Merotai Besar atau dahulu dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti, Pusat Internet 1Malaysia dan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) atau Community Broadband Centre (CBC) merupakan kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) , CELCOM dan NUSUARA Technologies Sdn. Inisiatif daripada pihak-pihak tersebut dalam melaksanakan projek Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg. Merotai Besar , iaitu selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan semua rakyat di negara kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi, komunikasi dan maklumat. Di samping itu, PEDi ditubuhkan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Malahan PEDi turut menyediakan perkhidmatan pembelajaran kepada penduduk dengan pelbagai aktiviti harian seperti proses pembelajaran dan perbankan secara atas talian latihan usahawan juga turut terdapat di PEDi seluruh Malaysia untuk membangunkan ekonomi komuniti setempat dengan perkembangan perniagaan digital. PEDi Kampung Merotai Besar Tawau dibuka pada Mac 2015. Selain itu, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg. Merotai Besar ini juga menyediakan kemudahan broadband terpantas di daerah Tawau dengan kelajuan sehingga 20Mbps. Pendaftaran ahli hanya dengan kadar serendah RM5.00 untuk tempoh 5 tahun keahlian berserta dengan kelas IT dan aktiviti bercorakan pengetahuan Infomasi Teknologi Maklumat