SRAR Salamiah

SRAR Salamiah Selamat datang ke page Rasmi SRAR Salamiah

Part II
07/04/2026

Part II

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SRAR Salamiah 1447H ๐ŸคโœจTerima kasih d...
07/04/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SRAR Salamiah 1447H ๐Ÿคโœจ

Terima kasih diucapkan kepada semua jemaah pengurusan sekolah, guru, murid serta warga sekolah yang telah bersama-sama memeriahkan majlis ini.

Suasana penuh warna-warni dengan pakaian raya, juadah yang pelbagai serta gelak tawa menjadikan sambutan kali ini begitu bermakna dan dikenang ๐Ÿ’š

Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuh dan kenangan indah ini menjadi pemangkin semangat kebersamaan dalam komuniti sekolah kita.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ๐ŸŒ™โœจ

๐‘‡๐ด๐ป๐‘๐ผ๐ด๐ป ๐พ๐ธ๐‘ƒ๐ด๐ท๐ด ๐‘†๐ธ๐‘€๐‘ˆ๐ด ๐ถ๐ด๐ฟ๐‘‚๐‘ ๐‘ˆ๐‘ƒ๐พ๐พ 2025  ๐Ÿฅณ๐ŸคฉSyabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah berjaya memperoleh ke...
27/02/2026

๐‘‡๐ด๐ป๐‘๐ผ๐ด๐ป ๐พ๐ธ๐‘ƒ๐ด๐ท๐ด ๐‘†๐ธ๐‘€๐‘ˆ๐ด ๐ถ๐ด๐ฟ๐‘‚๐‘ ๐‘ˆ๐‘ƒ๐พ๐พ 2025 ๐Ÿฅณ๐Ÿคฉ

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2025, Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, kesabaran, dan ketekunan kamu dalam menuntut ilmu.

Pihak sekolah juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para guru yang telah mendidik dengan penuh dedikasi serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang di masa hadapan๐ŸŒŸ๐Ÿ“šโœจ

๐Ÿ“ขPENDAFTARAN SRAR SALAMIAH 2026๐Ÿ“ขAssalamualaikum & salam sejahtera Ibu bapa dan penjaga dijemput hadir ke Pendaftaran Ses...
31/12/2025

๐Ÿ“ขPENDAFTARAN SRAR SALAMIAH 2026๐Ÿ“ข

Assalamualaikum & salam sejahtera

Ibu bapa dan penjaga dijemput hadir ke Pendaftaran Sesi Persekolahan 2026 di SRAR Salamiah dengan maklumat seperti berikut:

๐Ÿ—“ Tarikh: 5 โ€“ 7 Januari 2026 (Isnin โ€“ Rabu)
โฐ Masa: 9.00 pagi โ€“ 11.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Dewan SRAR Salamiah

Jangan lepaskan peluang untuk mendaftarkan anak-anak dalam suasana pembelajaran berteraskan ilmu, adab dan akhlak Islamโœจ๐Ÿ˜Š

โ€œIkhtiar Beramal Berjayaโ€

Sekian, terima kasih.

โœจ MAJLIS ANUGERAH APRESIASI KECEMERLANGAN 2025โœจSekitar detik bermakna sepanjang majlis sebagai kenangan indah bersama wa...
18/12/2025

โœจ MAJLIS ANUGERAH APRESIASI KECEMERLANGAN 2025โœจ

Sekitar detik bermakna sepanjang majlis sebagai kenangan indah bersama warga sekolah.

Turut berlangsung penyampaian saguhati kepada barisan guru sebagai tanda penghargaan atas jasa, kesabaran dan komitmen dalam mendidik serta membimbing anak-anak sekolah.

Semoga penghargaan ini sedikit sebanyak menceriakan hati dan menjadi motivasi untuk terus berbakti dengan penuh dedikasi.

Moga segala usaha dan pengorbanan diberkati. ๐ŸŒธ



๐Ÿ† PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS ๐Ÿ†Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Tokoh Lelaki dan Anugerah Tokoh Perempuan atas s...
18/12/2025

๐Ÿ† PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS ๐Ÿ†

Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Tokoh Lelaki dan Anugerah Tokoh Perempuan atas sahsiah terpuji, kepimpinan serta kecemerlangan yang ditunjukkan sepanjang sesi persekolahan.

Anugerah ini menjadi pengiktirafan kepada keperibadian mulia dan contoh teladan yang membanggakan.

Setinggi-tinggi tahniah juga kepada penerima Anugerah UPKK Terbaik dan Anugerah SRAI Terbaik atas pencapaian akademik yang cemerlang.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melangkah maju dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. โœจ๐Ÿคฒ๐Ÿป

MAJLIS ANUGERAH APRESIASI KECEMERLANGAN 2025โœจTahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada seluruh murid Tahun 6 SRARS ...
18/12/2025

MAJLIS ANUGERAH APRESIASI KECEMERLANGAN 2025โœจ

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada seluruh murid Tahun 6 SRARS yang telah menamatkan sesi persekolahan tahun 2025.

Perjalanan kalian di sekolah ini penuh dengan kenangan, pengalaman dan pembelajaran yang akan terus terpahat sebagai memori indah.

Semoga ilmu yang diperoleh menjadi bekalan berharga, akhlak terus terpelihara dan langkah seterusnya dipermudahkan.

Doa kami mengiringi kejayaan kalian pada masa hadapan. ๐ŸŒธโœจ

๐Ÿ† MAJLIS ANUGERAH APRESIASI KECEMERLANGAN 2025 ๐Ÿ†Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah atas pe...
18/12/2025

๐Ÿ† MAJLIS ANUGERAH APRESIASI KECEMERLANGAN 2025 ๐Ÿ†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah atas pencapaian cemerlang yang telah ditunjukkan.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha, disiplin serta sokongan berterusan daripada guru dan ibu bapa.๐Ÿคฒ๐Ÿป

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, meningkatkan potensi diri dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. โœจ

Sekitar suasana majlis yang penuh bermakna dan kenangan indah bersama warga sekolah.Semoga detik-detik ini terus menjadi...
18/12/2025

Sekitar suasana majlis yang penuh bermakna dan kenangan indah bersama warga sekolah.

Semoga detik-detik ini terus menjadi memori manis dan inspirasi buat semua.

โœจ MAJLIS ANUGERAH APRESIASI KECEMERLANGAN 2025 โœจDetik indah sepanjang majlis sebagai kenangan bersama warga sekolah.Majl...
18/12/2025

โœจ MAJLIS ANUGERAH APRESIASI KECEMERLANGAN 2025 โœจ

Detik indah sepanjang majlis sebagai kenangan bersama warga sekolah.

Majlis turut diserikan dengan ucapan perasmian oleh Ustaz Muhammad Naim bin Mohd Ikmal Hisham, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Teluk Intan, yang menyuntik semangat dan inspirasi kepada seluruh warga sekolah.

Semoga kebersamaan dan kenangan ini terus menjadi pemangkin kecemerlangan buat semua. ๐ŸŒธ

Address

Kampung Tanjung Keramat, Langkap
Teluk Intan
36700

Telephone

+60195628368

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRAR Salamiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRAR Salamiah:

Shortcuts

Share