Sekolah Kebangsaan Termunong

Sekolah Kebangsaan Termunong Selamat Datang ke Laman Facebook Rasmi SK Termunong

13/05/2026

Kursus Kepimpinan Pemimpin Kecil SK Termunong Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Mei 2026 melibatkan penyertaan barisan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas sekolah.

Program ini dianjurkan bagi memperkukuh nilai kepimpinan, disiplin, sahsiah serta semangat kerjasama dalam kalangan murid. ๐Ÿ’ก๐Ÿคโœจ

Diharapkan kursus ini dapat melahirkan pemimpin muda yang berwibawa, bertanggungjawab dan berupaya menjadi contoh teladan kepada seluruh warga sekolah. ๐ŸŒŸ๐ŸŽ“๐Ÿ‘

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN KECIL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026 ๐ŸŒŸ๐Ÿ“š๐Ÿ‘ฅ  Kursus Kepimpinan Pemimpin Kecil SK Termunong Tahun 2...
13/05/2026

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN KECIL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026 ๐ŸŒŸ๐Ÿ“š๐Ÿ‘ฅ

Kursus Kepimpinan Pemimpin Kecil SK Termunong Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Mei 2026 melibatkan penyertaan barisan pemimpin kecil sekolah. Program ini dianjurkan bagi memperkukuh nilai kepimpinan, disiplin, sahsiah serta semangat kerjasama dalam kalangan murid. ๐Ÿ’ก๐Ÿคโœจ

Diharapkan kursus ini dapat melahirkan pemimpin muda yang berwibawa, bertanggungjawab dan berupaya menjadi contoh teladan kepada seluruh warga sekolah ๐ŸŽ“๐Ÿ‘




PENYAMPAIAN SIJIL MURID BACAAN TERBANYAK SEMPENA PROGRAM GALAKAN MEMBACA SK TERMUNONG ๐Ÿ“šโœจPada perhimpunan rasmi pagi ini,...
11/05/2026

PENYAMPAIAN SIJIL MURID BACAAN TERBANYAK SEMPENA PROGRAM GALAKAN MEMBACA SK TERMUNONG ๐Ÿ“šโœจ

Pada perhimpunan rasmi pagi ini, telah berlangsung sesi penyampaian sijil kepada murid yang mencatat rekod bacaan terbanyak sempena Program Galakan Membaca SK Termunong sebagai penghargaan atas usaha dan komitmen dalam membudayakan amalan membaca.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada minat membaca dalam kalangan murid serta melahirkan generasi yang berilmu dan berdaya saing.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima sijil. โœจ




08/05/2026
BENGKEL PENULISAN KAJIAN TINDAKAN & INOVASI SK TERMUNONG โœ๏ธ๐Ÿ“š  SK Termunong telah mengadakan Bengkel Penulisan Kajian Tin...
08/05/2026

BENGKEL PENULISAN KAJIAN TINDAKAN & INOVASI SK TERMUNONG โœ๏ธ๐Ÿ“š

SK Termunong telah mengadakan Bengkel Penulisan Kajian Tindakan & Inovasi pada 7 Mei 2026 bertempat di J&S Event Hall, Plaza Legacy Laya-Laya bagi memperkukuh pengetahuan dan kemahiran guru dalam kajian tindakan serta inovasi pendidikan.

Bengkel ini menampilkan dua penceramah jemputan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran iaitu Pn. Valentina Edwin, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan dan Dr. Asnia Binti Kadir, Pegawai Cemerlang SISC+ Unit Sains Sosial, Sektor Pembelajaran.

Semoga program ini dapat memberi manfaat dan menjadi pemangkin kepada budaya kajian tindakan serta inovasi dalam kalangan warga pendidik SK Termunong. ๐ŸŒŸ




PELANCARAN KEMPEN ZERO WASTE ๐ŸŒฟ  โ€œGaya Hidup Hijau, Bumi Kita Terpeliharaโ€  Pelancaran Kempen Zero Waste telah dilaksanak...
04/05/2026

PELANCARAN KEMPEN ZERO WASTE ๐ŸŒฟ

โ€œGaya Hidup Hijau, Bumi Kita Terpeliharaโ€

Pelancaran Kempen Zero Waste telah dilaksanakan pada perhimpunan rasmi mingguan hari ini dengan jayanya. Kempen ini bertujuan memupuk amalan gaya hidup mesra alam dalam kalangan warga sekolah.

Antara aktiviti utama kempen ini ialah murid digalakkan membawa bekas makanan dan minuman sendiri semasa membeli di kantin bagi mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga usaha ini memberi manfaat kepada semua. ๐ŸŒโœจ




TAHNIAH TEAM PUNGKAD RUGGERS ๐Ÿ‰๐ŸŽ‰Tahniah diucapkan kepada Team Pungkad Ruggers atas kejayaan muncul sebagai NAIB JOHAN FIN...
27/04/2026

TAHNIAH TEAM PUNGKAD RUGGERS ๐Ÿ‰๐ŸŽ‰

Tahniah diucapkan kepada Team Pungkad Ruggers atas kejayaan muncul sebagai NAIB JOHAN FINAL SHIELD dalam KEJOHANAN RAGBI SELUPOH 7S PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026.

Penghargaan turut diberikan kepada jurulatih dan pengurus pasukan atas komitmen serta bimbingan yang berterusan. Pencapaian ini mencerminkan semangat berpasukan, disiplin dan usaha gigih sepanjang latihan dan kejohanan berlangsung.

Semoga terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah! ๐Ÿ‘๐Ÿ”ฅ




TAHNIAH ADIK ADRIANAH SHAKIEYRAH BINTI MOHD LEXLUGER ๐Ÿฅ‡  Adik Adrianah telah berjaya meraih PINGAT EMAS dalam KATEGORI KY...
27/04/2026

TAHNIAH ADIK ADRIANAH SHAKIEYRAH BINTI MOHD LEXLUGER ๐Ÿฅ‡

Adik Adrianah telah berjaya meraih PINGAT EMAS dalam KATEGORI KYORUGI sempena TAEKWONDO CHAMPIONSHIP โ€œRISE OF THE FEARLESS FIGHTERSโ€ PERINGKAT NEGERI yang telah diadakan pada 18โ€“19 April 2026, anjuran SK Malawa, Kota Kinabalu dan bertempat di 1 Borneo Hypermall, Sabah.

Kejayaan ini mencerminkan disiplin, usaha gigih serta semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan. Diharapkan pencapaian ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain dan pemangkin untuk terus mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Syabas dan tahniah diucapkan.




๐Ÿšจ Latihan Kebakaran dan KecemasanSatu latihan kebakaran dan kecemasan telah berjaya dilaksanakan pada 15 April 2026 di S...
16/04/2026

๐Ÿšจ Latihan Kebakaran dan Kecemasan

Satu latihan kebakaran dan kecemasan telah berjaya dilaksanakan pada 15 April 2026 di SK Termunong Tuaran bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Tuaran yang memberikan tunjuk ajar serta pendedahan berkaitan langkah keselamatan kebakaran.




Address

Tuaran
89208

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:00
Tuesday 07:00 - 16:00
Wednesday 07:00 - 16:00
Thursday 07:00 - 16:00
Friday 07:00 - 16:00

Telephone

+6088791755

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Termunong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category