Alumni Madrasah Darul Hidayah

Alumni Madrasah Darul Hidayah Aktiviti dan program Alumni Madrasah Darul Hidayhah

🌙 Ihya’ Ramadan Alumni MDH 🌙Alhamdulillah, pada Ahad, 15 Februari 2026 jam 9.00 pagi bertempat di Surau MDH, ahli Kelab ...
26/02/2026

🌙 Ihya’ Ramadan Alumni MDH 🌙

Alhamdulillah, pada Ahad, 15 Februari 2026 jam 9.00 pagi bertempat di Surau MDH, ahli Kelab Alumni MDH 26/27 telah bersama-sama turun padang mengecat surau sempena program Ihya’ Ramadan Alumni.

Aktiviti ini bukan sahaja menceriakan ruang ibadah menjelang Ramadan, malah menyemarakkan semangat gotong-royong dan mengukuhkan ukhuwah sesama alumni.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan menyumbang tenaga serta masa. Semoga usaha ini menjadi amal jariah dan memberi manfaat kepada seluruh warga MDH.

" Bersungguh – sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu (ilmu yang membawa takut kepada Allah), jauhilah kemalasan dan kebo...
06/10/2025

" Bersungguh – sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu (ilmu yang membawa takut kepada Allah), jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan. "

[ Imam Al-Ghazali رحمة الله تعالى ]

📌 MEMO SUMBANGAN JUMAATMadrasah Darul Hidayah TawauAssalamualaikum wbt,Dimaklumkan bahawa Madrasah Darul Hidayah menyedi...
25/09/2025

📌 MEMO SUMBANGAN JUMAAT
Madrasah Darul Hidayah Tawau

Assalamualaikum wbt,

Dimaklumkan bahawa Madrasah Darul Hidayah menyediakan kemudahan Sumbangan Jumaat sebagai peluang amal jariah untuk para jemaah dan masyarakat.

Sabda Nabi SAW:
"Sedekah pada hari Jumaat lebih mulia dibandingkan hari-hari yang lain."

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:
Bank Islam
No. Akaun: 10025010010560
Nama: Madrasah Darul Hidayah

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
📞 Ustaz Rosli (Pengarah MDH): 010-9482919
📞 Pejabat MDH: 013-2981213

Semoga Allah SWT menerima segala amal dan melipatgandakan rezeki kita semua.

Sekian, terima kasih.

Address

Kampung Sungai Imam Tawau
Tawau
91000

Telephone

+60128241650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni Madrasah Darul Hidayah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category