Tadika Ummi Bestari / SAR Ummi Al-Furqan

Tadika Ummi Bestari / SAR Ummi Al-Furqan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tadika Ummi Bestari / SAR Ummi Al-Furqan, Education, Lot 1 Rumah Kedai Jalan Dungun Bawang Saray, Tuaran.

31/07/2026
LATIHAN KEBAKARAN FASA 2 TASKA UMMI BESTARI, TADIKA UMMI BESTARI & SAR UMMI AL-FURQAN31 Julai 2026 | 16 Safar 1448H | Ju...
31/07/2026

LATIHAN KEBAKARAN FASA 2
TASKA UMMI BESTARI, TADIKA UMMI BESTARI & SAR UMMI AL-FURQAN

31 Julai 2026 | 16 Safar 1448H | Jumaat

Dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, pelbagai aktiviti telah diadakan:
βœ… Latihan ketika kecemasan
βœ… Menyaksikan demonstrasi memadam kebakaran
βœ… Taklimat keselamatan kebakaran
βœ… Berpeluang menaiki jentera bomba sebagai pengalaman pembelajaran yang bermakna

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bomba Dan Penyelamat Tuaran atas perkongsian ilmu, kerjasama serta komitmen dalam menjayakan program ini.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti anda 😊

Terima kasih 😊
Ψ¨Ψ§Ψ±Ωƒ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΩΩŠΩƒΩ… ✨

πŸ•‹βœ¨ SIMULASI HAJI CILIK PERINGKAT NEGERI SABAH 2026 βœ¨πŸ•‹18 Julai 2026 | 3 Safar 1448H | Masjid Bandaraya Kota KinabaluAlham...
20/07/2026

πŸ•‹βœ¨ SIMULASI HAJI CILIK PERINGKAT NEGERI SABAH 2026 βœ¨πŸ•‹

18 Julai 2026 | 3 Safar 1448H | Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Alhamdulillah, satu pengalaman yang sangat bermakna buat anak-anak kami apabila berpeluang menyertai Program Simulasi Haji Cilik Peringkat Negeri Sabah 2026. 🀍

Melalui program ini, murid-murid dapat mempelajari dan menghayati perjalanan ibadah haji secara lebih dekat melalui pengalaman simulasi yang menyeronokkan dan bermakna. Semoga setiap langkah kecil ini menjadi titik permulaan dalam menanam rasa cinta kepada ibadah, mengenali syiar Islam serta menyemai kerinduan untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur, para guru, ibu bapa serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan indah yang terus terpahat dalam hati anak-anak kita.

Labbaik Allahumma Labbaik… πŸ•‹πŸ€


SIMULASI HAJI PERINGKAT SEKOLAH15 JULAI 2026 I 30 Muharram 1448H I RabuAlhamdulillah telah berlangsung Program Simulasi ...
16/07/2026

SIMULASI HAJI PERINGKAT SEKOLAH

15 JULAI 2026 I 30 Muharram 1448H I Rabu

Alhamdulillah telah berlangsung Program Simulasi Haji bagi memberi pendedahan awal kepada murid tentang perjalanan ibadah haji.

Sepanjang program, murid telah melalui beberapa checkpoint yang menggambarkan perjalanan ibadah haji, antaranya:
πŸ•‹ Ihram
πŸ•‹ Wukuf di Arafah
πŸ•‹ Mabit di Muzdalifah
πŸ•‹ Melontar Jamrah
πŸ•‹ Tawaf
πŸ•‹ Saie
πŸ•‹ Tahallul

Semoga pengalaman ini dapat memberi kefahaman berkaitan haji dan menanam rasa cinta kepada Baitullah.

Terima Kasih 😊😊
Ψ¨Ψ§Ψ±Ωƒ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΩΩŠΩƒΩ… ✨

SUKANEKA TADIKA UMMI BESTARI BERSAMA SAR UMMI AL-FURQAN TAHUN 2026PART 2πŸ“… 11 Julai 2026 I 25 Muharram 1448HπŸ“ Padang Makt...
13/07/2026

SUKANEKA TADIKA UMMI BESTARI BERSAMA SAR UMMI AL-FURQAN TAHUN 2026

PART 2

πŸ“… 11 Julai 2026 I 25 Muharram 1448H
πŸ“ Padang Maktab Kent, Tuaran

Alhamdulillah, program sukaneka sekolah berlangsung dengan meriah!✨

Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΩŠΨ¨Ψ§Ψ±Ωƒ ΩΩŠΩƒΩ… ✨

SUKANEKA TADIKA UMMI BESTARI BERSAMA SAR UMMI AL-FURQAN TAHUN 2026PART 1 πŸ“… 11 Julai 2026 I 25 Muharram 1448HπŸ“ Padang Mak...
13/07/2026

SUKANEKA TADIKA UMMI BESTARI BERSAMA SAR UMMI AL-FURQAN TAHUN 2026

PART 1

πŸ“… 11 Julai 2026 I 25 Muharram 1448H
πŸ“ Padang Maktab Kent, Tuaran

Alhamdulillah, program sukaneka sekolah berlangsung dengan meriah!✨

Pelbagai acara menarik telah dijalankan, termasuk senamrobik, lari berhalangan, lari dalam guni, lari berganti-ganti serta acara khas untuk ibu bapa dan guru.

Program ini bukan sahaja menguji ketangkasan murid, tetapi turut membina semangat berpasukan, keyakinan diri, disiplin dan ukhuwah antara warga sekolah.

Terima kasih kepada semua guru, kakitangan, ibu bapa, urus setia dan para penaja syarikat minuman Vico serta K2 atas sokongan dalam menjayakan program ini.

Tahniah kepada semua! Anda semua hebat! πŸ”₯

Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΩŠΨ¨Ψ§Ψ±Ωƒ ΩΩŠΩƒΩ… ✨

Behind the scenes sebelum Hari Sukaneka 2026! ✨
13/07/2026

Behind the scenes sebelum Hari Sukaneka 2026! ✨

MIISRA KAFA ZON 1 DAERAH TUARANΨ§Ω„Ψ­Ω…Ψ― Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ°ΩŠ Ψ¨Ω†ΨΉΩ…ΨͺΩ‡ ΨͺΨͺΩ… Ψ§Ω„Ψ΅Ψ§Ω„Ψ­Ψ§ΨͺDengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, berikut m...
03/07/2026

MIISRA KAFA ZON 1 DAERAH TUARAN

Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ― Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ°ΩŠ Ψ¨Ω†ΨΉΩ…ΨͺΩ‡ ΨͺΨͺΩ… Ψ§Ω„Ψ΅Ψ§Ω„Ψ­Ψ§Ψͺ

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, berikut merupakan pencapaian kontinjen SAR Ummi Al-Furqan dalam Majlis Ihtifal Ilmi KAFA Zon 1.

πŸ† Tilawah Al-Quran
Lelaki – Saguhati
Perempuan – πŸ₯ˆ Tempat Kedua

πŸ† Hafazan Al-Quran
Lelaki – Saguhati
Perempuan – πŸ₯‰ Tempat Ketiga

πŸ† Khat
Lelaki – πŸ₯ˆ Tempat Kedua
Perempuan – πŸ₯‰ Tempat Ketiga

πŸ† Jawi
Lelaki – πŸ₯ˆ Tempat Kedua
Perempuan – πŸ₯ˆ Tempat Kedua

πŸ† Bercerita
Lelaki – πŸ₯‡ Johan
Perempuan – πŸ₯‡ Johan

✨ Setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta atas usaha, kesungguhan dan pencapaian yang membanggakan. Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama erat antara murid, guru, ibu bapa serta doa daripada semua pihak.

πŸŽ‰ Insya-Allah, para peserta yang muncul Johan akan mewakili sekolah ke Majlis Ihtifal Ilmi KAFA Peringkat Daerah pada 11 Julai 2026. Semoga Allah SWT mengurniakan kejayaan yang lebih cemerlang.

Terima kasih kepada semua guru pembimbing, ibu
bapa dan para penyokong yang sentiasa memberikan dorongan dan kepercayaan kepada anak-anak.

🀲 Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, berilmu dan berakhlak mulia.

Tahniah Warga SAR Ummi Al-Furqan! πŸ’™πŸ’›

Sambutan Hari Lahir Taska & Tadika Ummi Bestari 26 Jun 2026 | 10 Muharram 1448H | JumaatSemoga menjadi anak yang soleh d...
26/06/2026

Sambutan Hari Lahir Taska & Tadika Ummi Bestari
26 Jun 2026 | 10 Muharram 1448H | Jumaat

Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah!

HARI BERSAMA IBU BAPA TADIKA UMMI BESTARI & SAR UMMI AL-FURQAN Alhamdulillah, Program Hari Bersama Ibu Bapa Tadika Ummi ...
15/06/2026

HARI BERSAMA IBU BAPA TADIKA UMMI BESTARI & SAR UMMI AL-FURQAN

Alhamdulillah, Program Hari Bersama Ibu Bapa Tadika Ummi Bestari dan SAR Ummi Al-Furqan telah berlangsung dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk hadir, berbincang serta berkongsi pandangan demi perkembangan dan kecemerlangan anak-anak. Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa merupakan kunci utama dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan berjaya di dunia serta akhirat.

"Anak-anak adalah amanah, pendidikan mereka adalah tanggungjawab bersama."

Address

Lot 1 Rumah Kedai Jalan Dungun Bawang Saray
Tuaran
89208

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Ummi Bestari / SAR Ummi Al-Furqan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika Ummi Bestari / SAR Ummi Al-Furqan:

Shortcuts

Share

Category