27/07/2026
SHANGHAI INTERNATIONAL YOUTH INTERACTIVE FRIENDSHIP CAMP 2026
π Tarikh: 12β22 Julai 2026
π Tempat: Shanghai, China
π Peringkat: Antarabangsa
Guru Pembimbing
β’ Cik Nurul Hidayah binti Azrol
Pegawai Pengiring
β’ Hoong Ling Chew (PPMC)
Peserta (Murid)
β’ Fathin An Nur Nashdeeya binti Rohaizat (Tingkatan 4)
β’ Nurul Wafa binti Mohd Rosnan (Tingkatan 4)
SESTA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan sehingga penyertaan sekolah dalam Shanghai International Youth Interactive Friendship Camp 2026 berjaya dilaksanakan.
Seramai dua orang murid SESTA telah dipilih mewakili Malaysia dalam program pertukaran belia bertaraf antarabangsa ini. Program ini menghimpunkan peserta dari pelbagai negara bagi mengeratkan hubungan persahabatan, memupuk persefahaman budaya serta menggalakkan perkongsian ilmu, pengalaman dan inovasi dalam kalangan belia dunia.
Sebanyak 16 buah negara telah mengambil bahagian dalam program ini, iaitu Australia, Brazil, Burkina Faso, Cambodia, Costa Rica, South Africa, Turkmenistan, San Marino, Nepal, Italy, Ireland, Vanuatu, United States of America, Montenegro, Hungary, Malaysia dan China.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menyertai pelbagai aktiviti yang menarik, berimpak tinggi dan memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna.
Pada 12 Julai 2026, peserta mengikuti program Culture Learning dan secara sukarela mempersembahkan nyanyian lagu tradisional Cina Mo Li Hua (Jasmine Flower).
Pada 13 Julai 2026, peserta menghadiri Opening Ceremony yang telah dirasmikan oleh pemimpin Shanghai People's Association for Friendship with Foreign Countries (SPAFFC).
Pada 14 Julai 2026, peserta berpeluang mengadakan lawatan ke WorldSkills Museum bagi menimba pengetahuan tentang perkembangan teknologi, kemahiran serta inovasi dunia.
Pada 15 Julai 2026, peserta melawat Silk Museum dan berpeluang menghasilkan kipas tangan menggunakan benang sutera melalui aktiviti kebudayaan yang disediakan.
Pada 16 Julai 2026, peserta mengadakan lawatan ke WhaleBot Technology Co., Ltd. dan mencuba pelbagai teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti dron kawalan jauh, RoboDog, SoccerBot, Virtual Reality (VR) serta pelbagai robot berasaskan AI. Peserta turut berpeluang melawat AI Factory sebagai sebahagian daripada pendedahan kepada teknologi dan inovasi masa hadapan.
Pada 17 Julai 2026, peserta menyertai National Theme Show β Mini World Expo dengan memperkenalkan keunikan budaya, warisan, makanan tradisional dan kepelbagaian masyarakat Malaysia kepada peserta antarabangsa.
Pada 18 Julai 2026, peserta mengikuti program Host Family, tinggal bersama keluarga angkat dan berpeluang melawat tempat-tempat menarik di Shanghai sambil mempelajari budaya, gaya hidup dan adat resam masyarakat China secara lebih dekat.
Pada 19 Julai 2026, peserta mempersembahkan tarian tradisional Joget Pahang dan berjaya meraih tempat kelima. Persembahan tersebut turut dipilih untuk dipentaskan sekali lagi pada Closing Ceremony.
Pada 20 Julai 2026, peserta berpeluang menikmati pelayaran menaiki Huangpu River Cruise, sambil menikmati makan malam dan pemandangan indah bandar Shanghai pada waktu malam.
Pada 21 Julai 2026, peserta menghadiri Closing Ceremony and Gala serta sekali lagi mempersembahkan tarian Joget Pahang sebagai wakil Malaysia.
Pencapaian
π
Certificate of Participation β Shanghai International Youth Interactive Friendship Camp 2026
1. Fathin An Nur Nashdeeya binti Rohaizat
2.Nurul Wafa binti Mohd Rosnan
π€ Certificate of Honor β WorldSkills Shanghai 2026 (WorldSkills Technical Whiz)
Fathin An Nur Nashdeeya binti Rohaizat
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan sepanjang program berlangsung.