
โจ Memberi ruang kepada pelajar untuk merehatkan minda dan mengurangkan tekanan selepas sesi pembelajaran.
โจ Mengukuhkan ukhuwah Islamiah melalui aktiviti berkumpulan dan kehidupan berjemaah.
โจ Membentuk sahsiah, disiplin serta jati diri pelajar agar menjadi generasi al-Quran yang cemerlang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan urus setia yang telah bertugas, sama ada dalam merancang, mengurus, membimbing serta memastikan kelancaran program sepanjang berlangsung. Segala pengorbanan masa, tenaga dan komitmen yang dicurahkan hanya Allah SWT mampu membalasnya dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Semoga segala usaha ini menjadi asbab lahirnya generasi Huffaz Rabbani yang berilmu, berakhlak mulia dan mampu memimpin ummah pada masa hadapan.
"Al Quran adalah pelita, usaha adalah kunci, kejayaan adalah matlamat." ๐คฒ๐