01/06/2026
๐ DIRGAHAYU TUANKU๐
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447 Hijrah.
"Allah Peliharakan Sultan"
"Daulat Tuanku"
Ikhlas Daripada:
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga
Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS)
22/05/2026
Pertandingan Mewarna bersempena Hari Raya Aidiladha๐จ
Tahniah kepada Pemenang๐๐ป๐๐ป๐๐ป
1) Nur Aqilah
2) Mikhail
3) Daniey Izzara
4) Auni Ramadhani
5) Shauqi Rabbani
16/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik dan pemaju masyarakat KEMAS di seluruh negara.
Hari ini, kekuatan KEMAS digerakkan oleh barisan pendidik masyarakat yang besar peranannya dalam membina generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Terima kasih kepada:
* 10,273 Pendidik Masyarakat TABIKA
* 1,893 Pendidik Masyarakat TASKA
* 829 Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran dalam bidang jahitan, masakan, dandanan diri, seni tangan dan komputer
* 288 Pemaju Masyarakat Bina Insan
* 45 Pemaju Masyarakat Literasi Fungsian
* 34 Jurulatih Pusat & Institut Latihan KEMAS yang membimbing dan melatih pelatih SPAK sebelum menjadi pendidik TABIKA dan TASKA.
yang terus istiqamah memikul amanah mendidik, membimbing dan memperkasa komuniti di seluruh negara.
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan warga KEMAS amat besar nilainya dalam melahirkan masyarakat yang berilmu, berkemahiran dan sejahtera. Dedikasi yang dicurahkan bukan sahaja menyentuh kehidupan anak-anak, malah turut memperkukuh pembangunan komuniti dan negara.
Semoga seluruh warga pendidik dan pemaju masyarakat KEMAS terus diberikan kekuatan, kesihatan dan semangat untuk meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa demi masa depan yang lebih gemilang.
โGuru Bitara, Nadi Negaraโ
Selamat Hari Guru 2026
Ucapan tulus ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja KEMAS
16/05/2026
Aktiviti PDPC- Mewarna kad ucapan Hari Guru๐ฉ๐ปโ๐ซ
16/05/2026
Pemantauan Pengurusan TABIKA KEMAS Ladang Tiger B pada 13 Mei 2026(Rabu)
Terima kasih MT Pegawai KEMAS Daerah Tawau, Pn Zukiyana binti Yacho, En M Nasir bin Razake dan En Fadzle atas pemantauan pengurusan TABIKA.
Segala kekurangan akan ditambahbaik untuk kecemerlangan di masa hadapan. Mohon maaf atas segala kekurangan daripada pihak TABIKA.๐๐ป
08/05/2026
Tema: Pekerjaan Beruniform๐ฎ๐ปโโ๏ธ๐จ๐ปโโ๏ธ๐ง๐ปโ๐๐ง๐ปโโ๏ธ
๐Kanak-kanak dapat mengetahui jenis pekerjaan beruniform
๐Kanak-kanak dapat mengetahui nama pekerjaan beruniform
๐Kanak-kanak dapat mengetahui dan merasai sendiri pemgalaman memakai pakaian pekerjaan beruniform
08/05/2026
Tema: Pekerjaan Beruniform๐ฎ๐ปโโ๏ธ๐จ๐ปโโ๏ธ๐ง๐ปโ๐๐ง๐ปโโ๏ธ