21/04/2026
Mesyuarat akhir AJK Pelaksana Program Pengukuhan Kurikulum Pendidikan Islam Adab dan Nilai Sekolah-Sekolah (Pemanis) Peringkat Daerah Tenom Tahun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Robusta, PPD. Segala gerak kerja dan perincian akhir telah diteliti bagi memastikan kelancaran program yang bakal berlangsung pada 25 April 2026 dapat dijalankan dengan baik.
Mohon doa dan sokongan semua agar program ini berjalan dengan jayanya demi manfaat murid-murid khususnya di Daerah Tenom.