Pondok Ehya At-Turath Al-Islami

Pondok Ehya At-Turath Al-Islami Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pondok Ehya At-Turath Al-Islami, School, Jalan Trong, Trong.

09/04/2026
๐Ÿ“ข MAKLUMAN RASMIDimaklumkan bahawa semua kelas pengajian diPondok Ehyaโ€™ At-Turath Al-Islami akan bermula semula seperti ...
30/03/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN RASMI

Dimaklumkan bahawa semua kelas pengajian di
Pondok Ehyaโ€™ At-Turath Al-Islami akan bermula semula seperti berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: Rabu
๐Ÿ—“๏ธ 1 April 2026

Sekian, terima kasih.

21/03/2026
๐ŸŒ™ ATURCARA SOLAT SUNAT AIDILFITRI 2026๐Ÿ“… Tarikh: 1 Syawal 1447HSABTU21 MAC 2026๐Ÿ“ Tempat:Masjid Pondok Ehya At-Turath Al-I...
20/03/2026

๐ŸŒ™ ATURCARA SOLAT SUNAT AIDILFITRI 2026
๐Ÿ“… Tarikh: 1 Syawal 1447H
SABTU
21 MAC 2026

๐Ÿ“ Tempat:
Masjid Pondok Ehya At-Turath Al-Islami

โฐ Aturcara:
8:00 pagi
โžก๏ธ Ketibaan jemaah & persediaan solat dan bertasbih Takbir Raya
8:45 pagi
โžก๏ธ Solat Sunat Aidilfitri berjemaah
Rakaat pertama: 7 kali takbir
Rakaat kedua: 5 kali takbir.

Bersurai & sesi bermaafan-

๐Ÿ•Œ Nota Penting:
Digalakkan mandi sunat Aidilfitri sebelum hadir
Memakai pakaian terbaik & bersih
Bertakbir sepanjang perjalanan ke tempat solat
Disunatkan makan terlebih dahulu sebelum ke solat Aidilfitri

๐Ÿ“ข MAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2026PONDOK EHYAโ€™ AT-TURATH AL-ISLAMIAssalamuโ€™alaikum WBT. Dimaklumkan bahawa Pondok...
18/03/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2026
PONDOK EHYAโ€™ AT-TURATH AL-ISLAMI

Assalamuโ€™alaikum WBT. Dimaklumkan bahawa Pondok akan tutup
bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada ketetapan berikut:

๐Ÿ“… MULA CUTI: 18 MAC 2026 (Rabu)
๐Ÿ“… TAMAT CUTI: 31 MAC 2026 (Selasa)
๐Ÿšช KEMBALI BEROPERASI: 01 APRIL 2026 (Rabu)

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin"
Semoga perjalanan p**ang ke kampung halaman dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi.
Semoga Syawal ini membawa seribu keberkatan, kegembiraan, dan kedamaian buat anda sekeluarga.
Semoga ikatan ukhwah terus erat, segala khilaf dimaafkan,
dan raya tahun ini mengukir kenangan terindah.
Selamat bergembira bersama yang tersayang!

๐Ÿ“Œ Harap maklum. Terima kasih.



Zakat Fitrah MenyucikanุนูŽู†ู’ ุงุจู’ู†ู ุนูŽุจู‘ูŽุงุณู ู‚ูŽุงู„ูŽ ููŽุฑูŽุถูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุฒูŽูƒูŽุงุฉูŽ ุงู„ู’ููุท...
16/03/2026

Zakat Fitrah Menyucikan

ุนูŽู†ู’ ุงุจู’ู†ู ุนูŽุจู‘ูŽุงุณู ู‚ูŽุงู„ูŽ ููŽุฑูŽุถูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุฒูŽูƒูŽุงุฉูŽ ุงู„ู’ููุทู’ุฑู ุทูู‡ู’ุฑูŽุฉู‹ ู„ูู„ุตู‘ูŽุงุฆูู…ู ู…ูู†ู’ ุงู„ู„ู‘ูŽุบู’ูˆู ูˆูŽุงู„ุฑู‘ูŽููŽุซู ูˆูŽุทูุนู’ู…ูŽุฉู‹ ู„ูู„ู’ู…ูŽุณูŽุงูƒููŠู†ู ู…ูŽู†ู’ ุฃูŽุฏู‘ูŽุงู‡ูŽุง ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉู ููŽู‡ููŠูŽ ุฒูŽูƒูŽุงุฉูŒ ู…ูŽู‚ู’ุจููˆู„ูŽุฉูŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุฃูŽุฏู‘ูŽุงู‡ูŽุง ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉู ููŽู‡ููŠูŽ ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉูŒ ู…ูู†ู’ ุงู„ุตู‘ูŽุฏูŽู‚ูŽุงุชู

Daripada Ibnu Abbas RA berkata, Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin. Sesiapa yang membayar zakat fitrah sebelum solat (Aidil Fitri) maka ia adalah zakat yang diterima (oleh Allah) baginya. Sesiapa yang membayarnya selepas solat (Aidil Fitri) maka ia adalah sedekah seperti sedekah biasa. (Sunan Abi Daud No: 1609) Maktabah Asriyyah Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Zakat fitrah adalah salah satu ibadah yang dituntut dalam Islam.

2. Zakat fitrah menjadi pembersih (penampal kekurangan puasa seseorang sepanjang Ramadhan) yang disebabkan oleh perbuatannya yang mungkin sia-sia atau perkataannya yang mungkin kotor. Dengan membayar zakat fitrah, amalan seseorang di sepanjang bulan Ramadhan kembali bersih seperti salji putih.

3. Zakat fitrah bertujuan membantu golongan yang memerlukan antaranya untuk memastikan orang miskin mendapat makanan yang secukupnya agar dengan itu mereka dapat meraikan Aidil Fitri dalam suasana kecukupan bersama seluruh umat Islam yang lain. Islam tidak ingin melihat di hari pertama Syawal ada orang yang meminta-minta padahal di kalangan umat Islam ada yang meraikannya dalam suasana kecukupan.

4. Zakat fitrah boleh dibayar bermula dari 1hb Ramadhan sehingga sebelum solat Sunat Aidil Fitri pada 1hb Syawal sama ada secara online mahupun kepada amil yang dilantik.

5. Zakat fitrah yang dikeluarkan selepas solat sunat hari raya Aidil fitri tidak menjadi zakat tetapi hanya menjadi sedekah biasa. Orang tersebut tetap menanggong dosa kerana tidak membayar zakat.

6. Golongan yang wajib membayar zakat fitrah adalah yang memenuhi syarat berikut:

a. Islam

b. Hidup ketika terbenam matahari pada hari terakhir Ramadhan iaitu ia sempat bertemu dengan juzuk terakhir Ramadhan dan juzuk terawal Syawal.

c. Orang yang mampu, mempunyai lebihan harta pada malam hari raya dan juga siangnya setelah ditolak belanja keperluan diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya (termasuklah binatang peliharaannya) merangkumi makanan, pakaian, sewa rumah dan juga hutang. Walaupun nilai lebihan hanya bernilai cukup untuk zakat contohnya RM 10.00. Jika tidak mempunyai lebihan harta yang mencukupi untuk membayar harga zakat yang ditetapkan maka tidak wajib ia mengeluarkan zakat fitrah

Moga zakat fitrah yang dikeluarkan akan menjadi penampal kekurangan ibadat puasa kita. Bagi yang wajib mengeluarkan zakat harta, jangan terlupa nak bayar zakat harta p**a.

Rebut Pahala Bersihkan Jiwa

https://t.me/hadisharian_ikram

"Mulakan hari kita dengan senyuman, nescaya dunia akan tersenyum kembali kepada kita"
24/02/2026

"Mulakan hari kita dengan senyuman, nescaya dunia akan tersenyum kembali kepada kita"

Address

Jalan Trong
Trong
34850

Telephone

+60123391478

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Ehya At-Turath Al-Islami posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pondok Ehya At-Turath Al-Islami:

Shortcuts

Share

Category