UBK SRA Islam At-Takwa

UBK SRA Islam At-Takwa Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling SRA Islam At-Takwa.

Warga At-Takwa yang berminat mendapatkan perkhidmatan B&k boleh merujuk gbk secara terus di sekolah @ secara atas talian di mesengger/telefon

✨ Alhamdulillah, minggu pertama persekolahan telah pun berlangsung!Bagi segelintir murid,  mungkin ada yang masih di fas...
19/01/2026

✨ Alhamdulillah, minggu pertama persekolahan telah pun berlangsung!

Bagi segelintir murid, mungkin ada yang masih di fasa menyesuaikan diri – ada yang seronok, ada yang penat, ada juga yang senyap tak banyak cerita. Itu normal, di awal sesi persekolahanπŸ’›

Galakkan anak -anak berkongsi apa yang dilalui mereka setiap hari. Teruskan beri sokongan, pelukan dan kata-kata semangat di rumah

✨ SHARING SESSION: CARA MENGAWAL DAN MENGURUS EMOSI DIRI ✨PRS terlibat : PRS RAIF, PRS AMANI & PRS DANIALπŒπ€π‹π” π“πˆπƒπ€πŠ 𝐁𝐄𝐑𝐓...
02/10/2025

✨ SHARING SESSION: CARA MENGAWAL DAN MENGURUS EMOSI DIRI ✨
PRS terlibat : PRS RAIF, PRS AMANI & PRS DANIAL

πŒπ€π‹π” π“πˆπƒπ€πŠ ππ„π‘π“π„πŒππ€π“

π“π€πŠπ”π“π“ π‡πˆππ†π†π€ ππˆπ€π‘πŠπ€π πƒπˆπ‘πˆ πƒπˆππ”π‹πˆ

π’π„πƒπˆπ‡ 𝐒𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 π’π€πŒππ€πˆ π“π€πŠ ππŽπ‹π„π‡ π…πŽπŠπ”π’ πƒπ€π‹π€πŒ πŠπ„π‹π€π’

πŒπ€π‘π€π‡ πŒπ„π‹π€πŒππ€π” πŒπ„ππ˜π„ππ€ππŠπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐀𝐃𝐔𝐇𝐀𝐍​

Ini semua emosi yang boleh berlaku pada diri kita. Jika tak dikawal emosi yang berlebihan ini, akan menyebabkan kesan-kesan sampingan kepada psikososial diri.

Sebab itulah, mengurus emosi sejak kecil sangat penting. Ia membantu kita kenal diri, rasa lebih tenang, bergaul dengan baik, dan belajar bertindak dengan bijak.

Terima kasih PRS Amani & PRS Raif yang sudi berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang cara mengawal dan mengurus emosi dengan baik.

&UrusEmosi

✨ KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA PERINGKAT DAERAH TEMERLOH TAHUN 2025 ✨Tempat : Dewan Dato' Norzan, SMK Temerloh Tarikh : 2...
22/09/2025

✨ KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA PERINGKAT DAERAH TEMERLOH TAHUN 2025 ✨

Tempat : Dewan Dato' Norzan, SMK Temerloh
Tarikh : 22/9/2025

Alhamdulillah, pengalaman baru untuk peserta (Aaisyah Arieeana & Nur Zhafira Arissa) dan juga GBK sendiri untuk aktiviti kali ini.

Dalam kepadatan waktu, mencari-cari ruang untuk masing-masing hafal dan berlatih. Tetap semangat walaupun perlu korbankan cuti sekolah untuk berlatih.

Terima kasih pada semua yang terlibat. Komitmen dan kerjasama daripada semua pihak sangat lah bermakna.

❀️ Tahniah untuk Aaisyah & Zhafira!
Moga tuaian hasil hari ini, jadi titik mula kepada kedua - dua peserta untuk lebih yakin & maju kehadapan 🌟🌟🌟



Untuk perhatian dan tindakan bersamaMencegah sebelum bertambah parah‼️
06/08/2025

Untuk perhatian dan tindakan bersama

Mencegah sebelum bertambah parah‼️

β€œDi rumah, pijak semut pun tak mati.”
Anak kita nampak lembut, sopan… tapi cikgu kata dia pembuli?

S**ar diterima, tapi hakikatnya buli bukan hanya tumbuk dan sepak. Ia boleh berlaku dalam bentuk arahan kasar, ejekan halus, atau sindiran berulang.

Kadang-kadang, yang nampak β€˜baik’ di rumah… sebenarnya melepaskan kuasa di luar, terutamanya jika dia:
β€’ Panas baran bila ditegur
β€’ S**a mengarah dan kawal rakan sebaya
β€’ Label orang dengan gelaran mengejek

Kajian psikologi oleh Olweus (Norway) menunjukkan bahawa pembuli selalunya datang dari rumah yang kurang empati atau terlalu keras, atau mereka sendiri pernah jadi mangsa.
Buli ini bukan perangai, tapi corak tingkah laku yang dipelajari dan ia bergerak dalam satu kitaran.

Jika tidak dihentikan, anak yang membuli hari ini, akan membesar menjadi pasangan yang mengawal, ketua yang menindas, atau ibu bapa yang mewariskan gaya yang sama.

Apa Tindakan Ibu Bapa?

βœ… Tengok semula cara kita bergurau atau marah anak di rumah
βœ… Dengarkan laporan cikgu atau rakan tanpa cepat menafikan
βœ… Jangan halalkan ejekan sebagai β€˜gurauan’
βœ… Bantu anak kenal emosi dan kesannya pada orang lain

Buli adalah kitaran. Dan rumah adalah tempat pertama ia bermula atau dihentikan.

✨ SHARING SESSION: TIPS BELAJAR MURID CEMERLANG ✨PRS terlibat : PRS Danial, PRS Aizul & PRS AlmyraTajuk : Tips Belajar M...
17/06/2025

✨ SHARING SESSION: TIPS BELAJAR MURID CEMERLANG ✨

PRS terlibat : PRS Danial, PRS Aizul & PRS Almyra
Tajuk : Tips Belajar Murid Cemerlang

🌞Pagi tadi, suasana di Dataran Perhimpunan Sekolah bertambah ceria dengan aktiviti Sharing Session yang bermanfaat!

Semua murid berpeluang mendengar perkongsian berkaitan tips belajar murid cemerlang, disusuli dengan sesi kuiz ringkas yang menggalakkan penyertaan aktif semua murid.

Ramai yang teruja mendengar PRS Aizul Dan PRS Almyra yang beraksi dihadapan buat pertama kali. Tidak kurang juga dengan PRS Danial yang menceriakan suasana tadi.

Diharapkan, program ini bukan sahaja memberi inspirasi, malah memupuk semangat belajar secara bijak dan konsisten dalam kalangan warga sekolah.

❀️❀️❀️Ingat, pesanan penaja di akhir sesi tadi:
Belajar bukan sekadar untuk lulus, tapi untuk berjaya dalam hidup.



Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tahun 6 sebelum cuti sekolah πŸ˜„Melibatkan semua murid Tahun 6 Terima kasih pada murid...
10/06/2025

Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tahun 6 sebelum cuti sekolah πŸ˜„
Melibatkan semua murid Tahun 6

Terima kasih pada murid, ibubapa dan guru2 yg membantu kelancaran pentaksiran kali ini.

✨ SIMPOSIUM PRS TAHAP BONGSU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025 ✨Tempat : IPG Kota BharuTarikh : 25-28/5/2025PRS terlibat :...
30/05/2025

✨ SIMPOSIUM PRS TAHAP BONGSU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025 ✨

Tempat : IPG Kota Bharu
Tarikh : 25-28/5/2025
PRS terlibat : Ahmad Akif b Ahmad Iqbal (bersama 9 lagi peserta seluruh Pahang)

Sekalung tahniah dan syabas kepada para Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Bongsu Negeri Pahang yang telah menyertai Program Simposium PRS Peringkat Kebangsaan dengan penuh semangat dan komitmen! 🌟

Program ini menjadi platform terbaik untuk mencungkil potensi kepimpinan, memperkukuh nilai murni, serta membina keyakinan diri dalam kalangan PRS sekolah rendah seluruh negara.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin untuk terus berbakti sebagai PRS yang cemerlang!


🌻PERJUMPAAN MENTOR MENTEE KALI PERTAMA BAGI SESI 2024🌻Tarikh : 29 Mar 2024Hari : JumaatMasa : 7.40 - 8.10 PagiTempat : K...
02/04/2024

🌻PERJUMPAAN MENTOR MENTEE KALI PERTAMA BAGI SESI 2024🌻

Tarikh : 29 Mar 2024
Hari : Jumaat
Masa : 7.40 - 8.10 Pagi
Tempat : Kelas masing-masing

Alhamdulillah dengan izinNya, telah selamat dilaksanakan aktiviti perjumpaan mentor mentee kali pertama bagi sesi persekolahan baru ini.

Hasil perbincangan bersama HEM, pengisian aktiviti mentor mentee kali ini diberi sedikit sentuhan yang berbeza.

Sesi mentoring akan dilaksanakan menggunakan fokus yang sama, topik yang berbeza mengikut aras murid. Jom kita nantikan aktiviti sesi mentoring yang seterusnya πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

🌻 Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat iaitu para mentor dan mentee sekalian

🌻PERHIMPUNAN RASMI & PELANCARAN PROGRAM AMALAN SEKOLAH PENYAYANG SRA ISLAM AT-TAKWA 2024/2025🌻Tarikh : 25 Mar 2024Hari :...
26/03/2024

🌻PERHIMPUNAN RASMI & PELANCARAN PROGRAM AMALAN SEKOLAH PENYAYANG SRA ISLAM AT-TAKWA 2024/2025🌻

Tarikh : 25 Mar 2024
Hari : Isnin
Masa : 7.00 - 8.10 Pagi
Tempat : Dataran perhimpunan

🌻 Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat iaitu Guru Besar, Barisan Penolong Kanan, Guru Bertugas, AJK UBK, Guru- guru. Pembimbing Rakan Sebaya dan semua yang hadir memberi sokongan..

Assalamualaikum wbt & salam ceria 🌻Pihak sekolah akan menganjurkan  SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN SAMBUTAN HARI LAHIR FA...
05/12/2023

Assalamualaikum wbt & salam ceria 🌻

Pihak sekolah akan menganjurkan SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN SAMBUTAN HARI LAHIR FASA 2 TAHUN 2023 seperti ketetapan berikut :

πŸ“†Tarikh : 6 Disember 2023 (Rabu)
⏰Masa : 8.10 pagi - 2.00 Petang
🏝️Tema : Percutian

Pelbagai aktiviti yg akan dijalankan pada hari tersebut.

πŸ“ŒMurid-murid dibenarkan memakai pakaian mengikut tema (sopan & menutup aurat). **Boleh juga memakai pakaian sukan sekolah

πŸ“ŒBagi murid-murid yang lahir pada bulan Oktober-Disember, dialu-alukan untuk membawa kek bagi acara sambutan hari lahir di sekolah. Kek akan dikongsikan bersama rakan-rakan.

πŸ“ŒMurid juga perlu membawa buku nota alat tulis (Tahap 2) / alatan mewarna (Tahap 1) bagi aktiviti yang akan dijalankan nanti.

Terima kasih kepada ibubapa dan murid - murid yg banyak memberikan sokongan kepada aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah 🌻🌻🌻

Permulaan aktiviti Konti PRS 2023 πŸ€—TERBAIKKK anak - anak..Mengambil peluang untuk cuba sesuatu yang baru.. Meneroka baka...
02/10/2023

Permulaan aktiviti Konti PRS 2023 πŸ€—

TERBAIKKK anak - anak..
Mengambil peluang untuk cuba sesuatu yang baru.. Meneroka bakat diri yang ada.


Address

Jalan Temerloh/Mentakab
Temerloh
28000

Opening Hours

Monday 07:40 - 14:00
Tuesday 07:40 - 14:00
Wednesday 07:40 - 14:00
Thursday 07:40 - 14:00
Friday 07:40 - 12:00

Telephone

+60133890144

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UBK SRA Islam At-Takwa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to UBK SRA Islam At-Takwa:

Shortcuts

Share