Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiah Guai Bera Pahang

Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiah Guai Bera Pahang Laman Facebook Rasmi SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-ITTIFAQIAH, GUAI, BERA, PAHANG

📢 INTEGRITI PEMACU KECEMERLANGAN: MENGENALI ABMS MS ISO 37001:2016Integriti merupakan asas penting dalam membentuk buday...
18/08/2026

📢 INTEGRITI PEMACU KECEMERLANGAN: MENGENALI ABMS MS ISO 37001:2016

Integriti merupakan asas penting dalam membentuk budaya kerja yang telus, beretika dan berakauntabiliti. Sehubungan itu, Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) MS ISO 37001:2016 menjadi salah satu kerangka penting dalam memperkukuh usaha pencegahan dan pengurusan risiko rasuah dalam sesebuah organisasi.

🔹 Apa itu ABMS?
ABMS merupakan sistem pengurusan yang membantu organisasi mencegah, mengesan dan menangani risiko rasuah secara sistematik.

🔹 Tiga langkah utama ABMS:
🛡️ CEGAH (Prevent) – Mencegah salah guna kuasa dan amalan tidak beretika.
🔎 KESAN (Detect) – Mengenal pasti serta memantau risiko rasuah.
⚖️ TANGANI (Respond) – Mengambil tindakan tegas terhadap sebarang pelanggaran.

Pelaksanaan ABMS turut menekankan pematuhan terhadap Akta SPRM, pencegahan risiko secara proaktif serta pembudayaan etika kerja yang telus, akauntabel dan bebas daripada salah guna kuasa.

✨ Integriti bukan sekadar nilai, tetapi tanggungjawab bersama.
Dengan budaya kerja yang berintegriti, setiap warga organisasi dapat bersama-sama membina persekitaran kerja yang bersih, beretika dan dipercayai demi mencapai kecemerlangan.

“Integriti Pemacu Kecemerlangan.”








📚 HARI PELAPORAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM & KONSULTASI AKADEMIK TINGKATAN 5 2026 📚Alhamdulillah, telah berlan...
16/08/2026

📚 HARI PELAPORAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM & KONSULTASI AKADEMIK TINGKATAN 5 2026 📚

Alhamdulillah, telah berlangsung Hari Pelaporan Keputusan Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Konsultasi Akademik Tingkatan 5 2026 SMA Al-Ittifaqiah Guai (SMAIG) pada 14 Ogos 2026 bertempat di Dataran Azraq, SMAIG.

Program ini menjadi wadah penting bagi menyampaikan keputusan peperiksaan percubaan kepada para calon SPM serta memberikan ruang kepada murid, ibu bapa dan guru untuk berbincang tentang pencapaian, kekuatan, kelemahan serta strategi penambahbaikan akademik menjelang peperiksaan SPM yang sebenar.

Semoga perkongsian dan konsultasi yang dilaksanakan dapat menjadi pemangkin semangat kepada semua calon Tingkatan 5 untuk terus berusaha dengan lebih gigih, memperbaiki kelemahan dan mencapai kecemerlangan dalam SPM 2026. ✨

“Usaha, Doa, Istiqamah, Cemerlang.”

📍 Tempat: Dataran Azraq, SMAIG
📅 Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 12.00 tengah hari

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan murid yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program ini.

Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi asbab kejayaan dan kecemerlangan anak-anak SMAIG. 🤲🏻







🏆 TAHNIAH JAIP! KECEMERLANGAN ISO 9001:2015 DITERUSKAN! 🏆Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) sekali lagi melakar ke...
11/08/2026

🏆 TAHNIAH JAIP! KECEMERLANGAN ISO 9001:2015 DITERUSKAN! 🏆
Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) sekali lagi melakar kejayaan apabila berjaya mengekalkan pensijilan ISO 9001:2015 bagi tempoh 2026 hingga 2029 menerusi proses pensijilan semula QMS yang berjaya.
✨ Kejayaan & Pencapaian Audit
Audit penilaian menyeluruh telah dilaksanakan oleh SIRIM QAS International, melibatkan penilaian terhadap aspek pematuhan dan keberkesanan sistem serta merangkumi 23+ entiti organisasi di bawah JAIP.
Antara entiti yang terlibat termasuk:
🏢 Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)
🏫 Institusi Pendidikan
🕌 Masjid Daerah (Kategori A)
serta pelbagai bahagian dan unit lain.
Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan warga JAIP dalam memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan, pematuhan sistem dan penambahbaikan berterusan sentiasa berada pada tahap yang terbaik.
🤝 Syabas dan tahniah kepada seluruh warga JAIP atas komitmen, kerjasama padu dan dedikasi yang telah menyumbang kepada pencapaian ini.
🌟 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kecemerlangan ini dapat diteruskan.
“Kecemerlangan Kita Bersama.”
💚💛







04/08/2026
30/07/2026
🌹 𝙎𝙀𝙏𝙄𝙉𝙂𝙂𝙄-𝙏𝙄𝙉𝙂𝙂𝙄 𝙏𝘼𝙃𝙉𝙄𝘼𝙃🌹Warga SMA AL-ITTIFAQIAH GUAI merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:Siti Muti'ah Baz...
28/07/2026

🌹 𝙎𝙀𝙏𝙄𝙉𝙂𝙂𝙄-𝙏𝙄𝙉𝙂𝙂𝙄 𝙏𝘼𝙃𝙉𝙄𝘼𝙃🌹

Warga SMA AL-ITTIFAQIAH GUAI merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:

Siti Muti'ah Bazilah Binti Al Malek Faisal atas kenaikan pangkat sebagai PEGAWAI WARAN Kadet KASPA dan muncul Johan berkumpulan melawan kebakaran peringkat kebangsaan 2026.

Semoga kejayaan yang diperoleh akan menjadi medan untuk terus menyumbang bakti, mencetuskan inspirasi serta membawa kecemerlangan kepada pelajar lain.

Ikhlas daripada:
❤️ Warga Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiah

UJIAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI WARAN 1, PERTANDINGAN KEMAHIRAN DAN PERKHEMAHAN KADET PERTAHANAN AWAM (KASPA) PERINGKAT K...
19/07/2026

UJIAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI WARAN 1, PERTANDINGAN KEMAHIRAN DAN PERKHEMAHAN KADET PERTAHANAN AWAM (KASPA) PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

📅 21 hingga 23 Julai 2026
📍 Pusat Kokurikulum Negeri Kelantan, Kem Tangok, Bachok, Kelantan

Diwakili oleh:
🔸 SITI MUTI'AH BAZILAH BINTI AL MALEK FAISAL

Semoga peserta sentiasa menunjukkan disiplin yang tinggi, kemahiran yang cemerlang, semangat berpasukan serta kepimpinan yang unggul sepanjang pertandingan berlangsung.

Selamat berjuang dan semoga pulang dengan kejayaan yang membanggakan warga SMAIG

Alhamdulillah....tahniah
14/07/2026

Alhamdulillah....tahniah

📢 HARI PELAPORAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) TINGKATAN 1-5 & PENYERAHAN BAP TINGKATAN ...
03/07/2026

📢 HARI PELAPORAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) TINGKATAN 1-5 & PENYERAHAN BAP TINGKATAN 1 TAHUN 2026

🗓️ Tarikh: 3 Julai 2026 (Jumaat)
🕣 Masa: 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Surau Al-Hikmah dan Kelas

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Hari Pelaporan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) serta Penyerahan BAP Tingkatan 1 Tahun 2026.

Program ini menjadi platform penting bagi ibu bapa atau penjaga untuk mendapatkan maklum balas berkaitan pencapaian akademik, perkembangan sahsiah serta tahap penguasaan murid secara menyeluruh. Perbincangan antara guru dan ibu bapa diharap dapat memperkukuh kerjasama dalam memastikan kecemerlangan dan perkembangan holistik setiap murid.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga, guru serta warga sekolah yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Semoga usaha dan jalinan kerjasama ini terus menjadi pemangkin kepada kejayaan anak-anak pada masa hadapan.

"Bersama Melakar Kecemerlangan, Membina Generasi Gemilang."

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK SESI 2025Guai, 19 Jun 2026 – Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiah Guai telah meng...
20/06/2026

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK SESI 2025

Guai, 19 Jun 2026 – Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiah Guai telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sesi 2025 pada hari Jumaat, 19 Jun 2026, bertempat di Dataran Azraq bermula jam 9.00 pagi.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ustaz Zaidi bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), selaku wakil rasmi Pengarah JAIP, YH Tok Muda Dato' Haji Ahmad Khirrizal bin Haji Ab. Rahman.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMA Al-Ittifaqiah Guai, Encik Mohd Azlan bin Othman, barisan pentadbir sekolah, guru-guru, ibu bapa serta para pelajar.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik sepanjang sesi persekolahan 2025. Pengiktirafan yang diberikan diharap dapat menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada seluruh warga pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan secara holistik selaras dengan aspirasi pendidikan sekolah.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga kejayaan yang diraikan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

"Kecemerlangan Diraikan, Potensi Digilap, Masa Hadapan Gemilang."

Address

Jalan Sek Agama
Kampung Guai
28200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601165731800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiah Guai Bera Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiah Guai Bera Pahang:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college in Kampung Guai?

Share

Category