PASTI Nurul Yakin

PASTI Nurul Yakin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PASTI Nurul Yakin, Education, Kg. Padang Air, Tepoh.

Assalamualaikum wbtDimaklumkan oleh ayah kepada seorang pelajar PASTI Nurul Yakin, Padang Air bahawa anak beliau (Khayla...
27/10/2025

Assalamualaikum wbt

Dimaklumkan oleh ayah kepada seorang pelajar PASTI Nurul Yakin, Padang Air bahawa anak beliau (Khayla Elvina binti Mohd Khairulizan) 4 tahun, anak beliau mengalami masalah untuk makan & minum secara kebiasaan asbab daripada pembedahan kecil tonsil & kelenjar resdung pada 18 Oktober 2025 yang lepas. Difahamkan sehingga hari ini 27 Oktober 2025 masih belum sembuh seperti sediakala.

Jadi, kami bagi Pihak Pengurusan PASTI Nurul Yakin, ahli keluarga dan seluruh warga PASTI ingin memohon doa daripada kalian semua untuk sama-sama kita memohon ke hadrat Ilahi untuk mengangkat sakit dan memberi kesembuhan buat adik Khayla Elvina.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأسَ ، اشْفِ
هِ وَأَنْتَ الشَّافِى ،
لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
Allahumma Rabbannas, azhibil ba'sa, isyfihi wa Antas Syafi. La syifa'a illa syifa' uka. Syifaan la yughadiru saqama.

“Ya Allah Tuhan sekelian alam, hilangkanlah penyakitnya dan sembuhkanlah, Engkau adalah Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit (lain)."
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari]

Semoga doa ini tiada hijab disisi Allah..

Allah humma Aamiin 🌹

13/10/2025

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Menerima perkhabaran kematian En. Anwar Kamal bin Mohamed @ Ariffin suami kepada guru PASTI kami Cikgu Ziela pada jam 4.18 sebentar tadi.

اللَّهُـمَّ اغْفِـرْ لَهُ ، وَارْحَمْـهُ ، وَعَافِهِ ، وَاعْفُ عَنْـهُ.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga atas pemergian almarhum. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan keampunan buat almarhum.

Marilah sama-sama kita hadiahkan al-fatihah buat almarhum:
Al-Fatihah...
‎ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
‎آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...

🐘 Lawatan Sambil Belajar ke Perkampungan Gajah Tasik Kenyir (KECV) 🐘Sebelum cuti penggal yang lepas, kami sempat membawa...
26/09/2025

🐘 Lawatan Sambil Belajar ke Perkampungan Gajah Tasik Kenyir (KECV) 🐘

Sebelum cuti penggal yang lepas, kami sempat membawa anak-anak PASTI Nurul Yakin ke gajah. Kami berpeluang melawat Perkampungan Gajah Tasik Kenyir (KECV) dan pengalaman ini memang sangat menarik! 😍

Antara aktiviti menarik yang sempat kami buat seperti melihat gajah dari dekat, memberi makan kepada gajah dana melihat gajah mandi, kami juga mendengar dan belajar tentang gajah.

Jauh perjalanan, luas permandangan. Ya, itulah yang menjadi kesenokkan setiap kali trip bas kami. Lawatan yang singkat tapi penuh dengan kenangan yang menarik.

Terima kasih kepada ajk PASTI Nurul Yakin, Pemuda PAS Tepoh, Pengiring, Staf KECV dan semua yang terlibat untuk menjayakan lawatan kali ini. Ada rezeki kita jumpa lagi.




𝗣𝗲𝗿𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲8🇲🇾🇲🇾🇲🇾Semangat sokmo adik-adik PASTI kite bile sapa bulan Merdeka ni! Lagi s...
25/08/2025

𝗣𝗲𝗿𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲8
🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Semangat sokmo adik-adik PASTI kite bile sapa bulan Merdeka ni! Lagi semangat bile mok ayoh pun terlibat sama, sama ada mari ikut berarak atau tolong siapkan anak-anak sebelum mari sekolah dengan baju tema.

Terime kasih sebab sentiasa menyokong usaha pihak PASTI dalam menanamkan semangat patriotik dalam diri anak-anak PASTI.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua. Kibarkan bendera walau di mana kita berada. Merdeka!🇲🇾





𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐊𝐄 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐍𝐔𝐑𝐔𝐋 𝐘𝐀𝐊𝐈𝐍PASTI Nurul Yakin mengalu-alukan murid baru...
16/02/2025

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐊𝐄 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐍𝐔𝐑𝐔𝐋 𝐘𝐀𝐊𝐈𝐍

PASTI Nurul Yakin mengalu-alukan murid baru dan selamat kembali kepada semua murid 5 & 6 tahun.

Menjadi kebiasaan hari pertama, mimik muka yang jujur, senyum🙂 suka😃 sedih😢 takut😣 menangis😭 dan pelbagai lagi bila masuk tempat baru, jumpa orang baru. Biasalah, hari mula-mula.

Selamat menempuh alam persekolah dan semoga adik-adik semua semangat untuk menimba ilmu.

Rabbi yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khair
‎“ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير”

"Ya Allah permudahkanlah jangan persulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan."




Lensa kamera📸 Majlis Anugerah Prestasi PASTI Nurul Yakin 2024/2025
20/01/2025

Lensa kamera📸 Majlis Anugerah Prestasi PASTI Nurul Yakin 2024/2025




Tahniah kepada semua adik-adik PASTI Nurul Yakin Padang AirAlhamdulillah, Majlis Anugerah Prestasi PASTI Nurul Yakin ber...
20/01/2025

Tahniah kepada semua adik-adik PASTI Nurul Yakin Padang Air

Alhamdulillah, Majlis Anugerah Prestasi PASTI Nurul Yakin berjalan lancar dengan jayanya. Julung kali diadakan di luar daripada perkarangan PASTI, kami memilih Dewan Masyarakat Tok Jiring.

Agak berdebar dengan jarak, persiapan pentas dan perlu mengangkut barang dari PASTI ke dewan tapi dengan berkat dan kerjasama yang amat baik dari seluruh ajk dan guru-guru kami dapat selesaikan dengan baik dan berjalan lancar.

Sekalung tahniah buat adik-adik pelajar PASTI Nurul Yakin di atas kejayaan menghabiskan sesi tahun 2024/2025. Selamat maju jaya juga diucapkan kepada adik-adik yang bakal melangkah ke dunia Sekolah Rendah yang akan dibuka tidak lama lagi.

Sekalung ucapan terima kasih kepada Sdr. Muhammad Syamieyl yang sudi hadir ke majlis kami dan menyempurnakan perasmian majlis dan tidak lupa kepada Sdr. Abdul Rahman yang juga hadir mewakili Pemuda Dun Tepoh.

Dikesempatan ini, kami juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa yang selalu menyokong program-program yang telah dianjurkan oleh PASTI dan telah menyumbang kepada pembangunan PASTI dan juga kelancaran program-program lainnya. Saya sudahi dengan serangkap pantun,

Merah menyala si buah ceri,
Sungguh cantik berseri-seri,
Terima kasih ucapan diberi,
Kerana sudi datang ke mari.




30/08/2024

𝗣𝗲𝗿𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲𝟳
🇲🇾🇲🇾🇲🇾

𝗣𝗲𝗿𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲𝟳🇲🇾🇲🇾🇲🇾Lensa 3
30/08/2024

𝗣𝗲𝗿𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲𝟳
🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Lensa 3

𝗣𝗲𝗿𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲𝟳🇲🇾🇲🇾🇲🇾Pihak pengurusan PASTI Nurul Yakin juga tidak terlepas dari lensa kame...
30/08/2024

𝗣𝗲𝗿𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲𝟳
🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Pihak pengurusan PASTI Nurul Yakin juga tidak terlepas dari lensa kamera📸

😊😅😬

𝗣𝗲𝗿𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲𝟳🇲🇾🇲🇾🇲🇾Lensa 2
30/08/2024

𝗣𝗲𝗿𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲𝟳
🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Lensa 2

𝗣𝗲𝗿𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲𝟳🇲🇾🇲🇾🇲🇾Merdeka✊🏼Merdeka✊🏼Merdeka✊🏼Meriah dan semangat! Itu yang boleh digamba...
30/08/2024

𝗣𝗲𝗿𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲𝟳
🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Merdeka✊🏼
Merdeka✊🏼
Merdeka✊🏼

Meriah dan semangat! Itu yang boleh digambarkan buat adik-adik PASTI Nurul Yakin yang menyertai Perarakan Sempena Sambutan Kemerdekaan ke-67. Ambil angin luar jarang-jarang, keluar berarak pusing dalam kampung.

Selamat Menyambut Hari Merdeka buat semua.




Address

Kg. Padang Air
Tepoh
21060

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:00
Tuesday 08:00 - 12:00
Wednesday 08:00 - 12:00
Thursday 08:00 - 12:00
Sunday 08:00 - 12:00

Telephone

+60199398185

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Nurul Yakin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category