SK Sri Neting

SK Sri Neting Sekolah Harian Biasa Kategori Luar Bandar

Karnival Pendidikan Kerjaya Murid (SUKSES 5.0) 2026Tarikh : 21 Julai 2026Tempat : ADTECH JTM Kampus Kota BharuMasa : 8.0...
22/07/2026

Karnival Pendidikan Kerjaya Murid (SUKSES 5.0) 2026

Tarikh : 21 Julai 2026
Tempat : ADTECH JTM Kampus Kota Bharu
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari
Sasaran : 40 orang murid Tahun 6.

Majlis Pelancaran Program SAFE (School Anti-Bullying Framework Empowerment) : Kerangka Antibuli Sekolah Untuk Pemerkasaa...
22/07/2026

Majlis Pelancaran Program SAFE (School Anti-Bullying Framework Empowerment) : Kerangka Antibuli Sekolah Untuk Pemerkasaan

Tarikh : 19 Julai 2026 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Ibnu Sina

Program SAFE merujuk kepada Kerangka Antibuli Sekolah (School Anti-Bullying Framework) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia merupakan garis panduan komprehensif bertujuan mencegah dan menangani gejala buli bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, aman, dan sejahtera di sekolah

Jenayah!

Penyampaian sijil dan pingat kepada atlet sekolah yang telah mencatat kemenangan dalam Kejohanan Olahraga Peringkat MSSD...
22/07/2026

Penyampaian sijil dan pingat kepada atlet sekolah yang telah mencatat kemenangan dalam Kejohanan Olahraga Peringkat MSSD Tumpat 2026 dan juga kepada pasukan sekolah yang telah mendapat johan dalam acara jemputan lari 100M berpasukan sempena Kejohanan Sukan Tahunan SK Simpangan 2026.

Kejohanan Olahraga MSSD Tumpat Kali Ke-18 2026Tarikh : 8, 9, 12 & 13 Julai 2026Tempat : SMK Mahmud MahyidinTahniah diuca...
15/07/2026

Kejohanan Olahraga MSSD Tumpat Kali Ke-18 2026

Tarikh : 8, 9, 12 & 13 Julai 2026
Tempat : SMK Mahmud Mahyidin

Tahniah diucapkan kepada anak-anak yang telah mewakili Zon Pengkalan Kubor ke Kejohanan Olahraga MSSD Tumpat 2026 yang telah diadakan pada 8, 9, 12 & 13 Julai 2026 di SMK Mahmud Mahyidin, Tumpat. Tak lupa juga kepada para jurulatih yang bekerja keras dalam memastikan kejayaan anak-anak ini.

Antara peserta yang mendapat pingat dalam kejohanan pada kali ini adalah :

Nur Dhia Amanda binti Azmadi
- Emas acara lompat jauh (P11)
- Perak acara 4x100m (P12)

Muhammad Zafriel Al Hafiz bin Zakirol Azli
- Gangsa acara 4x100m (L12)

Nik Azam Fakhri bin Nik Mat Kamil
- Gangsa acara 4x100m (L12)

Noor Afiqah Humaira binti Mohammad Haniff
- Perak acara 4x200m (P12)

Penyampaian piala dan sijil buat anak-anak cilik   yang telah menyertai Program Simulasi Kids Athletics Prasekolah Perin...
28/06/2026

Penyampaian piala dan sijil buat anak-anak cilik yang telah menyertai Program Simulasi Kids Athletics Prasekolah Peringkat Negeri Kelantan 2026. Program ini telah diadakan pada 23 dan 24hb Jun 2026 di Dewan Sri Tunjong, JPN Kelantan. Tahniah diucapkan atas kejayaan mendapat Naib Johan kategori Endurance Run. Terima kasih serta tahniah juga diucapkan kepada guru-guru Prasekolah iaitu Pn. Jamilah, Pn. Masita dan Pn. Kuit Mee Ling yang telah melatih serta membimbing anak-anak ini.

Majlis Penyampaian Sijil Pencapaian dan Pingat kepada pemenang dalam acara yang dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga...
28/06/2026

Majlis Penyampaian Sijil Pencapaian dan Pingat kepada pemenang dalam acara yang dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga MSS Zon Pengkalan Kubor yang telah diadakan pada 24 & 25 Jun 2026 di SK Pengkalan Kubor (2). Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

‼️‼️ZON PENGKALAN KUBUR KEMBALI BERAKSI⚽⚽⚽⚽🏆🥇🥈🥉🏆‼️‼️⚽🏆 KEJOHANAN BOLA SEPAK U12 (9 SEBELAH) 2026 🏆⚽⏩Anjuran Kelab Guru S...
05/06/2026

‼️‼️ZON PENGKALAN KUBUR KEMBALI BERAKSI⚽⚽⚽⚽🏆🥇🥈🥉🏆‼️‼️

⚽🏆 KEJOHANAN BOLA SEPAK U12 (9 SEBELAH) 2026 🏆⚽

⏩Anjuran Kelab Guru SK Sri Neting dengan kerjasama PETRONAS (GAS PETRONAS) menjemput seluruh warga sekolah,ibu bapa dan komuniti setempat untuk memeriahkan kejohanan yang bakal menyaksikan persaingan sengit daripada pemain-pemain muda berbakat.

📅 Tarikh: 6 Jun 2026 (Sabtu)
📍 Tempat: Padang SK Sri Neting
⏱️ Jam: 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

▶️Sebanyak 8 pasukan akan berentap dengan penuh semangat kesukanan, mempamerkan kemahiran, disiplin dan aksi terbaik bagi merebut gelaran juara.

1. Zon Pengkalan Kubur FC
2. Zon Wakaf Bharu (A) FC
3. Zon Wakaf Bharu (B)FC
4. Zon Kg Laut FC
5. Akademi P. Pekan (A) FC
6. Akademi P. Pekan (B) FC
7. Red Lion FC
8. Akademi Rakan MPKB BRI FC

"Bintang Muda Beraksi, Impian Juara Direalisasi!" ⭐⚽

🔴 Kelab Guru SKSN juga membuka gerai jualan minuman dan pelbagai jenis makanan kepada para pengunjung🧋🍔🍗🥪🍉🍎🍏.

▶️Ayuh hadir beramai-ramai memberikan sokongan dan semangat kepada pemain-pemain muda yang bakal mencorakkan masa depan.

Majlis Hari Raya Korban SK Sri Neting 2026Tarikh : 30 Mei 2026 (Sabtu)Tempat : SK Sri NetingMasa : 8.00 - 11.00 pagiAkti...
30/05/2026

Majlis Hari Raya Korban SK Sri Neting 2026

Tarikh : 30 Mei 2026 (Sabtu)
Tempat : SK Sri Neting
Masa : 8.00 - 11.00 pagi

Aktiviti sembelihan lembu sempena Hari Raya Korban Peringkat Sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya bagi menghayati tuntutan ibadah korban serta menyemai nilai pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran dalam kalangan warga sekolah. Program ini melibatkan kerjasama guru, kakitangan sekolah, PIBG dan komuniti setempat. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yayasan Darul Hanan yang telah menyumbangkan 2 ekor lembu kepada pihak sekolah untuk majlis korban pada tahun ini.

Daging korban yang telah disempurnakan proses penyembelihan dan melapah kemudiannya diagihkan kepada golongan yang layak serta warga sekolah yang terlibat. Sebahagian daripada daging korban turut dimasak sebagai hidangan untuk jamuan warga Netianz. Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dan komuniti, malah turut memberi pengajaran yang bermakna tentang kepentingan pengorbanan dan semangat kebersamaan dalam kehidupan bermasyarakat.

Majlis penyampaian hadiah sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2026.
21/05/2026

Majlis penyampaian hadiah sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2026.


SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2026 Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu)Tempat : Dewan Ibnu Sina, SKSNTema: Guru Bitara Nadi...
20/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2026

Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu)
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SKSN
Tema: Guru Bitara Nadi Negara

Pada 20 Mei 2026 (Rabu), sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2026 dengan tema : “Guru Bitara Nadi Negara”. Majlis berlangsung dalam suasana meriah dan penuh penghargaan bagi mengenang jasa serta pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG, Mohd Saifullah bin Che Mat serta Naib Yang Dipertua PIBG, Pn. Mazalina binti Ibrahim. Kehadiran mereka menyerikan lagi sambutan dan menunjukkan sokongan padu PIBG terhadap warga pendidik sekolah.



Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang sambutan, antaranya bacaan perutusan Hari Guru, persembahan murid, penyampaian hadiah dan jamuan khas buat para guru. Sambutan ini berjaya memupuk semangat kerjasama, menghargai jasa guru serta mengeratkan hubungan antara guru, murid dan komuniti sekolah.

Address

Sk Sri Neting
Tumpat
16200

Telephone

+6097211862

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sri Neting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share