28/07/2026
📚 KARNIVAL BUKU DAN SEMARAK JAWI 2026
🗓️ 27 Julai 2026 (Isnin)
Perpustakaan Ibnu Sina, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail (IPGKDRI) telah menghadiri Karnival Buku dan Semarak Jawi 2026 yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT). Program ini telah disertai oleh pensyarah dan staf IPGKDRI.
Sepanjang program, peserta telah mengikuti Slot Literasi Kewangan yang dikendalikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Cawangan Kuala Terengganu, yang memberi pendedahan mengenai pengurusan kewangan secara berhemah serta perancangan kewangan yang bijak.
Selain itu, rombongan turut mengunjungi pelbagai reruai pameran dan jualan buku yang menawarkan pelbagai bahan bacaan serta aktiviti berkaitan literasi, sekali gus menyemarakkan budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) serta AKPK Cawangan Kuala Terengganu atas penganjuran program yang bermanfaat dan penuh inspirasi.