FSKM Uitm Cawangan Perak

FSKM Uitm Cawangan Perak Media rasmi

✨ CSR/USR BERIMPAK: MENJANA KPI PENSYARAH ✨Pada 21 Ogos 2026, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Cawangan...
12/09/2026

✨ CSR/USR BERIMPAK: MENJANA KPI PENSYARAH ✨
Pada 21 Ogos 2026, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah telah menganjurkan sesi perkongsian “CSR/USR Berimpak: Menjana KPI Pensyarah” secara dalam talian melalui platform Google Meet.
Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Ts. Dr. Zuraini Othman, Pensyarah Kanan, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Program ini memberi pendedahan kepada warga akademik berkaitan bagaimana aktiviti University Social Responsibility (USR) boleh dirancang secara strategik agar bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti, malah mempunyai hasil dan impak yang jelas serta boleh diukur, selari dengan pencapaian KPI pensyarah dan fakulti.
Perkongsian sebegini diharapkan dapat membuka lebih banyak ruang kepada warga akademik untuk meneroka CSR/USR berasaskan kepakaran, seterusnya menghasilkan inisiatif yang memberi manfaat bermakna kepada komuniti serta menyumbang kepada agenda strategik universiti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ts. Dr. Zuraini Othman, para peserta serta semua jawatankuasa yang telah menjayakan program ini. 🌷
Ilmu dikongsi, komuniti diberi nilai, KPI diperkasa. 💡

12/09/2026

JEMPUTAN SEBAGAI PESERTA: KOLOKIUM FSKM
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Warga Akademik, Pelajar, dan Para Penyelidik yang dihormati,
Ingin menambah pengetahuan ilmiah terkini dalam pelbagai bidang penyelidikan? Anda dijemput untuk menyertai Kolokium FSKM sebagai peserta dan mendengar pembentangan menarik daripada para pembentang dengan tema "Quantitative Perspectives on Social Issues in Malaysia".
Kolokium ini merupakan platform terbaik untuk anda mendalami pelbagai perkongsian ilmu, hasil penyelidikan, serta inovasi baharu.
MAKLUMAT KOLOKIUM: 🗓️ Tarikh: 1 Oktober 2026 (Khamis) 🕙 Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang (Sila rujuk jadual pembentangan yang dilampirkan untuk melihat susunan masa, tajuk pembentangan, dan bilik yang berkaitan).
PAUTAN BILIK MAYA (GOOGLE MEET): 🔗 Virtual Room 1: https://meet.google.com/ivq-wqmr-ngq 🔗 Virtual Room 2: https://meet.google.com/gyo-eedv-bgt
KELEBIHAN MENJADI PESERTA: 🌹Jam Latihan disediakan (staf UiTM) 🌹E-Sijil Penyertaan diberikan kepada semua peserta
Jangan lepaskan peluang ini untuk mengumpul jam latihan serta meluaskan jaringan akademik anda. Jom ramai-ramai sertai dan hadir memberikan sokongan!

🤖 BENGKEL LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN: AI UNTUK PELAPORAN, ANALISIS DATA DAN MEDIA GENERATIFAlhamdulillah, telah berlangs...
20/08/2026

🤖 BENGKEL LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN: AI UNTUK PELAPORAN, ANALISIS DATA DAN MEDIA GENERATIF

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Latihan Dalam Perkhidmatan: AI untuk Pelaporan, Analisis Data dan Media Generatif pada 19–20 Ogos 2026, hasil kolaborasi antara Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Kontinjen Perak, PDRM.

Bengkel selama dua hari ini memberi pendedahan secara hands-on kepada para pegawai JSJ mengenai penggunaan Artificial Intelligence (AI) dan Generative AI bagi memperkasakan tugasan harian, khususnya dalam penyediaan laporan, analisis dan visualisasi data serta penghasilan media generatif.

Antara aplikasi yang diterokai ialah Gemini, NotebookLM, Google Sheets, Kling AI, Runway, CapCut dan Suno, di samping demonstrasi penggunaan Codex. Penekanan turut diberikan kepada aspek keselamatan data, etika, pengesahan manusia dan penggunaan AI secara bertanggungjawab, khususnya dalam konteks tugasan rasmi dan penguatkuasaan.

Majlis penutup bengkel telah disempurnakan oleh SAC Razlam bin Ab Hamid, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen Perak.

UiTM Cawangan Perak p**a diwakili oleh Profesor Dr. Muhamad Abdul Aziz Ab Gani, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), UiTM Cawangan Perak, yang turut hadir memberikan sokongan terhadap usaha memperkukuh jaringan strategik antara universiti dan agensi penguatkuasaan.

Program ini bukan sekadar memperkenalkan teknologi AI, malah membuka ruang kepada perkongsian kepakaran dan potensi kolaborasi berimpak tinggi antara UiTM dan PDRM, selaras dengan usaha universiti memperluas jaringan industri, masyarakat serta pemindahan ilmu dan teknologi.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada JSJ IPK Perak, pihak pengurusan UiTM Cawangan Perak, barisan penceramah dan fasilitator serta semua peserta yang telah menjayakan program ini.

AI bukan untuk menggantikan kepakaran manusia, tetapi untuk memperkasakan manusia membuat kerja dengan lebih pantas, tepat dan berkesan.












Sekalung tahniah buat pensyarah Jabatan Sains Komputer Ts. Dr. Zaaba Ahmad di atas kenaikan pangkat ke Pensyarah Kanan. ...
31/07/2026

Sekalung tahniah buat pensyarah Jabatan Sains Komputer Ts. Dr. Zaaba Ahmad di atas kenaikan pangkat ke Pensyarah Kanan. Semoga terus cemerlang.

Koloborasi Penyelidikan FSKM Kampus Tapah bersama Fakulti Sains Kesihatan (FSK) Kampus Bertam Pensyarah: Dr. Shahirah Mo...
31/07/2026

Koloborasi Penyelidikan FSKM Kampus Tapah bersama Fakulti Sains Kesihatan (FSK) Kampus Bertam
Pensyarah: Dr. Shahirah Mohamed Hatim
Pelajar CS230: Amirul Hakimi Abdullah Sani

MATHLATON: Mathematics Development Programme (MDP) 2026Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Cawangan Perak ...
15/07/2026

MATHLATON: Mathematics Development Programme (MDP) 2026

Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah dengan kerjasama MRSM Parit telah berjaya menganjurkan MATHLATON: Mathematics Development Programme (MDP) 2026 pada 2 Julai 2026 bertempat di MRSM Parit, Perak. Program ini telah disertai oleh hampir 150 orang pelajar Tingkatan 5 MRSM Parit. Penganjuran program ini bertujuan memperkasakan pembelajaran Matematik dan STEM melalui pendekatan yang interaktif, menyeronokkan serta berpusatkan pelajar.

Antara pengisian utama program ialah sesi perkongsian inovasi pedagogi AreaGO, yang memberi pendedahan kepada konsep Matematik melalui demonstrasi dan aktiviti hands-on, diikuti pelbagai Mathematical Challenge Games seperti Ultimate Algebra Bingo, Power Up: Log & Indices Challenge, The Function Code dan Quadratic Quest. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman konsep Matematik, malah turut memupuk kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah, pemikiran kritis dan kerja berpasukan dalam kalangan peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak MRSM Parit, para pensyarah, fasilitator mahasiswa, urus setia serta semua peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga kolaborasi ini terus menjadi platform pemindahan ilmu, perkongsian kepakaran serta memperkukuhkan jaringan kerjasama antara institusi dalam melahirkan generasi yang cemerlang dalam bidang Matematik dan STEM.

📸 Sorotan sepanjang program MATHLATON: Mathematics Development Programme (MDP) 2026.

Sekalung tahniah buat para pensyarah FSKM yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk tahun 2025. 1. DR. N...
10/07/2026

Sekalung tahniah buat para pensyarah FSKM yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk tahun 2025.

1. DR. NURSYAHIDAH ALIAS
2. TS. DR. ZAABA AHMAD
3. DR. PRADEEP ISAWASAN
4. DR. MOHAMAD HIDAYAD AHMAD KAMAL
5. DR. FARIDAH ZULKIPLI

Tahniah dari warga FSKM & semoga terus cemerlang.

9 Julai 2026 - Seramai 16 orang pensyarah FSKM telah dijemput untuk menjalankan tugas sebagai Juri untuk Young Innovator...
09/07/2026

9 Julai 2026 - Seramai 16 orang pensyarah FSKM telah dijemput untuk menjalankan tugas sebagai Juri untuk Young Innovator Challenge (YIC) bersempena Perak Maker Fair 2026, yang bertujuan mencari kump**an yang akan mewakilkan negeri Perak ke peringkat kebangsaan. Program ini telah dianjurkan di SM Sains Tapah dan melibatkan 35 kump**an peserta dari sekolah menengah sekitar negeri Perak. Berikut adalah para pensyarah FSKM yang terlibat sebagai Juri:

DR. SHAHIRAH MOHAMED HATIM (Ketua Juri)
PN. NAJIHAN AWANG @ ALI
PN. NORHASLIZA AHMAD
PN. ANIS ZAFIRAH AZMI
PN. INI IMAINA ABDULLAH
DR. FAIZ BIN ZULKIFLI
PN. SYADATUL SYAEDA MAT SALEH
DR. MOHAMAD HIDAYAD AHMAD KAMAL
DR. YASMEEN NADHIRAH AHMAD NAJIB
DR. NURHASNIZA IDHAM ABU HASAN
PN. ROZAIMAH ZAINAL ABIDIN
DR. MOHAMMAD NASIR ABDULLAH
TS. DR. NUR HASNI NASRUDIN
DR. NURUL HAFIZAH ZAINAL ABIDIN (KPP)
PN. NOR FAEZAH MOHAMAD RAZI
PN. FADZILAH ABDOL RAZAK
PN. SAMSIAH ABDUL RAZAK

AI and Art: Tool or Replacement? 🤖🎨“Beyond the Brush, Beyond the Algorithm”Tahniah kepada para pelajar Ijazah Sarjana Mu...
03/07/2026

AI and Art: Tool or Replacement? 🤖🎨

“Beyond the Brush, Beyond the Algorithm”

Tahniah kepada para pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (CDCS230) Semester 5 atas kejayaan menganjurkan forum AI and Art: Tool or Replacement?, yang telah berlangsung dengan sambutan yang amat memberangsangkan.

Program ini berjaya diadakan pada 2 Julai 2026, menghimpunkan lebih 400 peserta secara dalam talian serta lebih 100 peserta secara fizikal di Auditorium UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah, membuktikan bahawa perbincangan mengenai kecerdasan buatan (AI) dan masa depan industri kreatif merupakan topik yang sangat relevan dan mendapat perhatian ramai. Forum ini menampilkan panel-panel berpengalaman daripada bidang seni, teknologi dan industri kreatif yang telah berkongsi pelbagai perspektif tentang bagaimana AI bukan sahaja mengubah cara kita berkarya, malah turut mencabar cara kita berfikir mengenai kreativiti, etika dan masa depan pekerjaan.

Lebih membanggakan, program ini membuktikan bahawa sesebuah acara tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi untuk memberikan impak yang besar. Dengan pemilihan tema yang tepat, barisan panel yang berkualiti dan komitmen tinggi daripada para pelajar, sebuah low effort, high impact event berjaya direalisasikan.Semoga lebih banyak program ilmiah seperti ini dapat diteruskan dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja mahir dalam teknologi, malah mampu memahami impaknya terhadap masyarakat dan pelbagai industri.

Address

UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah, Tapah Road
Tapah Road
35400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FSKM Uitm Cawangan Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share