21/08/2026
“INSANIAH DIPERKASA, SAHSIAH TERPELIHARA”
Alhamdulillah, selesai sudah Program SAFE SKBT 2026 yang telah berlangsung dengan penuh semangat dan penglibatan warga SK Bolong. 🌟
Majlis penutupan menjadi kemuncak kepada program yang memberi penekanan terhadap pembentukan sahsiah, disiplin, kesedaran antibuli serta pencegahan dadah dan v**e dalam kalangan murid.
Majlis turut diserikan dengan tayangan hasil pertandingan, penyampaian hadiah kepada para pemenang, serta sesi fotografi sebagai kenangan bersama. 🏆📸
Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pentadbir, guru, AKP dan semua pihak yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan Program SAFE SKBT 2026. 👏
Semoga nilai dan pengajaran yang diperoleh sepanjang program ini terus diamalkan dalam kehidupan seharian.
💙 Benci Dadah & V**e, Pilih Hidup Sihat
🤝 Hormat Diri, Hormat Orang Lain
🛡️ Bersama Membina Sekolah Yang Selamat & Positif
Tahniah kepada semua! Teruslah menjadi murid yang baik, sejahtera dan berakhlak.