04/02/2024
3 FEBUARI 2024 | SABTU | 7.30 - 12.00 TENGAHARI | SAN SUNGAI PUKUL SEBATIK TAWAU.
Alhamdulillah.. selesai melaksanakan Majlis Anugerah Hari Kecemerlangan Murid (HAKEM) bagi sesi 2023/2024.
Turut hadir bagi merasmikan Majlis iaitu Yang Berhormat Datuk Hassan A. Gani PG Amir(Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN N.73 Sebatik Tawau) Ustaz Mohd Ishak bin Hamsah (Pengawai perkhidmatan Pendidikan) dan Tuan Norjain bin Mustala (Pengerusi PIBG ,Merangkap Pengerusi Pelaksana HAKEM SAN Sungai Pukul).
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dengan memberikan beberapa Anugerah kepada para pelajar yang menerima Penganugerahan iaitu:
1. Anugerah Pelajar Emas,Kristal,Intan.(Tahap 1 & 2)
2. Anugerah Pelajar Mithali.(Tahap 1 & 2)
3. Anugerah Pelajar Harapan.
4. Anugerah Pelajar ITQAN.
5. Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan 2023.
6. Anugerah Walidayya 2023.
Sekolah juga memberikan penghargaan kepada ahli PIBG yang banyak membantu program sepanjang sesi persekolahan dilaksanakan sepanjang Tahun 2023/2024.
Selain itu, beberapa hadiah untuk cabutan bertuah kepada semua yang hadir turut disediakan. Pihak sekolah juga turut memberi ruang kepada ibubapa yang ingin memberi hadiah galakan kepada anak-anak mereka.
Diucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi Pelaksana Tuan Norjain bin Mustapa ,AJK dan Ahli PIBG SAN Sungai Pukul yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang sangat tinggi serta membantu menjayakan majlis ini dengan jayanya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibubapa yang turut hadir ke majlis tersebut.
Syabas dan Tahniah kepada para pelajar yang telah menerima anugerah. Begitu juga kepada guru-guru SAN Sungai Pukul yang telah menjayakan majlis ini, Syabas dan tahniah!🤗
Semoga majlis ini memberi inspirasi dan motivasi kepada semua pelajar untuk terus lebih bersemangat menuntut ilmu dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang😊