الساحة الفلفلانية Al-Sahah Al-Filfilaniyyah

الساحة الفلفلانية Al-Sahah Al-Filfilaniyyah Ahmad Hafiz bin Ali Makdom
Dip.

Pengajian Islam (Usuluddin) - UniSZA (14-16)
BA/S1 Pengajian Islam (Usuluddin) - UniSZA (16-19)
MA/S2 Pengajian Islam (Mantik) - UniSZA (19-25)
Calon PhD/S3 Pengajian Islam (Metodologi Pendalilan Kalam) - UniSZA (26)

18/08/2026

InsyaAllah, pengajian waktu Subuh iaitu Mughith al-Nida Sharh Qatr al-Nada, Hashiyah al-Bajuri 'ala al-Sullam, al-Kawakib al-Durriyyah & Al-Fawakih al-Janiyyah akan sampai separuh pada penghujung bulan Ogos ini. Kemudian, kita akan bertahlil & buat majlis khatam separuh juzuk bagi setiap kitab di akhir majlis. Kemudian, kita akan bercuti sekejap pada tanggal 27-30 Ogos 2026. Mudah-mudahan dapat baca khatam hingga akhir. Khatam keempat-empat kitab yang barakah InsyaAllah akan datang tafaqquh trio Hawashi al-Qatr iaitu baca Hashiyah al-Suja'i, al-Fishi & al-Alusi 'ala Sharh Qatr al-Nada Ibn Hisham. Selepas khatam 3 hawashi 'ala al-Qatr ini barulah baca Hashiyah Dadahchonki 'ala Sharh al-Taftazani, Hashiyah Sayf al-Ghullab 'ala Mughni al-Tullab, Sharh Alfiyyah Shaykh Khatib Shirbini & Hashiyah Manar al-Huda 'ala Mujib al-Nida Sharh al-Qatr. Harap maklum. Doakan saya berjaya.

Dulu waktu ngaji syarah Sullam bila baca bayjuri sullam wallahi tak faham apa atau faham hanya sedikit sangat aqollul qa...
18/08/2026

Dulu waktu ngaji syarah Sullam bila baca bayjuri sullam wallahi tak faham apa atau faham hanya sedikit sangat aqollul qalil. Bila dah nampak, baca bayjuri sullam, wallahi bayjuri ala sharah mukhtasar sanusi fil mantiq ini lagi payah dari bayjuri sullam. Nak baca hat ni kena lepas habis dulu bayjuri sullam. InsyaAllah suatu hari baca di page Hashiyah yang berkat ini.

17/08/2026

مجلس ٥١
حاشية الباجوري على السلم للعلامة إبراهيم الباجوري رحمه الله تعالى

17/08/2026

مجلس ٥٣
مغيث الندا شرح قطر الندى للعلامة محمد الخطيب الشربيني رحمه الله تعالى

17/08/2026

مجلس ١٩
إيدامن فننتوت فد مغهورايكن يغ كوسوت للحاج عبد الغني رحمه الله تعالى
سوراو كيت

Majlis ke-19 hari ini bacaan kitab Ghayah al-Muna Sharh Safinah al-Naja.Sharih menceritakan berkenaan dengan kejahatan m...
17/08/2026

Majlis ke-19 hari ini bacaan kitab Ghayah al-Muna Sharh Safinah al-Naja.

Sharih menceritakan berkenaan dengan kejahatan mujassimah pada zaman Imam Ibn Jarir al-Tabari رحمه الله تعالى & Sultan al-Ulama al-'Iz bin Abd al-Salam رحمه الله تعالى.

Kump**an Mujassimah telah menghasut orang awam supaya membantah Imam Ibn Jarir al-Tabari رحمه الله تعالى sehinggakan rumahnya dibaling batu & dikepung orang ramai di sekeliling rumahnya.

Sehingga beliau wafat dalam keadaan perlu disimpan mayatnya di dalam rumah sendiri kerana takut akan mencarik maruah beliau dengan apa yang manusia buat kepadanya jika dikeluarkan jenazah beliau daripada rumahnya.

Mujassimah juga menghasut pemerintah Mesir supaya membunuh Shaykh al-'Iz bin Abd al-Salam رحمه الله تعالى. Beliau tidak berganjak sedikit pun malah beliau menerangkan mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah itu bagaimana.

Setelah penerangah tersebut, pemerintah Mesir ketika itu pun nampak perkara yang sebenar serta meminta maaf kepada beliau disebabkan pemerintah tersebut hampir membunuhnya tatkala dihasut oleh kump**an Mujassimah.

Sharih menjelaskan kepincangan fahaman kump**an Mujassimah terhadap nas al-Quran yang berkaitan rapat dengan ayat-ayat mutashabihat. Antaranya ialah ayat al-Quran لما خلقت بيدي.

Kump**an Mujassimah mengatakan Allah Ta'ala menciptakan nabi Adam 'alayhi al-Salam dengan anggota dua tangan Allah Ta'ala yang hakiki. Alasan syubhatnya ialah itulah cara Allah Ta'ala memuliakan nabi Adam 'Alayhi al-Salam.

Pendapat yang benar menurut Ahl al-Sunnah malah sebaliknya. Maksud ayat tersebut ialah Allah Ta'ala mencipta nabi Adam 'Alayhi al-Salam dengan sifat pekuasaNya.

Lagi p**a, Allah Ta'ala memuliakan nabi Adam 'Alayhi al-Salam dengan menciptakannya secara berasingan dengan ciptaanNya terhadap sekalian alam lain.

Kedua, Dia memuliakan nabi Adam 'Alayhi al-Salam dengan menciptakannya tanpa bapa & ibu sedangkan ada kebanyakan manusia yang diciptakan ada bapa & ibu & sebahagiannya diciptakan tanpa bapa seperti nabi Isa 'Alayhi al-Salam.

Oleh itu, tiada fahaman daripada ayat tersebut yang membawa maksud kepada dua tangan hakiki bagi Allah Ta'ala.

Intaha Ghayah al-Muna Sharh Safinah al-Naja.

Begitulah perjuangan para ulama dahulu dalam menegakkan akidah yang benar & membanteras akidah yang sesat seperti Mujassimah.

Perbahasan akidah dalam Ghayah al-Muna Sharh Safinah al-Naja amat panjang menunjukkan kepetingannya yang ditekankan oleh Sharih.

17/08/2026

مجلس ١٩
غاية المنى شرح سفينة النجا للشيخ محمد بن علي بن محمد باعطية رحمهم الله تعالى

17/08/2026

مجلس ١٦
حاشية الميهي على شرح الستين مسئلة للعلامة أحمد الميهي رحمه الله تعالى

16/08/2026

مجلس ١٢٩
الفواكه الجنية على المتممة الآجرومية للعلامة عبد الله الفاكهي رحمه الله تعالى

Address

Pusat Talaqqi Batu Rakit, Lot 4553, Kampung Pandu, Batu Rakit, 21020, Kuala Nerus, Terengganu
Terengganu
21020

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when الساحة الفلفلانية Al-Sahah Al-Filfilaniyyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category