Pengasas-pengasas bagi penubuhan sekolah ini terdiri daripada pemimpin masyarakat orang melayu khususnya masyarakat islam di daerah Tenom ini seperti :
O.K.K Encik Said Idris
Tuan Hj. Jati Bin Matusin
Tuan Hj. Tumin Bin Sarkawi
Encik Karmin Bin Abdul Rashid
Encik Ahmad Bin Hj. Majit Bin Ismail
Pada mulanya sekolah ini ditempatkan di tapak seluas 2 ekar berhampiran dengan tanah perkuburan
orang islam kampong ini. Oleh kerana ianya terlalu hampir dangan tapak perkuburan, maka murid-murid enggan pergi ke sekolah. Masyarakat setempat tidak mudah berputus asa untuk mencari sebidang lagi tanah sebagai pengganti kepada tapak yang ditinggalkan ini. Hasil daripada permuafakatan penduduk kampung ini, maka sekolah ini pun dipindahkan ke tapak yang baru dan amat sesuai seperti yang terdapat pada hari ini pada tahun 1960. Nama sekolah ini juga bertukar-tukar mengikut peredaran semasa iaitu daripada Native Voluntary School Chinta Mata kepada Sekolah Rendah Kerajaan Chinta Mata dan akhirnya menjadi Sekolah Kebangsaan Chinta Mata. Guru Besar pertama sekolah ini ialah encik Abdul Malek Abdullah. Yang berasal dari kampung Kinarut Sabah.Sekolah ini mempunyai Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) yang berdaftar di Jabatan Pelajaran Sabah. PIBG ini berperanan membantu pihak sekolah dalam usaha mempertingkatkan prestasi sekolah dari segi kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan keceriaan sekolah.Sejak sekolah ini ditubuhkan dan sehinggalah pada hari ini, ianya telah berjaya melahirkan ramai graduan dan pemimpin tempatan yang ternama dan membanggakan.