14/03/2026
🌸PROGRAM IHYA' RAMADAN 🌸
HARI : SELASA
TARIKH : 10.03.2026
AGENDA :
1.Program Iftar Perdana PPYT Kuala Berang 2026
Program Iftar Perdana telah berjaya dilaksanakan sempena Program Ihya’ Ramadan hasil kolaborasi unit kokurikulum dengan penglibatan aktif warga sekolah. Program ini menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah serta menyemarakkan penghayatan Ramadan melalui aktiviti berbuka puasa secara berjemaah.
Suasana penuh kebersamaan dan kesyukuran ini secara tidak langsung memupuk nilai perpaduan, kerjasama serta semangat kebersamaan dalam kalangan murid dan warga sekolah. ✨