Srar Al Mashur Belia Padi

Srar Al Mashur Belia Padi Srar Al Mashur Belia Padi, RTBK Padi Seberang Perak 36000 Teluk Intan

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H / 2026MMarilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW,...
25/08/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan agung yang menjadi contoh dan teladan terbaik buat seluruh umat Islam.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini dapat menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta mendorong kita untuk mencontohi akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

โ€œSesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik.โ€

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPKK Negeri Perak 2026Semoga berjaya kepada semua calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) SRAR Al ...
25/08/2026

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPKK Negeri Perak 2026

Semoga berjaya kepada semua calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) SRAR Al Mashur dalam Peperiksaan Percubaan UPKK 2026.

24 Ogos โ€“ 28 Ogos 2026

Usaha, doa dan tawakal menjadi bekalan menuju kejayaan. Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan, kemudahan serta kecemerlangan kepada semua calon.

Buatlah yang terbaik dan yakinlah pada diri sendiri.
Siapa berusaha, dia akan berjaya!

Semoga berjaya, anak-anak kami!

Assalamualaikum dan tahniah kepada semua calon SRAI 2026 (14 murid) yang telah selesai menjalani ujian lisan Al-Quran. S...
12/08/2026

Assalamualaikum dan tahniah kepada semua calon SRAI 2026 (14 murid) yang telah selesai menjalani ujian lisan Al-Quran. Semoga usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Walau bagaimanapun, pembelajaran Al-Quran jangan terhenti selepas ujian. Teruskan mengaji di rumah setiap hari dan perbaiki cara bacaan, sebutan huruf serta hukum tajwid. Insya-Allah, dengan latihan yang berterusan, bacaan akan menjadi lebih lancar dan tepat. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua dalam mempelajari dan mengamalkan Al-Quran.

Tahniah semua.

Tasmik surah.
21/07/2026

Tasmik surah.

21/07/2026

Garang dari ustazah ๐Ÿ˜‚

21/07/2026
PERKONGSIAN MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGAAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Mohon perhatian semua ibu bapa ...
03/07/2026

PERKONGSIAN MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mohon perhatian semua ibu bapa dan penjaga terhadap beberapa makluman berikut:

1. Pemakaian Murid

* Murid tidak dibenarkan memakai selipar ke sekolah.
* Murid lelaki hendaklah berambut pendek mengikut peraturan sekolah.
* Murid lelaki diwajibkan memakai kopiah, manakala murid perempuan memakai scarf/anak tudung.
* Murid hendaklah memakai kasut hitam ke sekolah.
* Hanya jersi rasmi sekolah dibenarkan dipakai.

2. Perubahan Kelas Cantum (Bermula Minggu Hadapan)

* Kelas 3 & 6 ditukar kepada 5 & 6.
* Kelas 4 & 5 ditukar kepada 3 & 4.

3. Tandatangan Kad Laporan & Penyerahan Kertas Jawapan

Tandatangan kad laporan (report card) akan dibuat sekali dengan penyerahan kertas jawapan peperiksaan pada minggu hadapan. Tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian.

Kerjasama dan perhatian daripada semua ibu bapa serta penjaga amatlah dihargai.

Terima kasih.

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan Peperiksaan Per...
02/07/2026

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan Peperiksaan Pertengahan Tahun sepanjang 4 hari ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua murid atas kesungguhan, disiplin dan semangat yang ditunjukkan.

Bagi murid yang masih belum selesai menjawab peperiksaan, jangan risau. Anda akan diberi peluang untuk melengkapkan peperiksaan pada:

Jumaat, 3 Julai 2026 & Isnin, 6 Julai 2026

Gunakan peluang ini sebaik mungkin dan โ€œberikanโ€ yang terbaik.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan serta memberkati setiap usaha anak-anak yang dikasihi.

Teruskan berusaha, kerana setiap usaha pasti ada ganjarannya.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 29 Jun โ€“ 2 Julai 2026Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Selamat ...
29/06/2026

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

29 Jun โ€“ 2 Julai 2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun kepada semua murid.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, kelapangan dada, kecerdasan fikiran serta mempermudahkan segala urusan ketika menjawab soalan peperiksaan. Jadikan usaha yang bersungguh-sungguh disertai doa dan tawakal sebagai kunci kejayaan.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ู„ูŽุง ุณูŽู‡ู’ู„ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ู…ูŽุง ุฌูŽุนูŽู„ู’ุชูŽู‡ู ุณูŽู‡ู’ู„ู‹ุงุŒ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุชูŽุฌู’ุนูŽู„ู ุงู„ู’ุญูŽุฒู’ู†ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุดูุฆู’ุชูŽ ุณูŽู‡ู’ู„ู‹ุง

โ€œYa Allah, tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau permudahkan, dan Engkau jadikan yang sukar itu mudah apabila Engkau kehendaki.โ€

Aamiin ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Address

Teluk Intan
36000

Telephone

+60174653690

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Srar Al Mashur Belia Padi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category