08/06/2026
STATUS BENCANA GEMPA BUMI SEKOLAH-SEKOLAH DI SABAH
Pusat rujukan utama perkembangan pendidikan daerah Tawau.
08/06/2026
STATUS BENCANA GEMPA BUMI SEKOLAH-SEKOLAH DI SABAH
08/06/2026
Lembaga Peperiksaan akan menganjurkan Sesi Libat Urus Matriks Pembelajaran pada 10 Jun 2026. Antara bahagian lain yang akan turut membuat pembentangan ialah Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP).
Maklumat program adalah seperti berikut:
📅 10 Jun 2026
🕣 8.30 pagi – 5.00 petang
📍 Dewan Serbaguna, Aras 9, Blok E12, Kompleks E Putrajaya
01/06/2026
01/06/2026
𝑫𝑰𝑹𝑮𝑨𝑯𝑨𝒀𝑼 𝑻𝑼𝑨𝑵𝑲𝑼
26/05/2026
Hari ini kita berkumpul bukan sekadar untuk meraikan hari raya, tetapi untuk mengingati satu peristiwa agung - kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan puteranya, Nabi Ismail AS.
Semoga semangat korban pada hari ini menyuntik kita dengan keikhlasan. Bukan kerana dipaksa, tetapi kerana faham bahawa setiap pengorbanan yang ikhlas tidak pernah rugi. Ia akan kembali kepada kita dalam bentuk ketenangan hati, keberkatan rezeki, dan keredhaan Allah SWT.
Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga ibadah korban kita diterima, dan semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus berkorban demi kebaikan yang lebih besar.
Aidiladha Mubarak.
20/05/2026
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐖𝐀𝐒𝐓𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐 : 𝐙𝐎𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
14 Mei 2026, Tawau telah berlangsungnya satu Program Sesi Libat Urus (SLU) Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bersama NGO serta 3 Agensi Siri 2 : Zon Pantai Timur Sabah Tahun 2026 yang melibatkan peserta daripada 8 buah Pejabat Pendidikan Daerah iaitu Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, dan Telupid-Tongod.
Unit Pendidikan Swasta PPD Tawau telah menjadi tuan rumah SLU kali ini dengan pengisian program yang cukup padat dan bermanfaat. Sepanjang program terdapat 5 slot pembentangan dan 1 sesi Forum Sinergi : Institusi Pendidikan Swasta (IPS) bersama 3 Agensi. Tujuan utama SLU ini adalah meningkatkan enrolmen murid 4+ dan 5+ disamping memberikan kefahaman serta pencerahan berkaitan prosedur atau proses penubuhan dalam pengoperasian sesebuah IPS.
Selain itu, dalam program ini turut diselitkan persembahan bakat murid-murid IPS daripada Daerah Tawau serta sesi putaran 30 buah hadiah bertuah hasil inisiatif Persatuan Guru Swasta Daerah Tawau.
Semoga usaha ini dapat memberikan pelbagai ilmu dan manfaat kepada para pengusaha serta guru-guru IPS yang telah berjaya menyertai program SLU dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan atas sokongan semua pihak yang terlibat menjayakan program SLU Siri 2 : Zon Pantai Timur Sabah Tahun 2026.
20/05/2026
BARISAN AHLI JAWATANKUASA PEWANIS, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAWAU SESI 2024-2026
18/05/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Encik Abdul Halik bin Abdusukor, Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Tawau yang telah bersara pada 17 Mei 2026.
Seluruh Warga Pejabat Pendidikan Daerah Tawau mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan.
18/05/2026
Sedikit info buat semua calon Semester 3 STPM 2025
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 3 STPM 2025
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |