08/09/2022
Siapa yang tak sayang anak kan?
Nama pun sayang, mestilah kita ingin berikan segala apa yang termampu kepada mereka. Tetapi, jangan sampai terlebih manjakan anak-anak anda!
Ada sesetengah ibu bapa yang sanggup belikan anak mereka rumah๐ atau kereta๐ walaupun terpaksa berhutang. Ini kerana mereka khuatir anak-anak mereka akan hidup susah kelak.
Tetapi para ibubapa perlulah beringat, anak-anak juga perlu belajar untuk berdikari dan belajar untuk mengejar cita-cita mereka dengan usaha sendiri. Yang penting, kita bantu sediakan platform atau medium untuk mereka berusaha!
Antara platform yang terbaik untuk anak-anak adalah tabungan kewangan untuk pendidikan.๐
Mulalah menabung atau melabur untuk anak-anak anda sejak daripada kecil. Jika ibubapa sudah mempunyai satu akaun pelaburan, jangan lupa juga untuk membuka satu akaun baru untuk anak-anak, dan kekal konsisten dalam pelaburan anda.
Jika ada ibu bapa yang kurang arif tentang pelaburan untuk pendidikan, kami sedia membantu dengan simpanan SSPN.๐ก