28/06/2026
[ KEMASKINI | QIAMULAIL PELAJAR LELAKI SIRI 3 ]
Tarikh: 25â26 Jun 2026 (KhamisâJumaat)
Tempat: SMU (A) Tarbiah Islamiah Chabang Empat, Tumpat
Anjuran: Badan Dakwah SMU (A) Tarbiah Islamiah Chabang Empat, Tumpat
Alhamdulillah, Program Qiamulail Pelajar Lelaki Siri 3 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Program ini bertujuan memupuk kecintaan pelajar terhadap ibadah, menghidupkan malam dengan qiamullail, serta membentuk sahsiah dan jati diri Muslim yang berakhlak mulia.
Sepanjang program, para pelajar telah mengikuti pelbagai pengisian kerohanian seperti solat berjemaah, qiamullail, tazkirah, bacaan al-Quran, zikir al-Ma'thurat dan sesi muhasabah diri. Diharapkan segala ilmu dan penghayatan yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan seharian serta menjadi pemangkin kepada peningkatan iman dan takwa.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru, ahli Badan Dakwah, fasilitator serta para pelajar yang telah menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan pengorbanan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.