SMKA Sharifah Rodziah Melaka

  • Home
  • SMKA Sharifah Rodziah Melaka

SMKA Sharifah Rodziah Melaka LAMAN FACEBOOK RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHARIFAH RODZIAH TELOK MAS MELAKA.

🌙 SALAM LEBARAN SMKA SHARIFAH RODZIAH📅 10 April 2026 | 23 Syawal 1447H | Jumaat | 9.30 pagi📍 Depan Kantin SekolahProgram...
11/04/2026

🌙 SALAM LEBARAN SMKA SHARIFAH RODZIAH
📅 10 April 2026 | 23 Syawal 1447H | Jumaat | 9.30 pagi
📍 Depan Kantin Sekolah

Program yang penuh warna-warni dengan semangat kekeluargaan dan silaturahim. Sambutan seperti ini memang menjadi platform untuk merapatkan hubungan antara warga sekolah

Terima kasih kepada semua yang terlibat!
💚 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Syabas & Tahniah  'Al-Jannah
05/04/2026

Syabas & Tahniah

'Al-Jannah

03/04/2026

✨ MAJLIS APRESIASI & GRADUASI KE-13 ✨
🎓 SMKA Sharifah Rodziah 🎓
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, Majlis Apresiasi & Graduasi kali ke-13 berlangsung dengan jayanya pada 03 April 2026 (Jumaat) di Dewan As-Sharifah.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang diraikan atas usaha, pengorbanan dan pencapaian cemerlang sepanjang tempoh persekolahan. Anda semua adalah kebanggaan sekolah, guru dan ibu bapa. 🌟
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan majlis ini.
Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan untuk melangkah lebih jauh dan terus menggapai kecemerlangan di masa hadapan.
💫 “We Strive For Excellence” 💫



✨ TAHNIAH & SYABAS! ✨Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kejayaan cemerlang anak-...
01/04/2026

✨ TAHNIAH & SYABAS! ✨

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kejayaan cemerlang anak-anak Sharodz dalam peperiksaan SPM 2025.

Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha gigih, doa yang berterusan serta semangat juang yang tinggi pasti membuahkan hasil. Seperti yang sering diungkapkan, kejayaan ini adalah milik bersama – pelajar, guru dan seluruh komuniti sekolah.

📊 Pencapaian Membanggakan:
🎯 GPS SPM 2025 : 2.10
🎯 Mengatasi GPS 2024 : 2.11
📈 Peningkatan : 0.01%

Syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah. Anda adalah kebanggaan kami semua!

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada:
👩‍🏫 Para guru yang tidak pernah jemu mendidik dan membimbing
👨‍👩‍👧‍👦 Ibu bapa yang sentiasa memberi doa dan sokongan tanpa henti
🎓 Alumni yang terus menyokong dan menyumbang kepada kecemerlangan sekolah

Sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil usaha bersama seluruh warga Sharodz.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Sharodz terus unggul, melakar sejarah! 💪🔥

Eid Mubarak 🌙✨Kullu ‘am wa antum bikhair 🤲Semoga Aidilfitri kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan ketenangan buat...
20/03/2026

Eid Mubarak 🌙✨
Kullu ‘am wa antum bikhair 🤲
Semoga Aidilfitri kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan ketenangan buat kita semua.
Maaf zahir dan batin.

Alhamdulillah, sempena keberkatan bulan Ramadan, SMKA Sharifah Rodziah telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 2026 dan ...
17/03/2026

Alhamdulillah, sempena keberkatan bulan Ramadan, SMKA Sharifah Rodziah telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 2026 dan Majlis Penutup Ihya’ Ramadan.
📅 Tarikh: 17 Mac 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 7.40 pagi – 10.00 pagi
📍 Tempat: Dewan As-Sharifah
Semoga majlis ini menyemarakkan lagi kecintaan kita terhadap Al-Quran dan menutup Ramadan dengan penuh keberkatan. 🌙✨

Pendaftaran Ting.1 & 4 Ambilan Kedua SMKASR
20/02/2026

Pendaftaran Ting.1 & 4 Ambilan Kedua
SMKASR

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. 🤍Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Fakrughazi Bin Ab. Ghani dan Ustaz Mohd Zain...
06/02/2026

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. 🤍

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Fakrughazi Bin Ab. Ghani dan Ustaz Mohd Zain Bin Awang atas segala jasa, ilmu, bakti dan pengorbanan sepanjang berkhidmat di SMKA Sharifah Rodziah.

Begitu banyak kenangan, bimbingan dan inspirasi yang ditinggalkan untuk warga sekolah serta anak-anak didik. Semoga segala usaha menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Selamat melangkah ke destinasi baharu.
Semoga terus cemerlang dan diberkati Allah di mana jua berada. 🌹

Terima kasih cikgu, jasamu dikenang selamanya.

🌸 Majlis Perpisahan 🌸Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepadaPuan Noriani Binti Ab Latif,GPK...
30/01/2026

🌸 Majlis Perpisahan 🌸
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada
Puan Noriani Binti Ab Latif,
GPK Kokurikulum, atas segala jasa, bakti dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat du SMKA Sharifah Rodziah.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan kepimpinan yang ditinggalkan menjadi kenangan serta inspirasi buat seluruh warga sekolah.
✨ Selamat Berkhidmat di Sekolah Baharu ✨
SMK Tun Perak, Jasin, Melaka.
Moga terus melakar kejayaan dan dipermudahkan segala urusan.
Ikhlas daripada kami,
warga sekolah 💐

Majlis PersaraanPuan Yuriza Binti MuhammadGPK Hal Ehwal MuridRabu | 14 Januari 2026 | 9.30 PagiTempoh Berkhidmat: 1996 –...
20/01/2026

Majlis Persaraan
Puan Yuriza Binti Muhammad
GPK Hal Ehwal Murid
Rabu | 14 Januari 2026 | 9.30 Pagi
Tempoh Berkhidmat: 1996 – 2026

Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Tingkatan 1 & Tingkatan 4SMKA Sharifah Rodziah13 Januari 2026Ahlan wa sahlan wa marhaban...
20/01/2026

Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Tingkatan 1 & Tingkatan 4
SMKA Sharifah Rodziah
13 Januari 2026
Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum

Address

JALAN TELOK MAS

75460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMKA Sharifah Rodziah Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share