11/05/2026
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐏𝐌 & 𝐒𝐓𝐀𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 📊
07.05.2026 [ SM Kian Kok, Kota Kinabalu ] Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada SMK Kalabakan yang telah tersenarai sebagai penerima Anugerah Sekolah Lonjakan Terbaik ( Luar Bandar ) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2025.
Sesungguhnya kejayaan dan dicapai pada hari ni, merupakan usaha dan bukti kerja keras seluruh warga SMK Kalabakan dalam memastikan kejayaan anak-anak SPM 2025. Semoga lebih banyak kejayaan mampu dicapai di tahun 2026
04/05/2026
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 (𝐌𝐀𝐊𝐄𝐏) 𝐒𝐌𝐊 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐁𝐀𝐊𝐀𝐍 🌟
30.04.2026 [ Dewan terbuka Pejabat Daerah Kalabakan ] Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Anugerah yang diberikan merupakan penghargaan kepada semua pelajar, guru dan ibu bapa yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah sepanjang tahun 2025.
Penghargaan utama juga diberikan kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang telah menunjukan pencapaian yang cemerlang dan telah meletakkan SMK Kalabakan di tahap yang terbaik sepanjang tempoh SPM dilaksanakan di SMK Kalabakan.
Gambar penerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar : ⬇️
Follow Channel Rasmi SMK Kalabakan Media
https://whatsapp.com/channel/0029Vb67UMY2ZjCe92cvqW2z
29/04/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 ( 𝐏𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐁𝐀𝐊𝐀𝐍 ) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐌𝐊 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐁𝐀𝐊𝐀𝐍
28.04.2026 [ Selasa ] Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih buat pasukan Angkatan Tentera Malaysia ( Pos Kalabakan ) yang sudi meluangkan masa dalam program khidmat masyarakat bersama pelajar-pelajar SMK Kalabakan. Beberapa program telah dilaksanakan, antaranya mengecat bangunan SMK Kalabakan dan memberi latihan asas kawad kaki kepada pelajar SMK Kalabakan.
20/04/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐑𝐆𝐄𝐓 𝐒𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔 & 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐎𝐓𝐈𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐈𝐁𝐔𝐁𝐀𝐏𝐀𝐀𝐍 📌
16.04.2026 [Khamis]. Penetapan sasaran, permuafakatan, motivasi dan pendedahan strategi merupakan objektif utama yang telah ditekankan dalam program kali ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga langkah awal yang diambil oleh pihak sekolah dapat membangkitkan semangat anak-anak calon SPM 2026
17/04/2026
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐌𝐊 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐁𝐀𝐊𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌙
10.04.2026 [Jumaat]. Sederhana tetapi meriah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SMK Kalabakan. Majlis seperti ini bukan sahaja menjadi medan meraikan syawal, malah menjadi jambatan yang mengeratkan silaturahim antara semua warga SMK Kalabakan.
15/04/2026
𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐀𝐙𝐄𝐊𝐀𝐑 🫶
[10.04.2026] Jumaat, hari terakhir bertugas di SMK Kalabakan. Melapor diri bertugas di SMK Kalabakan pada 01.01.2015. 12 tahun berkhidmat di SMK Kalabakan, terima kasih atas segala pengorbanan, sumbangan, penat lelah dalam mendidik anak-anak SMK Kalabakan. Semoga terus cemerlang di sekolah baru Cikgu Azekar ✨
02/04/2026
𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐒𝐏𝐌) 𝟐𝟎𝟐𝟓
✨ Syabas dan tahniah buat semua anak-anak SMK Kalabakan calon SPM 2025. Satu pencapaian yang luar biasa buat SMK Kalabakan. Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan untuk terus melangkah lebih jauh dan cemerlang di masa hadapan.
✨ Sekalung penghargaan buat semua barisan guru-guru SMK Kalabakan serta ibu bapa pelajar yang telah berusaha dengan penuh dedikasi dan komitmen dalam membimbing serta mendidik anak-anak SMK Kalabakan hingga mencapai kejayaan yang membanggakan.
✨ Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama. Teruskan melakar kecemerlangan di tahun 2026 !!
31/03/2026
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐋𝐈𝐏 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐒𝐏𝐌) 𝟐𝟎𝟐𝟓 📑
31.03.2026 [ Selasa ]. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua warga kerja SMK Kalabakan, Pentadbir, Guru-Guru, PIBG Sekolah serta Ibu Bapa yang telah memberi sepenuh tenaga dalam memastikan keputusan SPM bagi tahun 2025 antara yang terbaik pernah dihasilkan. Buat 101 Calon SPM 2025 Syabas dan tahniah diucapkan. Perjalanan sebenar baru bermula 👏
30/03/2026
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐁𝐆 𝐒𝐌𝐊 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐁𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟐𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 📝
𝘋𝘪𝘳𝘢𝘴𝘮𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘖𝘭𝘦𝘩 : 𝘠𝘉 𝘋𝘢𝘵𝘶𝘬 Andi Suryady
30.03.2026 [Isnin] . Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua barisan AJK PIBG SMK Kalabakan yang telah memastikan segala persiapan dan perjalanan mesyuarat berjalan lancar. Terima kasih juga buat YB Datuk Andi Suryady yang sempat meluangkan masa untuk hadir bersama-sama ibu bapa dan guru dalam mesyaurat PIBG SMK Kalabakan.