Akademi Insan Muda Ar-Ridzuan SMART

Website

Akademi Insan Muda Ar-Ridzuan SMART Akademi Insan Muda Ar-Ridzuan (AIMAN) ialah program KAFA Menengah di Perak yang bertujuan memberi pendidikan agama lanjutan kepada murid sekolah rendah.

Ditadbir oleh Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)

13/09/2026

BENGKEL AMALI WUDUK & SOLAT PELAJAR AIMAN SMART

Alhamdulillah, telah berlangsung semalam Bengkel Amali Wuduk dan Solat melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Bengkel ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan cara berwuduk dan menunaikan solat dengan betul berdasarkan tuntutan syarak.

Semoga sesi amali seperti ini dapat membantu para pelajar meningkatkan kefahaman, memperkemaskan amalan serta membentuk generasi yang menjaga solat dalam kehidupan seharian.

BENGKEL AMALI WUDUK & SOLAT PELAJAR AIMAN SMARTAlhamdulillah, telah berlangsung semalam Bengkel Amali Wuduk dan Solat me...
11/09/2026

BENGKEL AMALI WUDUK & SOLAT PELAJAR AIMAN SMART

Alhamdulillah, telah berlangsung semalam Bengkel Amali Wuduk dan Solat melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Bengkel ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan cara berwuduk dan menunaikan solat dengan betul berdasarkan tuntutan syarak.

Semoga sesi amali seperti ini dapat membantu para pelajar meningkatkan kefahaman, memperkemaskan amalan serta membentuk generasi yang menjaga solat dalam kehidupan seharian.

SESI HAFAZAN SURAH BERSAMA PELAJAR KAFA AIMAN SMARTAlhamdulillah, telah berlangsung semalam aktiviti Sesi Hafazan Surah ...
11/09/2026

SESI HAFAZAN SURAH BERSAMA PELAJAR KAFA AIMAN SMART

Alhamdulillah, telah berlangsung semalam aktiviti Sesi Hafazan Surah bersama para pelajar KAFA AIMAN SMART.

Sesi ini menjadi ruang untuk anak-anak mengulang, menghafaz dan memperkemaskan bacaan surah dengan bimbingan guru. Semoga usaha kecil ini menjadi bekalan ilmu dan amal buat anak-anak serta membentuk generasi yang dekat dengan al-Quran.

Teruskan menghafaz, teruskan mengulang dan teruskan mencintai al-Quran.

KAFA AIMAN SMART BENTANG PELAKSANAAN PROGRAM AKAN DATANGBaru-baru ini telah berlangsung sesi pembentangan berkaitan pela...
08/09/2026

KAFA AIMAN SMART BENTANG PELAKSANAAN PROGRAM AKAN DATANG

Baru-baru ini telah berlangsung sesi pembentangan berkaitan pelaksanaan program-program KAFA AIMAN SMART yang akan datang.

Pembentangan tersebut diadakan bagi membincangkan perancangan, perjalanan serta persediaan program agar setiap aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Semoga segala perancangan yang disusun dapat berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada semua warga KAFA AIMAN SMART, khususnya dalam usaha memperkasakan pendidikan serta pembangunan sahsiah anak-anak.

Nantikan pelbagai program menarik yang bakal dilaksanakan oleh KAFA AIMAN SMART!

LENSA HARI INI | LATIHAN TAJWID KAFA AIMAN SMARTAlhamdulillah, telah berlangsung Latihan Tajwid KAFA Aiman SMART pada ha...
19/08/2026

LENSA HARI INI | LATIHAN TAJWID KAFA AIMAN SMART

Alhamdulillah, telah berlangsung Latihan Tajwid KAFA Aiman SMART pada hari ini.

Latihan ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar dalam membaca al-Quran dengan tajwid yang betul dan tepat.

Semoga ilmu yang dipelajari dapat diamalkan dalam bacaan harian.

TELAH BERLANGSUNG | MESYUARAT PENGURUSAN KAFA AIMAN DAERAH HILIR PERAKAlhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Penguru...
19/08/2026

TELAH BERLANGSUNG | MESYUARAT PENGURUSAN KAFA AIMAN DAERAH HILIR PERAK

Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan KAFA Aiman Daerah Hilir Perak bertempat di Pejabat Agama Daerah Teluk Intan.

Mesyuarat ini membincangkan perancangan, pengurusan serta hala tuju pendidikan KAFA bagi memastikan pelaksanaan program dan pengurusan pendidikan terus diperkasa.

Turut serta Pegawai Tadbir Agama Daerah Teluk Intan, PPD Hilir Perak, Pengetua, Penyelaras serta Guru-Guru KAFA Aiman.

Semoga segala perancangan dan usaha yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan lancar serta memberi manfaat kepada seluruh warga KAFA. Insya-Allah.

16/08/2026

LENSA VIDEO | AKTIVITI MINGGU INI

Jom saksikan sekitar aktiviti latihan kepimpinan yang berlangsung minggu ini di Kelas KAFA Aiman SMART.

Pelbagai aktiviti menarik yang mengasah keyakinan diri, kerjasama dan semangat kepimpinan dalam kalangan murid.

Tahniah kepada kumpulan yang berjaya menjadi pemenang!

LENSA PEMENANG | KELAS KAFA AIMAN SMARTSekitar aktiviti latihan kepimpinan Kelas KAFA Aiman SMART minggu ini.Tahniah diu...
16/08/2026

LENSA PEMENANG | KELAS KAFA AIMAN SMART

Sekitar aktiviti latihan kepimpinan Kelas KAFA Aiman SMART minggu ini.

Tahniah diucapkan kepada kumpulan yang berjaya menjadi pemenang!

Syabas atas semangat kerjasama, kepimpinan dan usaha yang ditunjukkan. Semoga pengalaman ini menjadi bekalan untuk membentuk pemimpin muda yang berkeyakinan dan bertanggungjawab.

AKTIVITI MINGGU INI | KELAS KAFA AIMAN SMARTAlhamdulillah, aktiviti minggu ini di Kelas KAFA Aiman SMART diisi dengan la...
16/08/2026

AKTIVITI MINGGU INI | KELAS KAFA AIMAN SMART

Alhamdulillah, aktiviti minggu ini di Kelas KAFA Aiman SMART diisi dengan latihan kepimpinan yang bertujuan membentuk keyakinan diri, kerjasama berpasukan, disiplin serta kemahiran memimpin dalam kalangan murid.

Tahniah diucapkan kepada kumpulan yang berjaya memenangi aktiviti minggu ini!

Semoga aktiviti seperti ini terus melahirkan generasi yang berani, bertanggungjawab dan mampu menjadi pemimpin yang baik pada masa hadapan.

KUIZ ISLAMIK BERTEMAKAN KEMERDEKAANAkademi Insan Muda Ar-Ridzuan (AIMAN) SMK Abdul Rahman Talib mengadakan Kuiz Islamik ...
11/08/2026

KUIZ ISLAMIK BERTEMAKAN KEMERDEKAAN

Akademi Insan Muda Ar-Ridzuan (AIMAN) SMK Abdul Rahman Talib mengadakan Kuiz Islamik Bertemakan Kemerdekaan sebagai aktiviti hari ini.

Aktiviti ini menggabungkan elemen ilmu Islam dan semangat patriotik dalam suasana pembelajaran yang santai dan menyeronokkan.

Semarakkan kemerdekaan, suburkan ilmu dan bentuk generasi berjiwa Islamik!

Address

Jalan Changkat Jong
Teluk Intan
36000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Insan Muda Ar-Ridzuan SMART posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category