21/07/2026
Aktiviti Fizikal Hari Selasa π€ΈββοΈβ½
Setiap hari Selasa, anak-anak akan menjalani aktiviti sukan dan fizikal. Hari ini, selepas sesi memanaskan badan, kami bermain Bola Beracun.
Tiga pusingan permainan yang sangat menyeronokkan:
πββοΈ Perempuan lawan lelaki
πββοΈ Lelaki lawan perempuan
π Dan paling ditunggu-tunggu... Cikgu lawan anak-anak!
Sudah semestinya... cikgu berjaya menjadi juara hari ini! π€π
Yang paling comel, ada p**a seekor kucing yang "menyibuk" nak join anak-anak bermain. Memang meriah suasana pagi ini!
Alhamdulillah, seronok melihat anak-anak aktif bergerak, bergelak ketawa dan mengeluarkan peluh sambil belajar bekerjasama serta membina keyakinan diri.