Kelas Pengajian Quran Al Hijrah Tawau

Kelas Pengajian Quran Al Hijrah Tawau

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelas Pengajian Quran Al Hijrah Tawau, Education, Sabindo, .

Photos from Kelas Pengajian Quran Al Hijrah Tawau's post 18/06/2019

Rutin setiap malam kanak-kanak di SINI 🌸
Selepas mengaji solat berjemaah ♥️

06/05/2019

Setahun ambil masa untuk masuk Al-quran , setahun mempelajari tajwid. InsyaAllah hanya setahun lagi untuk fasih al-quran. Bangga akan pencapaian adik halim. Bukan sekadar rajin mengaji , malah fasih juga membaca doa solat fardhu.

Selamat menyambut bulan ramadhan 😊 semoga amal ibadat kita diterima Allah s.w.t tahun ini. Amin

Photos from Kelas Pengajian Quran Al Hijrah Tawau's post 04/05/2019

Orang yang membaca Al-Qur’an sedangkan dia mahir melakukannya, kelak mendapat tempat di syurga bersama-sama dengan Rasul-Rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang memebaca Al-Qur’an tetapi dia tidak mahir membacanya dan nampak agak berat lidahnya kerana belum lancar. Maka dia akan mendapat dua pahala.” (HR Bukhari dan Muslim)[2].

Photos from Kelas Pengajian Quran Al Hijrah Tawau's post 18/12/2018

KAMI MENDIDIK ANAK-ANAK SOLAT BERJEMAAH

Daripada Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sembahyang berjemaah adalah lebih utama (baik) daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sembahyang berjemaah adalah lebih afdhal daripada sembahyang seorang diri dengan dua puluh tujuh kelebihan. Digalakkan sangat oleh Islam kepada setiap orang Islam supaya menghidupkan sembahyang jemaah walau dimana mereka berada, sekalipun di rumah, kerana pahalanya berganda-ganda daripada sembahyang seorang diri.

04/11/2018

Pelajar kami kesemuanya alhamdulillah bijak tajwid dan mantap dalam bacaan.Kita ajar sampai pandai. Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya dalam ujian tajwid asas dan tajwid advance baru-baru ini.

Moga2 semua boleh mengajar al-quran untuk adik-adik lepas ni. InsyaAllah.


22/10/2018

URGENT / PERHATIAN
KEKOSONGAN JAWATAN GURU MENGAJI

2 PEKERJA DIPERLUKAN SEGERA

SKOP PEKERJAAN :
AJAR MENGAJI , BETULKAN BACAAN PELAJAR DAN TASMI' HAFALAN SURAH

MASA : 1 JAM 30 MIN SAHAJA
ISNIN-JUMAAT 7.00-8.30 MALAM
SABTU-AHAD : CUTI

LOKASI : PUSAT BIMBINGAN QURAN AL HIJRAH , SABINDO PLAZA

GAJI : RM350-RM400 BULANAN

📌 Keutamaan untuk Wanita
📌 Mahir Mengaji hingga Al-quran
📌 Ada pengalaman mengajar (keutamaan)
📌 Serius dalam kerjaya

LATIHAN AKAN DIBERIKAN , SAYA AKAN AJAR TAJWID DAN TEKNIK BACAAN YANG BETUL

PM atau WHATSAPP 0143539429 untuk maklumat lanjut



21/10/2018

ASSALAMUALAIKUM , sukacitanya kami memaklumkan bahawa Kelas pengajian quran al-hijrah tawau kini membuka tirai untuk pengambilan pelajar baru sesi 2019

YURAN BULANAN RM40 SAHAJA PER KEPALA
Sesi malam sahaja : Isnin - Jumaat
Masa : 8.30pm - 9.30pm

Untuk booking dan pertanyaan
KLIK LINK INI -->
wasap.my/60143539429/KelasMengaji

+6 0143539429 (Cik Liyana)

13/09/2018

KAMI DI SINI SANGAT MENITIK BERATKAN BACAAN YANG BETUL

"Mereka yang mahir membaca Al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi taat (Al-Safarah Al-Kiram Al-Bararah). Adapun orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan gagap, tersangkut & merasa sukar ketika membacanya, baginya dua pahala".

(Hadith Riwayat Muslim)

Salah seorang pelajar yang baru memasuki Al-quran dibimbing untuk menyebut makhraj huruf dan sebutan dengan sempurna. Semoga usaha beliau untuk mempelajari al-quran diberikan ganjaran syurga amin.

Photos from Kelas Pengajian Quran Al Hijrah Tawau's post 15/08/2018

🍰SAMBUTAN HARI LAHIR PELAJAR BULAN JULAI 2018

Terima kasih kepada yang sudi support makanan dan minuman. Sambutan hari lahir Nursyazliana berjalan dengan lancar. Semoga menjadi anak yang solehah kepada ibu dan ayah dan seterusnya menjadi anak yang berguna kepada kedua orang tua.

Photos from Kelas Pengajian Quran Al Hijrah Tawau's post 15/08/2018

🗓UJIAN BULANAN TAJWID ASAS DAN ADVANCE SETIAP HUJUNG BULAN

Sama-sama kita doakan agar mereka dapat menjawab soalan dengan baik 🌸

-Tajwid merangkumi hukum nun mati dan hukum mim mati.

-Ujian berbeza mengikut level pemahaman tajwid seorang murid.

Photos from Kelas Pengajian Quran Al Hijrah Tawau's post 15/08/2018

MENGIMBANGI KEWAJIBAN SOLAT

🌸Rutin harian anak-anak didik di Pusat Bimbingan Quran Al-Hijrah. Solat berjemaah setiap hari Selasa dan Khamis sejurus selesai mengaji.

"Amalan yang mula-mula sekali dihisab daripada seorang hamba di akhirat ialah solat. Jika ibadah solatnya diterima, nescaya diterima amalan-amalan yang lain dan apabila solatnya ditolak maka ditolaklah amalan-amalan yang lain”

Riwayat Imam an-Nasai’ dan At-Tirmizi.

Want your school to be the top-listed School/college?

Website

Opening Hours

Monday 19:00 - 21:00
Tuesday 19:00 - 21:00
Wednesday 19:00 - 21:00
Thursday 19:00 - 21:00
Friday 19:00 - 21:00