Teknologi Pembinaan KV TAWAU

Teknologi Pembinaan KV TAWAU

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Teknologi Pembinaan KV TAWAU, Kolej Vokasional Tawau, Tawau.

Program Diploma Teknologi Pembinaan bermatlamat untuk membentuk Penyelia Tapak Binaan yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Matlamat program Diploma Teknologi Pembinaan ialah untuk membentuk Penyelia Tapak Binaan / Pembantu Jurutera / Juruteknik yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing, dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Photos from Teknologi Pembinaan KV TAWAU's post 04/07/2024

Program Teknologi Pembinaan.


Photos from Teknologi Pembinaan KV TAWAU's post 30/05/2024

Peserta bidang Bricklaying, Abdul Latif Bin Rahim akan terbang ke PERHEBAT Sungai Buloh Selangor sempena pertandingan World Skills Malaysia Belia (Pra Kelayakan) tahun 2024.

Doakan sukses

29/05/2024

Kemasukan ke Program Diploma di Kolej Vokasional kini dibuka bagi lepasan SPM 2022/2023. Jangan lepaskan peluang ini! Jom sertai kami di Program Diploma Teknologi Pembinaan, Kolej Vokasional Tawau πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻

Photos from Teknologi Pembinaan KV TAWAU's post 24/07/2023

Pelajar pembinaan KV Tawau menang pertandingan KV Skills peringkat Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan tahun 2023.

Tahniah di ucapkan kepada Adik Abd Latif & Asyraf (bidang Bricklaying) dan juga Haiqal Haqimi & Akbar (Bidang Wall and Floor tiling). Kedua-dua kategori ini telah berjaya di menangi oleh Pelajar KV Tawau pada pertandingan KV Skills baru-baru ini.

Kemenangan ini seterusnya melayakkan mereka ke KV Skills kebangsaan yang akan diadakan di Ipoh, Perak pada bulan oktober nanti.

Mari sama-sama kita doakan moga Pelajar Teknologi Pembinaan berjaya membolot kejuaraan di KV Skills Kebangsaan nanti. Amin.

08/06/2023

Photos from Teknologi Pembinaan KV TAWAU's post 08/06/2023

Terima kasih tidak terhingga kepada En. Muhamad Din bin Duin, bekas pelajar Binaan Bangunan yang telah menyampaikan informasi dan tips yang sungguh bernilai kepada semua pelajar tentang laluan kerjaya dalam industri pembinaan.

Beliau merupakan pemenang WSMB Malaysia 2015, Asean Skills 2016 dan sekaligus menjadi wakil Malaysia ke Abu Dhabi 2017 bagi pertandingan World Skills dalam bidang bricklaying.

Beliau sekarang adalah seorang Professional Bricklayer di S&L Contracts Ltd, London, United Kingdom setelah berpengalaman sebagai site supervisor,site coordinator dan project manager.

Semoga pelajar memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman yang sudah dikongsikan oleh beliau. Skills empowering your future!

Photos from Teknologi Pembinaan KV TAWAU's post 08/06/2023

World skills Malaysia Belia (bidang bricklaying) tahun 2023

Kv Tawau menyahut cabaran di pertandingan World Skills Malaysia Belia (pra kelayakan) dengan menghantar adik Muhammad Raziq bin Nordin dari program Teknologi Pembinaan.

Tahun lalu, Adik Raziq berjaya menjadi salah seorang finalis di peringkat akhir WSMB tetapi belum berjaya untuk mendapat sebarang pingat.

Doakan Adik Raziq berjaya masuk ke final pada tahun ini seterusnya membawa pingat emas untuk KV Tawau di WSMB bagi bidang bricklaying.

Doakan sukses!

06/06/2023

Adik Muhammad Nur Akbar tidak gentar berkongsi pengalaman semasa belajar di Program Teknologi Pembinaan di hadapan para pelajar yang memenuhi dewan. Ini semangat yang kita mahukan! Jom masuk KV Tawau!

Photos from Teknologi Pembinaan KV TAWAU's post 06/06/2023

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Sambutan peringkat KV Tawau melibatkan semua program dan TAC Industri serta tetamu terhormat. p/s gambar candid adalah disengajakan...

Photos from Teknologi Pembinaan KV TAWAU's post 06/06/2023

Pelajar-pelajar 1DVM kohort 2022 tekun menimba ilmu dan kemahiran untuk menuju kejayan. Terus berusaha menuju kejayaan! Jom masuk KV Tawau!

06/06/2023

Tahniah kepada semua pelajar Program Teknologi Pembinaan KV TAWAU kohort kemasukan 2018 atas kejayaan menggenggam segulung Diploma setelah 4 tahun mengharungi Sijil Vokasional Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan Diploma Teknologi Pembinaan. Semoga berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburi selepas ini sama ada sambung pengajian, bekerja mahupun membuka perniagaan sendiri. SKILLS empowering your future!

Want your school to be the top-listed School/college in Tawau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Kolej Vokasional Tawau
Tawau
91021

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:00
Tuesday 07:00 - 16:00
Wednesday 07:00 - 16:00
Thursday 07:00 - 16:00
Friday 07:00 - 23:20