16/09/2025
Ramai orang baru bermula ternak kambing teruja bila nampak harga murah, terutama apabila ditawarkan kambing Siam / Thailand semurah RM250–350 seekor.
Hakikatnya, harga tu tak logik langsung kalau ikut kiraan kos sebenar,
a. Kos operasi & makanan di ladang asal dah tinggi. Andaian kos makanan dan upah purata RM1.00 sehari, berapa p**a kos setahun?
b. Kos logistik & pengangkutan (dari Thailand ke Malaysia) juga bukan murah.
c. Kos kuarantin & permit sah di sempadan lagi menambah beban.
Kalau semua kos ini benar-benar ditanggung, mustahil kambing boleh sampai ke tangan penternak pada harga begitu rendah. Adakah harga petrol/diesel di sana lebih murah?
Jadi, kebiasaannya kambing harga murah itu:
a. Kambing tua – dah tak produktif, hanya layak sembelih.
b. Mandul – tak boleh buat baka.
c. Berpenyakit – contoh penyakit berbahaya seperti brucellosis (brocela), PPR, orf, cacing hati.
d. Pembawa penyakit zoonotik – boleh pindah ke manusia. Risikonya,
i. Lelaki boleh terjejas kesuburan
ii. Perempuan mengandung boleh gugur.
iii. Orang sihat pun boleh demam berulang, sendi sakit, antibodi terganggu.
Nasihat praktikal untuk penternak,
a. Jangan beli kambing tanpa dokumen sah – mesti ada permit masuk & rekod ujian darah.
b. Pilih pembekal berlesen – yang ada track record, bukan “jual belakang lori”. Beli dari kandang berdaftar JPVM
c. Utamakan kesihatan, bukan murah semata-mata – kambing sihat pelaburan jangka panjang.
d. Kalau untuk baka, pastikan ada sijil & rekod kesihatan.
e. Kalau untuk korban/akikah, pastikan disahkan sihat & cukup umur.
Harga seekor kambing luar biasa murah, besar kemungkinan ada muslihat. Dalam dunia ternakan, pepatah kata,
“Kerana nak murah hari ini, esok rugi sekandang.”
Pertanyaan Kursus : 017-731 2188