Bright Minds Solution

Bright Minds Solution Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bright Minds Solution, Educational consultant, Sulaman Sentral, Tuaran.

21/01/2024

Mak cik Aminah sudah 1 bulan lebih ambil kelas mengaji secara 1 to 1. Lebih selesa bilangnya. Kelas 2 kali seminggu.

Dan yang lebih senang , tenaga pengajar fokus dengannya sahaja.

Alhamdulillah lepas sebulan lebih. Progres bacaan mengaji Mak cik Aminah sangat cepat.

Dari selalu tertukar huruf dan belum betul-betul kenal huruf Al-Quran, sekarang sudah boleh baca keratan ayat-ayat pendek.

Azam Mak cik Aminah. Dia mesti kena pandai baca Al-Quran sebelum Ramadhan ni. Doakan impian mak cik Aminah tercapai.


SILIBUS MATEMATIK SEMAKIN MENCABAR, KALAU TAK KUASAI ASAS SIFIR RISAU ANAK AKAN KETINGGALAN BANYAK TOPIKBengkel Bijak Si...
08/12/2023

SILIBUS MATEMATIK SEMAKIN MENCABAR, KALAU TAK KUASAI ASAS SIFIR RISAU ANAK AKAN KETINGGALAN BANYAK TOPIK

Bengkel Bijak Sifir untuk anak-anak yang belum kuasai sifir 1-12 . Asas yang sangat penting dalam subjek MATEMATIK.

Yang tak minat MATEMATIK akan mulai minat mengira jika sudah kuasai sifir.

Yang lemah mengira akan mulai pandai mengira. Yang penting ada usaha dan kesungguhan

Bantu anak anda kuasai sifir dengan daftarkan 6 sesi bengkel Bijak Sifir sempena cuti sekolah ini.

Terhad kepada pelajar berumur 8 - 12 tahun sahaja. Hanya 10 orang peserta kami akan ambil untuk betul-betul bantu anak anda kuasai sifir dengan baik.

Daftar di link wasap www.wasap.my/60143109087/BBS


Usia bukan penghalang. Yang penting keazaman. Makcik Aminah azam untuk dapat baca quran sebelum Ramadhan nanti. Bukan sa...
06/12/2023

Usia bukan penghalang. Yang penting keazaman.

Makcik Aminah azam untuk dapat baca quran sebelum Ramadhan nanti. Bukan saja di kelas mak cik Aminah belajar. Rajin ulangkaji semula di rumah. Baru kali ketiga kelas sudah naik buku 2.

Alhamdulillah, doakan mak cik Aminah dapat baca Al-Quran dengan baik.

Daftar kelas personal untuk result yang lebih cepat dengan Bright Minds Solution. Tusyen dan kelas mengaji untuk semua.


Permulaan untuk belajar memang akan ambil masa. Tapi, bila sudah ada asas yang kukuh.  Kita akan cepat melangkah. Untuk ...
05/12/2023

Permulaan untuk belajar memang akan ambil masa. Tapi, bila sudah ada asas yang kukuh. Kita akan cepat melangkah.

Untuk belajar mengaji, kita hanya perlu kuasai asas huruf hijaiyah. Hanya 28 huruf. Ya, 28 huruf sahaja untuk kita kuasai yang membolehkan kita boleh baca Al-Quran.

Bermula dengan kosong bukan satu masalah, asalkan kita mahu dan konsisten untuk terus belajar.

Kelas mengaji secara personal '1 to 1' sesuai untuk mereka yang mahu cepat kuasai baca Al-Quran.

Jom daftar dengan promosi percuma yuran pendaftaran. Hanya perlu bayar yuran bulanan.


Awalnya mak adik ni minta ajarkan si kakak sahaja yang umur 7 tahun untuk mengaji. Maknya bagitahu tidak perlu fokus san...
28/11/2023

Awalnya mak adik ni minta ajarkan si kakak sahaja yang umur 7 tahun untuk mengaji.

Maknya bagitahu tidak perlu fokus sangat dengan si adik yang baru 4 tahun. Ajar sekejap sekejap saja.

Tapi alhamdulillah selepas 4 kali kelas, si adik yang diajar sekejap-sekejap saja dicampur aktiviti mewarna huruf lepas baca buku Al-Hira' dapat tangkap juga dan sudah kenal huruf-huruf Al-Quran dengan baik.

Seawal usia sudah boleh diajarkan anak-anak mengenal huruf-huruf Al-Quran. Ustazah ajar santai-santai tapi seronok.

Mau daftar kelas mengaji? Jom pm ustazah.
Wasap www.wasap.my/60165226645/kelasmengajianakanakfb


JOM BELAJAR MENGAJI DENGAN TEKNIK BERKESAN DAN PERBETULKAN BACAAN TAJWIDSebelum ni mengaji tersekat-sekat, huruf pun sel...
26/11/2023

JOM BELAJAR MENGAJI DENGAN TEKNIK BERKESAN DAN PERBETULKAN BACAAN TAJWID

Sebelum ni mengaji tersekat-sekat, huruf pun selalu keliru.

Nak pandai mengaji, tapi takut tak boleh bagi komitmen jadual kelas?

Nak mahir Al-quran, tapi tak jumpa guru yang sesuai?

Malu nak mengaji depan kawan-kawan sebab bacaan masih tak lancar.

Jangan risau! kami BOLEH SELESAIKAN MASALAH ANDA.

๐ŸŽ“ KELAS QURAN DEWASA BERSAMA BRIGHT MIND SOLUTIONS

โ˜˜๏ธ Teknik pengajaran secara berkump**an & perseorangan

๐Ÿ€ Kelas Secara Berkump**an , sesi untuk 6 - 10 orang atau sesi untuk 3 - 5 orang sahaja

๐Ÿ€ Kelas Secara Perseorangan

โ˜˜๏ธ Hari dan masa yang fleksibel

โ˜˜๏ธ 100% perhatian

โ˜˜๏ธ Tenaga pengajar yang berdedikasi

โ˜˜๏ธ Perkongsian motivasi tentang Islam

โ˜˜๏ธ Pelajari tajwid dengan mudah

โ˜˜๏ธ Terbuka kepada pembelajaran iqra', muqaddam dan Al-Quran!

๐ŸŽŠ HARGA ISTIMEWA UNTUK 100 ORANG TERAWAL
๐ŸŽŠ HARGA ISTIMEWA UNTUK 100 ORANG TERAWAL
๐ŸŽŠ HARGA ISTIMEWA UNTUK 100 ORANG TERAWAL

Tunggu apa lagi ? Call sekarang !!
๐Ÿ“ฒ 0194076645
Atau boleh Klik Link WhatsApp di bawah untuk sebarang pertanyaan ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
www.wasap.my/60165226645/NakDaftarMengajiDewasaPromo100

HUKUM MEMBACA AL-QURAN DENGAN BERTAJWIDIRSYAD AL-FATWA SIRI KE-482SoalanAssalamualaikum w.b.t Saya ingin bertanyakan sat...
21/11/2023

HUKUM MEMBACA AL-QURAN DENGAN BERTAJWID

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-482

Soalan

Assalamualaikum w.b.t Saya ingin bertanyakan satu soalan kepada Datuk, apakah hukumnya bagi seseorang itu membaca al-Quran dengan bertajwid? Adakah ia wajib? Mohon pencerahan Datuk. Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah atas segala limpahan nikmat dan kurniaNya. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda S.A.W hingga ke Hari Akhirat.

Kami mulakan kalam ini dengan firman Allah S.W.T:
ูˆูŽุฑูŽุชูู‘ู„ู ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ุชูŽุฑู’ุชููŠู„ู‹ุง ูค

Maksudnya: dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
Surah al-Muzammil (4)

Imam al-Mawardi menafsirkan ayat ini bahawa yang dimaksudkan daripadanya adalah suruhan untuk membaca ayat al-Quran mengikut aturannya dan susunannya, jangan merubah lafaz dan jangan mendahulukan ayat yang akhir pada yang awal, ibarat aturan gigi yang kemas apabila asasnya sama dan tersusun rapi, ini adalah apa yang dikatakan oleh Ibn Bahr. [Lihat: Tafsir al-Mawardi; 6/126].

Syeikh al-Saโ€™di berkata, tartil di sini memberi makna bahawa tartil al-Quran adalah dengannya dapat mentadabbur dan berfikir, dan menggerakkan hati dengannya, dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan ayat-ayatNya, dan melakukan persediaan yang sempurna keranaNya. [Lihat: Tafsir al-Saโ€™di; hlm.892].

Selain itu, suruhan dan juga galakan agar membaca al-Quran dengan baik dan bertajwid boleh dilihat pada sabda Nabi Muhammad S.A.W:
ูˆูŽุฒูŽูŠู‘ูู†ููˆุง ุงู„ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ุจูุฃูŽุตู’ูˆูŽุงุชููƒูู…ู’

Maksudnya: โ€œDan hiasilah al-Quran dengan suara-suara kamu.โ€
Riwayat al-Bukhari (792), [Lihat: Shahih al-Bukhari; 9/158]

Dan juga Rasulullah S.A.W bersabda:
ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู…ูู†ู‘ูŽุง ู…ูŽู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุชูŽุบูŽู†ู‘ูŽ ุจูุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู"โ€Œโ€Œโ€.โ€ ูˆูŽุฒูŽุงุฏูŽ ุบูŽูŠู’ุฑูู‡ู โ€"ูŠูŽุฌู’ู‡ูŽุฑู ุจูู‡ู"

Maksudnya: โ€œBukan dari kalangan kami mereka yang tidak memperindahkan bacaan al-Quranโ€. Sebahagian yang lain menyebut โ€menyaringkannyaโ€.
Riwayat al-Bukhari (7527)

Maksud umum yang boleh kita fahami dari kedua-dua hadith ini dan juga pada ayat al-Quran di atas, bahawa Islam menuntut umatnya yang membaca al-Quran agar membacanya dengan bacaan yang baik lagi elok, dan boleh juga kita fahami bahawa Islam menyuruh kita agar membaca al-Quran dengan bertajwid.

Tajwid dari sudut bahasa ialah menjadikan sesuatu itu baik dan elok (lawan kepada buruk). Manakala dari sudut istilah p**a ia bermakna memberikan atau meletakkan setiap satu huruf apa yang patut baginya (haknya) dari segi sifat-sifat huruf seperti menyatakan atau menyembunyikan, dan juga apa yang dimestikan baginya dari segi apa yang terhasil daripada sifat-sifat itu seperti tebal, nipis dan sebagainya. [Lihat: al-Mausuโ€™ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; 10/177].

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, tajwid ialah sebutan atau lafaz yang betul dan sedap didengar. Imam Ibn al-Jazari berkata:
ููŽุงู„ุชู‘ูŽุฌู’ูˆููŠุฏู ู‡ููˆูŽ ุญูู„ู’ูŠูŽุฉู ุงู„ุชู‘ูู„ูŽุงูˆูŽุฉูุŒ ูˆูŽุฒููŠู†ูŽุฉู ุงู„ู’ู‚ูุฑูŽุงุกูŽุฉูุŒ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุฅูุนู’ุทูŽุงุกู ุงู„ู’ุญูุฑููˆูู ุญูู‚ููˆู‚ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุชูŽุฑู’ุชููŠุจูู‡ูŽุง ู…ูŽุฑูŽุงุชูุจูŽู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุฑูŽุฏู‘ู ุงู„ู’ุญูŽุฑู’ูู ุฅูู„ูŽู‰ ู…ูŽุฎู’ุฑูŽุฌูู‡ู ูˆูŽุฃูŽุตู’ู„ูู‡ูุŒ ูˆูŽุฅูู„ู’ุญูŽุงู‚ูู‡ู ุจูู†ูŽุธููŠุฑูู‡ู ูˆูŽุชูŽุตู’ุญููŠุญู ู„ูŽูู’ุธูู‡ู ูˆูŽุชูŽู„ู’ุทููŠูู ุงู„ู†ู‘ูุทู’ู‚ู ุจูู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุญูŽุงู„ู ุตููŠุบูŽุชูู‡ูุŒ ูˆูŽูƒูŽู…ูŽุงู„ู ู‡ูŽูŠู’ุฆูŽุชูู‡ู ; ู…ูู†ู’ ุบูŽูŠู’ุฑู ุฅูุณู’ุฑูŽุงูู ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุนูŽุณู‘ููู ูˆูŽู„ูŽุง ุฅููู’ุฑูŽุงุทู ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽูƒูŽู„ู‘ููู

Maksudnya: Tajwid adalah perhiasan bagi tilawah (bacaan), iaitu memberikan huruf-huruf hak mereka dan susunan mereka berdasarkan kedudukan mereka, dan meletakkan atau memulangkan huruf pada tempat keluarnya dan pada asalnya, dan melampirkannya dengan apa yang seumpamanya, dan membetulkan lafaznya, dan melembutkan sebutannya berdasarkan kepada bentuknya, dan juga keadaannya, tanpa melebih-lebih dan juga terkurang.
[Lihat: al-Nasyru fi al-Qiraโ€™at al-โ€˜Asyr; 1/212]

Tartil dan Tajwid

Tartil dari sudut istilah ialah meraikan tempat keluarnya huruf dan menjaga tempat berhentinya, dikatakan juga bahawa tartil adalah merendahkan suara dan bersedih dengan bacaan (al-Quran). [Lihat: al-Taโ€™rifat; hlm.55].

Perbezaan antara tajwid dan tartil adalah tartil merupakan salah satu cara tajwid, tajwid merangkumi sifat-sifat huruf dan apa yang dimestikan pada setiap sifat tersebut, manakala tartil lebih kepada meraikan makhraj (tempat keluar) huruf dan menjaga tempat berhenti supaya tidak bercampur sebutan huruf disebabkan bacaan yang laju. [Lihat: al-Mausuโ€™ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; 10/178].

Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid
Mempelajari ilmu tajwid merupakan fardhu kifayah, yakni jika ada sebahagian sudah mempelajarinya, maka gugur kewajipan ke atas mereka yang lain, namun membaca al-Quran dengan bertajwid merupakan suatu kelaziman dan kemestian, dengan kata sesiapa yang tidak menjaga tajwid ketika membacanya maka berdosalah dia. [Lihat: Fathu Rabb al-Bariyyah Syarh al-Muqaddimah al-Jazariyyah fi โ€˜Ilm al-Tajwid; 1/49].

Terdapat perbezaan pandangan ulamaโ€™ terdahulu bersama ulamaโ€™ kontemporari, di mana ulamaโ€™ terdahulu mewajibkan orang Islam untuk mempelajari asas tajwid dan berdosa sekiranya meninggalkannya, dan asas tajwid ini adalah yang berkaitan dengan penjagaan huruf (dari sudut yang boleh mengubah struktur ayat dan juga maknanya) atau yang berkaitan selain darinya seperti hukum idgham, idzhar dan sebagainya.

Namun, ulamaโ€™ masa kini memperincikan lebih lagi kepada wajib syarโ€™ie dan wajib sinaโ€™ie. Wajib syarโ€™ie di sini adalah kewajipan mempelajari asas tajwid yang jika ditinggalkan boleh membawa kepada perubahan makna atau kerosakan pada makna. Adapun wajib sinaโ€™ie p**a adalah apa yang diwajibkan ke atas ahli ilmu tersebut untuk menyempurnakan lagi bacaan al-Quran, dan ia adalah sepertimana yang disebut oleh para ulamaโ€™ dalam kitab-kitab tajwid seperti idgham, ikhfaโ€™ dan sebagainya, dan jenis ini jika ia ditinggalkan daripada mempelajarinya tidaklah berdosa. [Lihat: al-Mausuโ€™ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; 10/179].

Syeikh โ€˜Ali al-Qari berkata:
ููŽูŠูŽู†ู’ุจูŽุบููŠ ุฃูŽู†ู’ ุชูุฑูŽุงุนูŽู‰ ุฌูŽู…ููŠุนู ู‚ูŽูˆูŽุงุนูุฏูู‡ูู…ู’ ูˆูุฌููˆุจู‹ุง ูููŠู…ูŽุง ูŠูŽุชูŽุบูŽูŠู‘ูŽุฑู ุจูู‡ู ุงู„ู’ู…ูŽุจู’ู†ูŽู‰ ูˆูŽูŠูŽูู’ุณูุฏู ุงู„ู’ู…ูŽุนู’ู†ูŽู‰ุŒ ูˆูŽุงุณู’ุชูุญู’ุจูŽุงุจู‹ุง ูููŠู…ูŽุง ูŠูŽุญู’ุณูู†ู ุจูู‡ู ุงู„ู„ู‘ูŽูู’ุธู ูˆูŽูŠูุณู’ุชูŽุญู’ุณูŽู†ู ุจูู‡ู ุงู„ู†ู‘ูุทู’ู‚ู ุญูŽุงู„ ุงู„ู’ุฃูŽุฏูŽุงุกู.
Maksudnya: Maka hendaklah meraikan semua kaedah-kaedahnya (makhraj huruf dan sifatnya) secara wajib pada apa yang boleh mengubah struktur ayat atau merosakkan makna, dan sunat pada apa yang dapat mengelokkan lafaz dan sebutan ketika membacanya.
[Lihat: al-Minah al-Fikriyyah fi Syarh al-Muqaddimah al-Jazariyyah hlm.112]

Hukum Membaca al-Quran dengan Bertajwid
Imam al-Jazari menukilkan dalam matannya yang terkenal:
ูˆูŽุงู„ุฃูŽุฎู’ุฐู ุจูุงู„ุชู‘ูŽุฌู’ูˆููŠุฏู ุญูŽุชู’ู…ูŒ ู„ุงุฒูู…ู ... ู…ูŽู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูุฌูŽูˆู‘ูุฏู ุงู„ู’ู‚ูุฑูŽุขู†ูŽ ุขุซูู…ู

Maksudnya: Dan mengambil (membaca) dengan tajwid adalah wajib, barangsiapa yang tidak memperelokkan al-Quran (bacaannya) maka dia berdosa.
[Lihat: al-Muqaddimah al-Jazariyyah; hlm. 11]

Ibn al-Jazari berkata ketika mensyarahkan matan bapanya:
ูˆุฐู„ูƒ ูˆุงุฌุจ ุนู„ู‰ ู…ู† ูŠู‚ุฏุฑ... ู„ุฃู† ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ุฃู†ุฒู„ ุจู‡ ูƒุชุงุจู‡ ุงู„ู…ุฌูŠุฏ ูˆูˆุตู„ ู…ู† ู†ุจูŠู‡ ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ู…ุชูˆุงุชุฑุง ุจุงู„ุชุฌูˆูŠุฏ ู‚ูˆู„ู‡: (ู…ู† ู„ู… ูŠุตุญุญ ุงู„ู‚ุฑุขู†) ุฃูŠ ู…ู† ู„ู… ูŠุตุญุญ ุงู„ู‚ุฑุขู† ู…ุน ู‚ุฏุฑุชู‡ ุนู„ู‰ ุฐู„ูƒ ูู‡ูˆ ุขุซู… ุนุงุต

Maksudnya: Kewajipan ini adalah pada mereka yang mampu,โ€ฆkerana Allah S.W.T menurunkan kitabNya dan telah sampai (kepada kita) daripada NabiNya S.A.W dengan bertajwid secara mutawatir, dan pada ayat barangsiapa yang tidak membaca al-Quran dengan baik sedangkan dia mampu, maka dia berdosa dan telah melakukan kemaksiatan.
[Lihat: Syarh Toyyibatu al-Nasyr li Ibn al-Jazariyy; hlm.35]

Ini juga kerana wujudnya sebuah hadith Nabi Muhammad S.A.W:
ยซุงู„ู’ู…ูŽุงู‡ูุฑู ุจูุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู ู…ูŽุนูŽ ุงู„ุณู‘ูŽููŽุฑูŽุฉู ุงู„ู’ูƒูุฑูŽุงู…ู ุงู„ู’ุจูŽุฑูŽุฑูŽุฉูุŒ ูˆูŽุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูŠูŽู‚ู’ุฑูŽุฃู ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ูˆูŽูŠูŽุชูŽุชูŽุนู’ุชูŽุนู ูููŠู‡ูุŒ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุดูŽุงู‚ู‘ูŒุŒ ู„ูŽู‡ู ุฃูŽุฌู’ุฑูŽุงู†ูยป

Maksudnya: Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran bersama al-Safarah al-Kiram al-Bararah dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran.
Riwayat Muslim (798)

Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa dua ganjaran yang diperolehi itu adalah kerana pertamanya bagi pembacaannya itu dan yang keduanya disebabkan kepayahannya dalam membaca al-Quran. [Lihat: Syarh al-Nawawi โ€˜ala Muslim; 6/84-85].

Penutup

Kesimp**annya, membaca al-Quran dengan bertajwid adalah wajib. Lantaran itu, bagi sesiapa yang ingin membaca al-Quran, wajib ke atasnya mempelajari ilmu tajwid yang asas dan ini bagi mengelakkan dari tersilap ketika membaca yang boleh membawa kepada perubahan lafaz dan makna sedangkan keduanya adalah kesalahan yang besar dalam pembacaan al-Quran. Ini juga berdasarkan kepada kaedah:
ู…ุง ู„ุง ูŠุชู… ุงู„ูˆุงุฌุจ ุฅู„ุง ุจู‡ ูู‡ูˆ ูˆุงุฌุจ

Maksudnya: Sesuatu kewajipan yang tidak dapat disempurnakan melainkan dengan sesuatu perkara, maka perkara tersebut juga menjadi wajib.

Adapun mempelajari ilmu tajwid secara mendalam dalam bidang, maka ia merupakan fardhu kifayah. Jika ada seorang atau sebahagian dari masyarakat telah mempelajarinya, maka gugur kewajipan ke atas mereka yang lain. Namun, jika tiada yang mempelajarinya, maka semua menanggung dosa atas sebab meninggalkan kewajipan tersebut.

Akhir kalam, kami menasihati orang ramai agar mempelajari ilmu tajwid agar al-Quran dapat dibaca dengan baik dan elok. Sebaiknya jadikan hadith โ€˜Aisyah R.A seperti yang dinyatakan di atas dijadikan sebagai sumber motivasi bagi menggalakkan diri untuk membaca al-Quran lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang berkemahiran di samping melihat juga pada ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W lain yang banyak menceritakan kelebihan dan juga faedah bagi mereka si pembaca al-Quran. Ambillah juga faedah daripada salah satu hadith Nabi S.A.W:
ุฎูŽูŠู’ุฑููƒูู…ู’ ู…ูŽู†ู’ ุชูŽุนูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ู‘ูŽู…ูŽู‡ู

Maksudnya: Sebaik-baik kalian adalah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.
Riwayat al-Bukhari (5027)

Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami agamaNya, menjadikan kita tergolong dalam golongan orang yang mencintakan al-Quran, moga Allah S.W.T memberikan keringanan dan keikhlasan kepada kita dalam beribadah kepadaNya dan juga memberkati segala amal perbuatan kita.
Wallahu'alam.

Sumber :

Assalamualaikum w.b.t Saya ingin bertanyakan satu soalan kepada Datuk, apakah hukumnya bagi seseorang itu membaca al-Quran dengan bertajwid? Adakah ia wajib? Mohon pencerahan Datuk. Terima kasih.

Cik Ika target untuk khatam Al-Quran dengan pantauan bacaan dari tutor  kelas mengaji  Bright Minds Solution sebelum Ram...
21/11/2023

Cik Ika target untuk khatam Al-Quran dengan pantauan bacaan dari tutor kelas mengaji Bright Minds Solution sebelum Ramadhan akan datang.

Tutor kelas mengaji di BMS tidak hanya ajar mengaji dan dengar bacaan pelajar , tapi juga akan ajar hukum tajwid supaya pelajar dapat kuasai bacaan Al-Quran dengan baik dan dapat baca dengan tartil dan bertajwid.

"Dan bacalah Al-Quran dengan tartil" (QS Al Muzzammil , ayat 4)


JOM BELAJAR MENGAJI DENGAN TEKNIK BERKESAN DAN PERBETULKAN BACAAN TAJWIDSebelum ni mengaji tersekat-sekat, huruf pun sel...
21/11/2023

JOM BELAJAR MENGAJI DENGAN TEKNIK BERKESAN DAN PERBETULKAN BACAAN TAJWID

Sebelum ni mengaji tersekat-sekat, huruf pun selalu keliru.

Nak pandai mengaji, tapi takut tak boleh bagi komitmen jadual kelas?

Nak mahir Al-quran, tapi tak jumpa guru yang sesuai? Malu nak mengaji depan kawan-kawan sebab bacaan masih tak lancar.

Jangan risau! kami BOLEH SELESAIKAN MASALAH ANDA.

๐ŸŽ“ KELAS QURAN DEWASA BERSAMA BRIGHT MIND SOLUTIONS

โ˜˜ Teknik pengajaran secara berkump**an & perseorangan
๐Ÿ€ Kelas Secara Berkump**an , sesi untuk 6 - 10 orang atau sesi untuk 3 - 5 orang sahaja
๐Ÿ€ Kelas Secara Perseorangan
โ˜˜ Hari dan masa yang fleksibel
โ˜˜ 100% perhatian
โ˜˜ Tenaga pengajar yang berdedikasi
โ˜˜ Perkongsian motivasi tentang Islam
โ˜˜ Pelajari tajwid dengan mudah
โ˜˜ Terbuka kepada pembelajaran iqra', muqaddam dan Al-Quran!

๐ŸŽŠPERCUMA E-BOOK TAJWID MUDAH๐ŸŽŠ
๐ŸŽŠPERCUMA E-BOOK TAJWID MUDAH๐ŸŽŠ
๐ŸŽŠPERCUMA E-BOOK TAJWID MUDAH๐ŸŽŠ

Tunggu apa lagi ? Daftar sekarang !!

WhatsApp ๐Ÿ“ฒ
Atau boleh Klik Link WhatsApp di bawah untuk sebarang pertanyaan ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
www.wasap.my/60165226645/NakDaftarMengajiDewasaPromo

Address

Sulaman Sentral
Tuaran
88450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bright Minds Solution posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Bright Minds Solution:

Shortcuts

Share